ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

LAPORAN: Perodua Bakal Lancar Model Baharu

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Kecoh apabila satu laporan di akhbar Berita Harian menyatakan bahawa Perodua bakal melancarkan model baharu Perodua D66B pada April ini.

Perkara itu didedahkan Penganalisis Kenanga Research, Wan Mustaqim Wan Ab Aziz ketika mengulas mengenai penguasaan Sime Darby dalam pasaran automotif tempatan.

Menurutnya, pasaran automotif tempatan akan diperluaskan ke pasaran pertengahan menerusi jenama Toyota dan pasaran mampu milik melalui Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA).

"Ini meletakkannya pada kedudukan yang lebih baik untuk mengharungi (cabaran) rasionalisasi subsidi bahan api yang akan berlaku kelak.

"Selain itu, Sime Darby berkemungkinan mendapat manfaat daripada pelancaran baharu Perodua D66B dan Toyota Yaris Cross yang dijangka diperkenalkan menjelang April ini," katanya dalam satu nota penyelidikan.

Sebelum ini, CariCarz.com ada melaporkan mengenai artis automotif terkenal, Theophilus Chin yang memberi bayangan bahawa kod projek D66B atau Perodua Nexis akan dibina berasaskan Toyota Yaris Cross.

image.png

Ia diletakkan sebagai SUV segmen B dan akan dilengkapi dengan pelbagai ciri, termasuk ADAS serta dijangka diberikan tanda harga sekitar RM 73,000.

Bagaimanapun, tiada sebarang butiran lanjut mengenai jentera itu didedahkan namun ada yang mengatakan ia bakal dilengkapi brek tangan elektronik, kamera undur serta skrin infohibur dengan ketersambungan Android Auto dan Apple Carplay.

Mengenai trenkuasa, ia dijangka akan  menggunakan enjin 1.5L Dual VVT-i naturally aspirated dan dipadankan bersama kotak gear D-CVT.

Apapun, kita tunggu pengumuman daripada tuan badannya nanti.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRW5725

SELANGOR

BSU7246

JOHOR

JG6417J

PULAU PINANG

PSH642

PERAK

APM6025

PAHANG

CFJ2915

KEDAH

KGJ6533

NEGERI SEMBILAN

NEM4551

KOTA KINABALU

SJU8276

KUCHING

QAB8907P

Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

09-12-2025
Berita Auto

13-05-2024
Berita Auto

19-02-2024
Berita Auto

23-11-2023
Berita Auto

19-06-2023
Global

14-06-2023
Berita Auto

02-08-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi

Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.

29-10-2026
Berita Auto

Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen

Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.

28-10-2026
Berita Auto

Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi

Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.

28-10-2026
Berita Auto
Berita Auto

Bila LTU Kelantan Siap?

LTU Kelantan RM3.08 B: Dijangka Siap Sepenuhnya 2028.

27-10-2026
Berita Auto

Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?

Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.

27-10-2026
Berita Auto

F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC

Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50

27-10-2026
Berita Auto

Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor

DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.

26-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.