Melaka Sasar 350 Pengecas EV Menjelang 2025 - Sejauh Manakah Kebenarannya?
-full_normal.jpg)
Majlis pelancaran Hab Pengecasan di Concept Hotel oleh EVPower Sdn Bhd.
Kerajaan negeri Melaka menyasarkan untuk memiliki sebanyak 350 petak pengecasan kenderaan elektrik (EVCB) di negeri itu menjelang tahun 2025, selaras dengan Garis Panduan Perancangan EVCB yang ditetapkan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Abdul Rauf Yusoh mengumumkan bahawa Melaka kini mempunyai 118 pengecas EV di 40 lokasi yang tertumpu di kawasan bandar.
-full_normal.jpg)
Namun pada masa penulisan, papan pemuka MEVNet tidak aktif untuk mengesahkan semula jumlah ini. Bagaimanapun, kami yakin, angka ini tidak sepadan dengan senarai yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).
Ab Rauf turut memberitahu bahawa kerajaan negeri menyokong inisiatif ini sepenuhnya dan berjanji untuk mematuhi Garis Panduan Perancangan bagi penyediaan semua EVCB di Melaka.
-full_normal.jpg)
"Justeru, saya mahu Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) bertindak segera dalam memastikan peranan dan fungsi sebagai peneraju utama pembangunan teknologi hijau negeri Melaka," katanya semasa majlis pelancaran Hab Pengecasan di Concept Hotel oleh EVPower Sdn Bhd, pada Isnin.
Setakat ini, Melaka telah menunjukkan perkembangan fasiliti pengecasan EV yang sihat kerana kebanyakan pengendali stesen pengecas utama (CPO) seperti DC Handal, ChargeSini, Tesla dan lain-lain telah menubuhkan rangkaian pengecasan mereka di negeri bersejarah ini.
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Sementara itu, CEO PTHM, Mohd Hafizam Mustaffa, mendedahkan rancangan untuk mengenal pasti lokasi baharu untuk EVCB di bandar-bandar utama termasuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan CPO untuk mencapai sasaran 350 EVCB menjelang tahun 2025.
"Kami memberi keutamaan kepada pertimbangan keselamatan, terutamanya berkaitan dengan arus tinggi dalam pengecas DC. Memandangkan EV mampu milik semakin banyak ditawarkan dan bilangan pengguna EV juga dijangka kian bertambah, adalah penting untuk memastikan fasiliti pengecasan yang mudah diakses untuk pengunjung Melaka," jelas Mustaffa.
Persoalannya, adakah ini satu matlamat yang benar-benar ingin dicapai atau hanya kata-kata kosong? Semua ini bergantung kepada kepantasan agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam urusan pelesenan dan kelulusan tapak pengecasan EV kelak.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS
Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.
22-05-2026
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV
Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.
20-05-2026
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia
Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!
19-05-2026
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit
Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?
13-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai
Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.
12-05-2026
Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km
Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.
11-05-2026
Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas
Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.
11-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

