ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Gara-Gara Keputusan 'Tidak Bijak,' CEO Hertz Letak Jawatan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Hertz-CEO-resign-(5).jpeg


CEO Hertz, Stephen Scherr, letak jawatan 


Gara-gara kerugian yang besar yang ditanggung ekoran gagal untuk memasuki pasaran kenderaan elektrik (EV), syarikat kereta sewa, Hertz, melakukan pembaharuan dalam struktur pengurusan. Kini, bekas eksekutif General Motors, Gil West, telah dilantik sebagai CEO baharu menggantikan Stephen Scher. 


Hertz-HQ.png


Ketika Hertz berada di bawah kepimpinan Scher, syarikat tersebut telah membuat pelaburan besar merangkumi persetujuan untuk menempah sejumlah 100,000 EV Tesla dan menurut Elon Musk dalam satu hantarannya di Twitter:



Pembelian dalam jumlah yang besar itu dibuat pada harga sama yang dijual kepada pelanggan lain, tanpa diskaun.


Pelaburan Tidak Terhenti Di Situ…


Hertz juga turut mengumumkan pelaburan yang besar dalam  perjanjian pembelian kenderaan dengan Polestar dan General Motors, masing-masing 65,000 dan 175,000 unit. 


Tanpa Permintaan, Tiada Keuntungan


Hertz-CEO-resign-(6).jpeg


Bagaimanapun, Hertz tidak berjaya melihat hasil daripada pelaburan tersebut kerana kegagalan pemasaran dan tidak berjaya meyakinkan orang ramai untuk beralih kepada EV. 


Memandangkan permintaan terhadap sewaan kereta EV tidak banyak, dan harga kesemua model EV Tesla yang diturunkan di pasaran pada tahun 2023, Hertz perlu menanggung kerugian yang besar. 


Hertz-Tesla-Kuning.png


Akibatnya, syarikat tersebut terpaksa menjual kembali sejumlah besar EV yang telah dibeli. Namun masih berhadapan dengan kerugian kira-kira AS$250 juta (~RM1.2 bilion) daripada pemotongan harga tersebut, lapor portal automotif, Teslarati. 


Perbelanjaan Lain Yang Terus Merugikan Syarikat


Hertz juga dilaporkan terpaksa menanggung kos penyelenggaraan dan baik pulih EV yang dikatakan dua kali ganda lebih tinggi berbanding kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman (ICE). 


Hertz-CEO-resign-(7).jpegHertz-CEO-resign-(2).jpeg


Selain itu, pada Disember 2022, Hertz bersetuju untuk membayar AS$168 juta bagi menyelesaikan sejumlah 364 tuntutan  membabitkan laporan palsu kes kecurian kereta Hertz. Sesetengah daripada kes ini menyebabkan pelanggan Hertz ditangkap dan dipenjarakan. Walaupun Hertz memaklumkan bahawa sebahagian besar daripada perbelanjaan tersebut akan ditanggung oleh syarikat insurans, perkara ini merupakan satu pukulan besar terhadap reputasi syarikat. 


Scherr meninggalkan Hertz selepas dua tahun dan percaya bahawa usahanya selama ini telah membantu syarikat itu kekal kompetitif dalam industri yang sentiasa berdepan dengan perubahan. 


"Selama dua tahun ini, pasukan Hertz telah bekerja dengan tekun untuk membawa syarikat ke arah kejayaan jangka panjang dalam landskap automotif yang sentiasa berubah.


"Hertz berada pada kedudukan yang baik untuk masa depan, dan saya berharap untuk melihat syarikat ini melaksanakan strateginya sebagai pemimpin dalam mobiliti," katanya. 




Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.