Filem Pendek Proton Cipta Kelainan, Sebab Ada Orang KUAT Proton?

Pengeluar kereta nasional PROTON mengadakan tayangan perdana filem pendek Hari Raya berjudul "Syurgaku" semasa majlis berbuka puasa bersama media baru-baru ini.
Filem untuk 2024 dihasilkan dengan kerjasama Elite Definition Sdn Bhd, pengedar eksklusif pewangi kereta, Little Joe di Malaysia.

Filem pendek Hari Raya PROTON tahun ini mempamerkan Proton S70, sedan segmen-C popular syarikat, serta cawangan 3S/4S yang menawarkan perkhidmatan selepas jualan terkemuka.

Dengan masa tayangan hampir 22 minit, ia menampilkan pelakon popular Malaysia Shaheizy Sam, Sharifah Amani dan Fauziah Ahmad Daud di bawah arahan pelakon dan pengarah tempatan, Pekin Ibrahim.
Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, PROTON memutuskan untuk bekerjasama dengan Little Joe untuk menghasilkan filem pendek Hari Raya kami tahun ini selepas melakukannya secara persendirian selama dua tahun.
-full.jpg)
“Ia juga merupakan satu lanjutan perkongsian semasa kami di mana pewangi kereta itu ditawarkan kepada pelanggan selepas jualan dan syarikat sedang menghasilkan wangian yang khusus untuk kenderaan Proton,”katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, filem pendek Hari Raya Proton memaparkan kisah Sarjan Ismail Jaafar, pencipta nama Proton Saga sempena syarikat menyambut ulang tahun ke-40nya.
-in-the-short-film-(1)-full.jpg)
Namun, kali ini PROTON memilih sketsa raya sepasang suami yang berada dalam dilema untuk pulang ke kampung namun akhir ceritanya banyak mengisarkan tentang pengorbanan seorang suami pada isteri dan ibunya.
Apa yang cukup menarik mengenai iklan pendek raya Proton ialah pengeluar kereta nasional ini menampilkan figura orang kuat Proton sendiri.
Kalau nak tahu siapakah si gerangan figura itu, jom tonton di facebook.com atau youtube.com
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jualan Kereta Ogos 2026: Bezza Juara, e.MAS 5 Masuk Top 5
Senarai kereta terlaris Malaysia.
14-09-2026
Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara
Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.
06-08-2026
Proton Laku Keras! Dalam 2 Bulan, 33,399 Unit Terjual, Pesaing Lain Mula Terasa Bahang
Nampaknya 2026 bakal menjadi tahun keramat buat PROTON selepas memecahkan rekod jualan 15 tahun pada Januari lalu dan terbaharu sebanyak 13,566 unit terjual pada Februari sahaja!
04-03-2026
Berita Terkini
Adidas Samba OG x Mercedes-Benz Dilancar, Kasut Edisi Terhad!
Mercedes-Benz Terapkan Kemewahan S-Class Pada adidas Samba OG.
06-10-2026
Antara Hobi Dan Nyawa: Bila Hobi Sihat Menjadi Tragedi Berdarah
Elakkan berbasikal waktu malam.
22-08-2026
Hidung Kembang, Gril Kontroversi: Kenapa BMW Sengaja Ambil Risiko Penampilan Ekstrem
Suka Atau Tidak: Sejarah Reka Bentuk BMW Sentiasa Goncang Dunia Automotif.
07-08-2026
Mitos Atau Fakta: Kena Saman Jika Pandu Berkaki Ayam, Berselipar?
Betul Ke Tak Boleh Pandu Berkaki Ayam Di Malaysia? Ini Penjelasannya.
08-07-2026
Dulu Jadi Teksi KL, Sekarang Kereta Kayangan! Evolusi Dari Golf Mk1 Ke Proton S70
Evolusi Teksi KL.
06-07-2026
KAJIAN: Memandu Kereta Manual Rupanya Boleh Selamatkan Otak Anda
Jangan Lupus Kereta Manual Lagi! Pakar Jepun Dedah 'Rahsia' Luar Biasa Ini.
02-07-2026
Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!
PROTON kini meneruskan usaha mendekati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat usia melalui kolaborasi terbaharu bersama Sunway Tiny Toys dengan memperkenalkan model miniatur berskala 1/64 bagi Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5.
25-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge