Porsche Panamera 4 E-Hybrid & 4S E-Hybrid Hanya Masuk Di Eropah

Porsche Panamera generasi ketiga sudah ditayangkan secara global pada November tahun namun varian Sport Turismo yang berbumbung panjang sudah digugurkan.
Sebaliknya, ia sekurang-kurangnya masih mengekalkan versi elektrifikasi.
Ini kerana syarikat kereta Jerman itu ada mengumumkan mengenai penambahan dua model versi E-Hybrid.
Nampaknya, kehadiran Panamera 4 E-Hybrid dan Panamera 4S E-Hybrid sekali gus melengkapkan rangkaian Panamera generasi ketiga.

Difahamkan, kedua-dua model ini disumbat dengan enjin 2.9 liter turbo V6 serta dipadankan dengan persediaan e-motor yang baharu dan lebih berkuasa.
Selain itu, kedua-dua model ini dikuasakan dikuasakan dengan kapasiti pek bateri yang sama, iaitu 25.9 kWj serta dilengkapi dengan pengecas bersepadu (on-board charger, ataupun OBC) yang boleh ia mengecas bateri dalam masa dua setengah jam.
Mengenai trenkuasa Panamera 4 E-Hybrid, ia menawarkan kuasa setakat 463 hp dan tork 650 Nm manakala Panamera 4S E-Hybrd pula 536 hp dan tork 750 Nm.

Panamera 4 E-Hybrid boleh memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam masa 4.1 saat manakala Panamera 4S pula 3.7 saat.
Sementara itu, kelajuan maksimum masing-masing ialah 280 km/j dan 290 km/j.
Malah, kedua-dua model itu turut dilengkapi dengan sistem gantungan udara “two-chamber, two valve” dengan Porsche Active Suspension Management (PASM), yang turut ditawarkan pilihan tambahan sistem suspensi Porsche Active Ride.

Sebaliknya, ada perbezaan kedua-dua model ini iaitu Panamera 4 E-Hybrid didatangkan dengan rim bersaiz 19 inci bersama angkup brek berwarna hitam manakala Panamera 4S, rim bersaiz 20 inci bersama angkup brek berwarna merah.
Susulan pengumuman ini, kedua-dua model berkenaan kini dibuka untuk tempahan di Eropah manakala tempahan model ini akan dibuka di Amerika Utara pada bulan depan.
Harga jualan bagi Porsche Panamera 4 E-Hybrid bermula dari RM563,811) manakala Porsche Panamera 4S E-Hybrid bermula dari RM618,066.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF7931
SELANGOR
BSR5459
JOHOR
JA1389J
PULAU PINANG
PSD7196
PERAK
APJ7713
PAHANG
CFH1450
KEDAH
KGH325
NEGERI SEMBILAN
NEK8946
KOTA KINABALU
SJT452
KUCHING
QAB1851P
Terakhir Kemas Kini 14 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Panamera Facelift 2021 Serba Baharu; Tambah Baik Dalam Segala Aspek
Sime Darby Auto Performance Sdn Bhd baru-baru ini telah melancarkan Porsche Panamera yang baharu di Malaysia.
22-04-2021
Berita Terkini
SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800
Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.
14-07-2026
India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028
Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.
07-07-2026
WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam
Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam
08-06-2026
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia
Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.
20-04-2026
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat