Lewis Hamilton Tinggalkan Pasukan F1 Mercedes-AMG Petronas Untuk Ferrari?
-full.webp)

Juara F1 dunia sebanyak 7 kali, Lewis Hamilton, bakal meninggalkan pasukan Mercedes dan menyertai Ferrari pada tahun 2025
Juara Formula Satu (F1) dunia sebanyak tujuh kali, Lewis Hamilton, membuat keputusan mengejutkan dunia apabila beliau mengumumkan untuk keluar daripada pasukan F1 Mercedes-AMG Petronas, dan dijangka akan menyertai pasukan Scuderia Ferrari F1 pada tahun 2025.
Kenyataan rasmi daripada Mercedes mengesahkan perkara tersebut, Hamilton telah secara rasmi mengaktifkan klausa pelepasan dalam kontrak Merc terkini untuk meninggalkan pasukan yang berpangkalan di Brackley itu menjelang akhir musim 2024.
"Pasukan F1 Mercedes-AMG Petronas dan Lewis Hamilton akan berpisah pada akhir musim 2024. Lewis telah mengaktifkan pilihan pelepasan dalam kontrak yang diumumkan pada bulan Ogos lalu, dan musim ini akan menjadi musim terakhirnya memandu untuk Silver Arrows," jelas Mercedes dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Ferrari pula menyatakan, “Scuderia Ferrari dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Lewis Hamilton akan menyertai pasukan pada tahun 2025, dengan kontrak multitahun."

Hamilton (kiri) dijangka akan menjadi rakan sepasukan Charles Leclerc (kanan) di Scuderia mulai tahun 2025
Hamilton akan menyertai pelumba kelahiran Monaco, Charles Leclerc, di Scuderia pada tahun 2025 dengan kontrak multitahun dengan bayaran yang tidak diumumkan. Ini bermakna rakan sepasukan Leclerc sekarang, Carlos Sainz Jr., akan meninggalkan pasukan tersebut, kerana kontraknya tamat pada akhir musim ini. Selain itu, Hamilton juga dijangka untuk bersatu semula dengan bekas ketuanya di ART dalam GP2, Fred Vassuer, yang kini menguruskan pasukan Ferrari.
-full.webp)
-full.webp)
Berita ini menandakan pengakhiran era Hamilton bersama Mercedes selepas menyertai pasukan tersebut pada tahun 2013.
Sepanjang berada di dalam pasukan itu, Hamilton berjaya merangkul gelaran Juara Pemandu Dunia WDC sebanyak enam kali dengan 82 kemenangan, dalam masa yang sama, menempatkan Mercedes di tangga teratas dalam Kejuaraan Konstruktor Dunia sebanyak lapan kali berturut-turut.
-full.webp)
-full.webp)
“Saya telah melalui 11 tahun yang menakjubkan bersama pasukan ini, dan saya berbangga dengan segala yang telah dicapai bersama. Mercedes telah menjadi sebahagian daripada hidup saya sejak saya berusia 13 tahun,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.
“Saya akan sentiasa berterima kasih atas sokongan luar biasa daripada keluarga Mercedes saya, terutamanya kepada Toto, atas persahabatan dan kepimpinan beliau, dan saya ingin menamatkan dengan membuat pencapaian tertinggi bersama-sama. Saya meletakkan komitmen 100% untuk memberikan persembahan yang terbaik pada musim ini dan menjadikan tahun terakhir saya bersama Silver Arrows ini sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan,” tambahnya.
-full.webp)
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Bukan Sekadar Berubah Warna, Jentera Mercedes-AMG PETRONAS F1 Diberi Reka Bentuk Baharu
Jentera hitam F1 kali ini sebenarnya tampil berbeza pada beberapa bahagian lain, bukan sekadar warna.
20-02-2023
Scuderia Ferrari Bakal Menggunakan Kereta F1 Terbaharu, F1-75 Dalam F1 2022!
Scuderia Ferrari perkenalkan pesaing baharu untuk Kejohanan Dunia Formula 1 2022, F1-75.
21-03-2022
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge