ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

2 Model Terhad: Takumi, Skyline Editions, Masuk AS Dulu

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengeluar kereta Jepun Nissan, melancarkan dua model terbaharunya, Takumi dan Skyline Editions, baru-baru ini.

Kedua-dua model terhad ini  dilengkapi dengan ciri reka bentuk unik dan menawarkan  sentuhan yang seiring dengan jenama Nissan.

Bermula dengan Edisi Takumi, model ini sebenarnya bertujuan untuk memberi penghormatan kepada  pakar ketukangan yang dikenali sebagai Takumi. 

Lima nama yang mungkin anda lihat pada beribu-ribu enjin di seluruh dunia adalah milik Shioya Izumi, Tetsuji Matsumoto, Tsunemi Ooyama, Hiroyuki Ichikawa dan ketua pasukan Takumi Kurosawa.

Takumi Kurosawa yang mengetuai sekumpulan kecil dan cukup berpengalaman dalam menghasilkan  enjin 3.8 liter  VR38 twin-turbo.

image.png

Untuk itu, Edisi Takumi  menampilkan papan nama terukir merah khas yang menandakan nama orang yang membina enjin itu dengan tangan, selain terdapat plat VIN khas berwarna emas.

image.pngimage.png

Dari segi peningkatan prestasi, Edisi GT-R Takumi mendapat beberapa peralatan tambahan yang diperoleh daripada model khas Nismo, termasuk brek seramik karbon Nismo, serta Kawalan Dinamik Kenderaan yang ditala Nismo.

Pada bahagian visual, Edisi GT-R Takumi memberi penghormatan kepada model GT-R yang lama, kerana ia menggunakan warna ungu  dimana warna yang sama digunakan pada edisi khas Skyline/GT-R sebelumnya. 

Antara perubahan kosmetik lain yang terdapat ialah spatbor hadapan yang lebih lebar, manakala kedua-dua kaliper breknya dan roda Nismo Rays 20 inci dicat dengan emas.

image.png

Bahagian luar berwarna ungu-emas dilengkapi dengan hiasan dalaman Mori Green yang eksklusif, serta cukup sesuai dengan plat ambang pintu GT-R emas.

image.png

Perubahan kosmetik lain yang terdapat di sini termasuk spatbor hadapan yang lebih lebar, manakala kedua-dua kaliper breknya dan roda tempa Nismo Rays 20 inci dicat dengan emas.

Beralih kepada Edisi Skyline GT-R T-Spec 2024, model istimewa ini memberi penghormatan kepada papan nama 'Skyline' dengan memakai warna Bayside Blue yang ikonik.

image.png

Ia adalah warna signatur R34 Skyline GT-R. 

Ia yang dibina berdasarkan  varian T-Spec Premium GT-R, Skyline Edition  turut menggunakan roda 20-inci sebagai ciri standard, selain turut didatangkan dengan kaliper brek berwarna emas yang dipasang secara tersembunyi.

Tema ini menggunakan kabin bertemakan warna biru iaitu hampir serupa dengan warna dalaman Blue Heaven yang ditawarkan kepada Nissan GT-R 2025 yang baru dikemas kini.

image.png

Kedua-dua model ini akan memasuki pasaran Amerika Syarikat (AS) pada musim panas tahun ini.

Buat masa  Nissan di Amerika Syarikat masih belum mendedahkan harga namun kami  menjangkakan kedua-dua model GT-R ini adalah  "sangat terhad" .

Maka, ia akan ditawarkan pada harga yang agak tinggi.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

27-01-2026
EV

23-12-2025
EV

22-12-2025
Global

22-12-2025
Global

19-12-2025
Global

18-12-2025
Kereta Baru

05-12-2025
Global

20-11-2025

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.