Lebih 13,000 Unit Kereta Proton Terjual Dalam Tempoh Sebulan!

Proton mencatatkan pertumbuhan jualan yang positif pada bulan Februari 2024
Proton berjaya mencatatkan pertumbuhan jualan yang positif pada bulan Februari 2024. Sepanjang bulan tersebut, sejumlah 13,602 unit kenderaan terjual, prestasi itu sekali gus meningkatkan jualan tahun sehingga kini (YTD) sebanyak 3% berbanding tahun lalu.
"Proton terus menunjukkan trend positif pada bulan kedua tahun ini dengan jualan yang disokong oleh permintaan domestik yang konsisten serta pertumbuhan eksport yang semakin meningkat," kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Roslan Abdullah.

Saga kekal sebagai model terlaris dengan lebih daripada 6,000 unit terjual bulan lalu, atau 6,212 unit secara keseluruhan.


Kekal laris, Persona dan X50, yang mana masing-masing terjual sebanyak 1,859 dan 1,816 unit pada bulan Februari 2024.
Menurut Proton, pertumbuhan positif ini merupakan satu pencapaian membanggakan kerana kebiasaannya jualan agak perlahan pada awal tahun. Bagaimanapun, Proton menganggarkan jumlah keseluruhan industri (TIV) akan meningkat sebanyak 13.8% berbanding tempoh sama tahun lalu.
Seperti yang dijangkakan, model sedan Saga terus mendominasi jualan dengan 6,212 unit terjual, lebih daripada 6,000 unit untuk lima bulan berturut-turut. Gabungan jualan Proton Saga pada Januari dan Februari tahun ini telah mencapai 12,341 unit - peningkatan sebanyak 10.9% berbanding tahun lalu.
Selain itu, jualan Proton pada Februari 2024 juga banyak disumbangkan oleh model seperti Persona, X90 dan S70. Persona terus memperkukuhkan kehadiran Proton dalam kategori sedan segmen B dengan 1,859 unit terjual bulan lalu.

Permintaan terhadap sedan S70 melonjak dengan ketara sebanayk 60.5% dengan 2,314 unit terjual pada Februari 2024.
SUV X90 terjual sebanyak 374 unit, menandakan pertumbuhan sebanyak 2.5% berbanding prestasi jualan pada bulan Januari 2024. Sementara itu, sedan S70 pula melonjak sebanyak 60.5% berbanding Januari 2024 dengan jualan sebanyak 2,314 unit.
Selain itu, SUV X70 mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 19.6% kepada 445 unit manakala hatchback Iriz meningkat 3.8% dengan jualan 543 unit. Walaupun pengeluaran telah ditamatkan, MPV Exora masih mencatatkan jualan sebanyak 39 unit pada bulan Februari. Sehingga kini, lebih daripada 194,250 unit model tersebut telah terjual.

Untuk pasaran luar negara, perniagaan eksport Proton melonjak sebanyak 223% kepada 346 unit berbanding bulan Januari 2024. Angka tahun sehingga kini (YTD) meningkat sebanyak 50.5%, dengan jualan 453 unit di luar negara.
“Pasaran eksport kita akan menjadi tumpuan pertumbuhan pada 2024 dan kami juga mempunyai harapan yang tinggi untuk Proton S70 menguasai segmennya kerana penghantaran terus meningkat dalam beberapa bulan yang akan datang,” tambah Roslan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton S70: Ingatkan Sedan Murah Biasa-Biasa, Sekali Mak-Mak Pun Jatuh Hati
Sedan Besar, Harga Bawah RM60,000! Ini Pengalaman Sebenar Pandu Uji Proton S70 Rahmah
14-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
PROTON S70 i-GT 1.5 Rasmi Di Sabah, Harga Bermula RM58,800
ROTON S70 i-GT 1.5 Tiba Di Sabah, Catat Sambutan Hangat.
05-10-2026
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?
Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?
23-09-2026
Proton e.MAS & S70 Punca Jualan Proton Lonjak Ogos 2026
Ogos 2026: Proton Catat Jualan Tertinggi Sejak 2010.
08-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
Gaji Minimum Proton S70 2026 (Ansuran, Kos Bulanan)
Berapa Gaji Untuk Layak Beli Proton S70.
07-09-2026
Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara
Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.
06-08-2026
Berita Terkini
Berapa Harga Honda City Hatchback Baru
Honda City Hatchback Baharu Mula RM95,900 – Ada Diskaun RM4k.
19-10-2026
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

