- Berita
- Berita Auto
- Pameran Automotif IAM-MIME 2024 Berlangsung 8-9 Jun Nanti – Ini Yang Akan Dipamerkan...
Pameran Automotif IAM-MIME 2024 Berlangsung 8-9 Jun Nanti – Ini Yang Akan Dipamerkan...
![]()
Pameran automotif dan gaya hidup besar-besaran, International Automodified (IAM) dan Malaysia International Motor Expo (MIME) 2024 bakal berlangsung dari 8 hingga 7 Jun 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, KLCC.
Acara ini turut meraikan ulang tahun ke-20 Anugerah Kereta Terbaik (COTY) Malaysia sebagai penghormatan kepada kenderaan baharu terbaik tahun ini.
Tiga acara dalam satu, berikut adalah perincian kesemua aktiviti dan pameran yang akan berlangsung:
International Automodified (IAM)



Antara kenderaan yang dipamerkan semasa acara IAM-MIME 2023
Jika anda suka melihat kenderaan yang telah dimodifikasi, bukan sahaja dari segi rekaan, tetapi juga prestasi dan kelengkapan lain, di sinilah anda dapat melihat banyak kenderaan yang boleh dijadikan inspirasi. Pameran ini menarik ribuan peminat kereta dengan hampir 100 anugerah diberikan kepada kenderaan terbaik dalam setiap kategori.

Pameran IAM yang akan diadakan pada Jun ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur merupakan acara ‘pembukaan tirai’ sebelum ke lima lagi negara lain. Selepas Kuala Lumpur, IAM bakal diadakan di Surabaya, Indonesia (20-21 Julai), California, Amerika Syarikat (24 Ogos), Singapura (28-29 September), Jakarta, Indonesia (30 November - 1 Disember) dan berakhir di Bangkok, Thailand (7-8 Disember).
Malaysia International Motor Expo (MIME)

Antara kenderaan yang dipamerkan semasa acara IAM-MIME 2023
Seterusnya, MIME 2024 pula menampilkan pameran daripada pengeluar alat ganti asal (OEM) dan produk atau inovasi terkini dalam industri automotif, termasuk kenderaan elektrik (EV) dan juga barisan kenderaan yang memenangi Anugerah COTY pada tahun 2023.

Menjelaskan mengenai MIME 2024, Pengasas MIME, Yamin Vong berkata, "Apa yang membezakan MIME daripada pameran kereta lain adalah pameran kami direka untuk lebih bersesuaian dengan pemilik kereta dan bakal pembeli.
“Bukan sekadar pameran kereta baharu yang terdapat di pasaran - seperti yang boleh dirasai di bilik pameran kereta - tetapi membantu pembeli membuat pilihan yang bijak memandangkan terlalu banyak pilihan ditawarkan,” katanya.
Anugerah Kereta Terbaik (COTY) Malaysia
Tahun ini merupakan tahun yang ke-20 COTY Malaysia diadakan. Anugerah tahunan ini menjadi platform bagi mengiktiraf kereta baharu terbaik di Malaysia.

Kenderaan-kenderaan terbaik ini dipilih oleh pakar automotif yang berpengalaman berdasarkan beberapa kriteria termasuk reka bentuk, teknologi, ciri keselamatan dan sama ada ia berbaloi untuk dimiliki. Selain itu, orang ramai juga boleh membuat undian secara dalam talian.
Anugerah ini diadakan bagi meraikan kenderaan terbaik yang diperkenalkan antara 1 Ogos 2023 hingga 31 Julai 2024. Selain itu, terdapat juga kategori baharu membabitkan pencapaian EV, iaitu hartanah dan pemaju yang mesra EV.
Pembelian Tiket

Tiket boleh dibeli secara dalam talian pada harga pra-jualan hanya RM22 melalui ticket2u . Untuk maklumat lanjut boleh layari www.internationalautomodified.com atau www.malaysiamotorexpo.com.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG3487
SELANGOR
BSR6314
JOHOR
JA3691J
PULAU PINANG
PSD8245
PERAK
APJ8719
PAHANG
CFH1753
KEDAH
KGH1272
NEGERI SEMBILAN
NEK9364
KOTA KINABALU
SJT1157
KUCHING
QAB2084P
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tokyo Auto Salon KL 2025 Kembali 8-10 Ogos Nanti, Ini Yang Menarik...
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) bakal kembali memeriahkan dunia peminat automotif, dijadualkan berlangsung dari 8 hingga 10 Ogos di MITEC.
08-07-2025
Apa Yang Menarik Di Malaysia Autoshow 2025 Pada 9-15 Mei Nanti?
Pameran automotif tahunan terbesar negara, Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) kembali tahun ini dengan tema baharu ‘Shifting The Future’.
07-05-2025
Peluang Pandu Uji Model Terkini di Acara Mercedes-Benz World 5-7 Julai Ini!
Mercedes-Benz World kini sedang berlangsung di KL Base. Apa yang menarik?
05-07-2024
Pameran Mobiliti KLIMS Kembali Tahun Ini Dengan Nama Baharu! Ini Tarikh & Lokasi
KLIMS akan kembali diadakan pada tahun ini dengan tarikh, lokasi dan nama baharu pameran diumumkan.
17-01-2024
Berita Terkini
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
