Gara-Gara Keputusan 'Tidak Bijak,' CEO Hertz Letak Jawatan
-full_normal.webp)
CEO Hertz, Stephen Scherr, letak jawatan
Gara-gara kerugian yang besar yang ditanggung ekoran gagal untuk memasuki pasaran kenderaan elektrik (EV), syarikat kereta sewa, Hertz, melakukan pembaharuan dalam struktur pengurusan. Kini, bekas eksekutif General Motors, Gil West, telah dilantik sebagai CEO baharu menggantikan Stephen Scher.

Ketika Hertz berada di bawah kepimpinan Scher, syarikat tersebut telah membuat pelaburan besar merangkumi persetujuan untuk menempah sejumlah 100,000 EV Tesla dan menurut Elon Musk dalam satu hantarannya di Twitter:
Pembelian dalam jumlah yang besar itu dibuat pada harga sama yang dijual kepada pelanggan lain, tanpa diskaun.
Pelaburan Tidak Terhenti Di Situ…
Hertz juga turut mengumumkan pelaburan yang besar dalam perjanjian pembelian kenderaan dengan Polestar dan General Motors, masing-masing 65,000 dan 175,000 unit.
Tanpa Permintaan, Tiada Keuntungan
-full_normal.webp)
Bagaimanapun, Hertz tidak berjaya melihat hasil daripada pelaburan tersebut kerana kegagalan pemasaran dan tidak berjaya meyakinkan orang ramai untuk beralih kepada EV.
Memandangkan permintaan terhadap sewaan kereta EV tidak banyak, dan harga kesemua model EV Tesla yang diturunkan di pasaran pada tahun 2023, Hertz perlu menanggung kerugian yang besar.

Akibatnya, syarikat tersebut terpaksa menjual kembali sejumlah besar EV yang telah dibeli. Namun masih berhadapan dengan kerugian kira-kira AS$250 juta (~RM1.2 bilion) daripada pemotongan harga tersebut, lapor portal automotif, Teslarati.
Perbelanjaan Lain Yang Terus Merugikan Syarikat
Hertz juga dilaporkan terpaksa menanggung kos penyelenggaraan dan baik pulih EV yang dikatakan dua kali ganda lebih tinggi berbanding kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman (ICE).
-full_normal.webp)
-full_normal.webp)
Selain itu, pada Disember 2022, Hertz bersetuju untuk membayar AS$168 juta bagi menyelesaikan sejumlah 364 tuntutan membabitkan laporan palsu kes kecurian kereta Hertz. Sesetengah daripada kes ini menyebabkan pelanggan Hertz ditangkap dan dipenjarakan. Walaupun Hertz memaklumkan bahawa sebahagian besar daripada perbelanjaan tersebut akan ditanggung oleh syarikat insurans, perkara ini merupakan satu pukulan besar terhadap reputasi syarikat.
Scherr meninggalkan Hertz selepas dua tahun dan percaya bahawa usahanya selama ini telah membantu syarikat itu kekal kompetitif dalam industri yang sentiasa berdepan dengan perubahan.
"Selama dua tahun ini, pasukan Hertz telah bekerja dengan tekun untuk membawa syarikat ke arah kejayaan jangka panjang dalam landskap automotif yang sentiasa berubah.
"Hertz berada pada kedudukan yang baik untuk masa depan, dan saya berharap untuk melihat syarikat ini melaksanakan strateginya sebagai pemimpin dalam mobiliti," katanya.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

