ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Laporan: GR86 Seterusnya Guna Enjin 3-Silinder 1.6 Turbo

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Hampir tiga tahun selepas membuat penampilan sulung di peringkat global, Toyota GR86 dan Subaru, BRZ dijangka  akan dinaik taraf.

Kedua-dua model ini dikeluarkan dari pasaran Eropah, apabila ada desas-desus menyatakan bahawa kereta sports ini akan  menampilkan beberapa bahagian elektrifikasi untuk generasi seterusnya.

Berdasarkan laporan berita automotif,  CarScoops, GR86 generasi seterusnya akan bersendirian tanpa rakannya lagi, Subaru.

Laporan itu turut menyebut bahawa GR86 baharu akan mempunyai persediaan rangkaian kuasa separa elektrik yang terdiri daripada kilang pengecas turbo tiga silinder yang dipasangkan dengan sistem hibrid  (HEV).

image.pngimage.png

Bagaimanapun,  turbo-hibrid GR86 dilaporkan akan mula diperkenalkan pada tahun 2025, ada yang mengatakan turbo-hibrid ini akan terdiri daripada kilang pengecas turbo kecil 1.4 liter, manakala ada juga menyatakan bahawa bahawa GR86 akan menerima  pengecas turbo enjin 3-silinder 1.6 liter iaitu sama unit yang digunakan pada kedua-dua GR Corolla dan GR Yaris.

Di sebalik andaian itu, portal automotif Jepun, Best Car Web pula melaporkan bahawa kemungkinan besar GR86 2025 ini akan dilengkapi dengan enjin tiga silinder sebaris 1.6 liter turbo G16E-GTS.

Menerusi penggunaan enjin 1.6 liter, maka , ia mampu menghasilkan kuasa lebih 300 hp namun kita boleh menjangkakan elektrifikasi separa akan meningkatkan pengeluarannya kuasa melebihi  300 hp.

image.png

Menyentuh mengenai sistem hibridnya, ada beberapa laporan mengatakan bahawa GR86 baharu akan menggabungkan persediaan HEV yang sama yang terdapat pada Land Cruiser 250 baharu.

Ini bermakna kereta sport baharu itu akan mengekalkan susun atur pacuan roda belakang (RWD) enjin hadapan dan GR86 generasi seterusnya akan mengekalkan dua  pilihan transmisi enam kelajuan  automatik dan manual.

Apapun, jika benar  Toyota benar-benar memutuskan untuk menggunakan kilang pengecas turbo tiga silinder pada GR86 baharu, ini mungkin menandakan berakhirnya perkongsian dengan Subaru dan berakhirnya juga nama  BRZ.

Untuk makluman anda, Toyota dan Subaru telah bekerjasama dalam membangunkan GR86 dan BRZ, bermula dengan model gen pertama pada tahun 2012.

image.png

Kerjasama itu terjalan bagi mengurangkan kos membangunkan kereta sport volum rendah yang menawarkan margin keuntungan yang sangat kecil.

Mengimbas kembali, kedua-dua Toyota GR86 dan Subaru BRZ gen semasa menyokong casis Subaru Global Platform yang sama yang mempunyai ketegaran 50% lebih berbanding model sebelumnya. 

Dari segi trenkuasanya, kedua-dua model dikuasakan oleh kilang 'Boxer' aspirasi semula jadi 2.4 liter 4-cyl yang mampu menghasilkan kuasa setakat 234 hp dan 250 Nm, yang kemudiannya dipadankan dengan transmisi enam kelajuan automatik atau manual. 

image.pngimage.png

Bercerita mengenai Toyota GR86, saya ada melakukan pandu uji jentera ini pada bulan lepas, kalau nak tahu, teruskan bersama CariCarz.com.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSB5384

SELANGOR

BSV4533

JOHOR

JJ4782J

PULAU PINANG

PSH7401

PERAK

APN3926

PAHANG

CFJ5247

KEDAH

KGK1077

NEGERI SEMBILAN

NEM7552

KOTA KINABALU

SJV4454

KUCHING

QAB1627Q

Terakhir Kemas Kini 28 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

Panggil Balik Beg Udara Takata Honda & Toyota 2026: 1.6 Juta Kenderaan Terjejas

Beg Udara Takata, Honda Toyota beberapa model yang terjejas.

24-11-2026
Berita Auto

Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau

Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.

03-11-2026
Berita Auto

Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?

EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.

21-10-2026
Berita Auto

Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini

Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.

16-10-2026
Berita Auto

Jualan Kereta Sept: Perodua Tetap King, Jetour Buat Kejutan

Perodua menerajui carta jualan September 2026.

15-10-2026
Global

Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc

Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.

10-09-2026
Kereta Baru

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026

Berita Terkini

Global

Nissan NV200 Generasi Baharu Didedah, 496 Hp & AWD

Nissan NV200 mungkin hadir dalam versi PHEV sahaja.

27-11-2026
Global

Jetour TX EV Dilancar: SUV Elektrik Lasak - RM55k

Jetour TX EV Rasmi Tiba, Saingan Baharu SUV Kompak.

25-11-2026
Global

Guna 2 Tayar! BYD Denza B5 Berjaya Tarik Boeing 747

SUV BYD Denza B5 Cipta Rekod Tarik Pesawat Seberat 180 Tan.

25-11-2026
Global

Panggil Balik Beg Udara Takata Honda & Toyota 2026: 1.6 Juta Kenderaan Terjejas

Beg Udara Takata, Honda Toyota beberapa model yang terjejas.

24-11-2026
Global

296 Challenge Stradale: Jentera Litar Ferrari Sah Di Atas Jalan

Ferrari dedah 296 Challenge Stradale sah jalanan dan 296 Challenge Evo 2027. Tampil dengan enjin V6 700 hp tanpa hibrid dan berat ringan 1,330 kg.

23-11-2026
Global

Bahana Lumba Di Negara Orang, Melayang RM1,447

Pelancong Malaysia Disaman Gara-Gara Buat Onar Di Negara Orang.

16-11-2026
Global

Isu Gandar Belakang Chery Omoda 5 Makin Merebak

Selepas Malaysia, Beberapa Negara Lain Pula Umum 'Recall' Chery Omoda 5 Kerana Isu Gandar Belakang.

13-11-2026
Global

Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah

Ada Sebabnya Kastam Thailand Ketatkan Syarat Kenderaan Rentas Sempadan.

10-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.