Asyik Turap Jalan, Tapi Jalan Rosak Balik, Di Mana Silapnya?

Walaupun sudah berbilion ringgit dibelanjakan untuk menurap jalan di seluruh negara namun masalah jalan rosak masih belum menemui jalan penyelesaian.
Malah, lebih teruk ada yang meninggal dunia gara-gara tergolek ke dalam lubang yang rosak.
Ini kerana laporan mendedahkan sebanyak RM3.3 bilion diperuntukkan Kementerian Kerja Raya (KKR) dari 2018 hingga 2023 bagi kerja-kerja penyelenggaraan turapan di jalan Persekutuan di seluruh negara.
Malangnya, amaun besar itu masih belum dapat menyelesaikan masalah jalan rosak secara keseluruhannya.

Bercakap mengenai perkara itu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, berdasarkan rekod kementerian, masih terdapat sejumlah RM3.3 billion peruntukan yang diperlukan.
“Peruntukan itu diperlukan bagi menyelesaikan backlog (tertunggak) kerja penyelenggaraan yang membabitkan laluan Persekutuan sepanjang 3821.03 kilometer (km)," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai pertanyaan Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) mengenai tindakan yang telah atau yang akan diambil oleh kementerian untuk mengatasi masalah pembaikan jalan raya iaitu turapan bukan tampalan yang berlaku di Malaysia.
Bagaimanapun, beliau mengakui, pelbagai faktor luaran telah menyumbang kepada kerosakan jalan.

"Antaranya faktor pertambahan bebanan trafik dan kenderaan berat yang melebihi muatan menjadi salah satu punca kerosakan jalan dan ia turut memendekkan jangka hayat jalan berkenaan.
"Pendekatan yang diambil berdasarkan beberapa kriteria dan pertimbangan kejuruteraan dalam penentuan keutamaan bagi lokasi kerja penyenggaraan jalan.
"Lokasi-lokasi ditentukan berdasarkan tahap dan jenis kerosakan jalan, kadar isipadu kenderaan berat, hierarki jalan, kadar kemalangan dan kitaran hayat jalan," katanya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Peruntukan Terbesar: KPKT Salur RM40 Juta Untuk Turap 800 Jalan Di Perak
KPKT menganggarkan kos kira-kira RM50,000 bagi setiap jalan di kawasan perumahan.
02-01-2026
Pelik Jalan Yang Diturap Boleh Tahan 8 Tahun
Jangka hayat jalan raya yang diturap atau ditampal semula boleh mencapai tujuh hingga lapan tahun.
10-11-2023
Kekurangan Dana Bukan Halangan, KKR Cari Inovasi Moden Selenggara Jalan
AI: Langkah Inovatif KKR Tangani Jalan Menua.
20-08-2026
KKR Rayu Tambahan Peruntukan: RM2 Bilion Tak Cukup Selenggara Jalan
Kekangan Bajet Jalan Raya: KKR Terpaksa Utamakan Kawasan Black Spot & Kerap Kemalangan.
19-08-2026
RM25.2 Juta Diperuntuk Pasang Lampu Solar LED Di 32 Lokasi Berisiko Tinggi Lebuh Raya
3,000 Tiang Lampu Solar LED Bakal Dipasang Di Kawasan 'Blackspot' Lebuh Raya Menjelang November.
24-06-2026
Projek RM20 Juta: Laluan Motosikal Jalan Persekutuan Wajah Baharu Ogos Ini
Riders Lebuhraya Persekutuan, Ini Apa Yang Bakal Berubah Pada Laluan Motosikal Menjelang Ogos!
22-05-2026
Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV
KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).
07-05-2026
Jika Boleh, Kita Mahu Setiap Inci Jalan Diterangi Lampu – Menteri KKR
Kementerian Kerja Raya mahu setiap setiap inci di jalan raya dilengkapi lampu jalan namun pihaknya mengakui berdepan kekangan sumber.
09-12-2025
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge