Lotus Cars Kini Di Pavilion Damansara Heights, Boleh Kustom Kereta Sendiri

Lotus Cars Malaysia secara rasminya membuka Lotus Store yang pertama di Damansara Heights, Kuala Lumpur semalam.
Ruang pameran Lotus Store dibuka selepas pelancaran kenderaan utiliti sukan (SUV) hiper elektrik Lotus Eletre 10 bulan lepas yang mendapat sambutan menggalakkan di Malaysia.

Ia yang berkeluasan 173.58 meter persegi, sebenarnya direka dengan penuh teliti bagi mencerminkan identiti korporat antarabangsanya.
Di tapak baharu ini , ia menampilkan model Eletre EV dan kereta sports Emira.

Selain itu, terdapat juga ruang Konfigurator Lotus bagi membolehkan para pelanggan menala kenderaan yang ditempah mengikut citarasa masing-masing.
Ini bermakna, para pelanggan boleh memilih bahagian luaran misalnya, warna cat, pilihan rim, tayar, brek kaliper berwarna, brek serami karbon dan logonya.

Malah, pelanggan juga boleh tema sendiri untuk bahagian kabinnya selain tali pinggang keledar, stereng dan tatahan karbon.
Bukan sekadar itu sahaja, pelanggan juga boleh memilih cermin sisi mengikut suka anda termasuk pakej Lotus Dynamic dengan kebolehan pemanduan stereng 4-roda dan bumbung kaca pintar.
Ia juga menawarkan ciri-ciri keselamatan tambahan seperti pakej parkir dan pakej bantuan lebuhraya.
Ruang pameran ini turut menawarkan jualan barangan dan pakaian eksklusif dari Lotus, berserta sebuah ruang santai dan istirahat.


Di sebalik pembukaan Lotus Store di Damansara Heights, Lotus Cars Malaysia juga akan membuka satu lagi bilik pamerannya di Glenmarie, Shah Alam pada suku kedua tahun ini.
Jenama itu juga berhasrat untuk meluaskan lagi rangkaian cawangannya di negeri-negeri Utara dan Selatan dan melaksanakan Penyelesaian Perkhidmatan Mudah Alih Lotus untuk kemudahan tambahan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF5658
SELANGOR
BSR5062
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6757
PERAK
APJ7309
PAHANG
CFH1267
KEDAH
KGG9522
NEGERI SEMBILAN
NEK8723
KOTA KINABALU
SJS9761
KUCHING
QAB1761P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tempahan Lotus Eletre 2026 Kini Dibuka – Cecah 600 KM, Dari RM499K
Hanya seminggu selepas pembukaan tempahan untuk model sedan elektrik Lotus Emeya 2026MY, kini giliran ‘adiknya’, Lotus Eletre, pula membuka tempahan rasmi di Malaysia.
22-08-2025
Lotus Store Kini Dibuka Di Pulau Pinang – Pertama Di Utara Semenanjung
Lotus Cars Malaysia memperluaskan rangkaian pusat jualannya dengan membuka Lotus Store yang ketiga di Malaysia.
15-11-2024
Bilik Pameran Flagship Lotus Kuala Lumpur Kini Di Glenmarie, Shah Alam
Lotus Cars Malaysia turut merasmikan pusat pameran terbaharunya Lotus Kuala Lumpur.
16-08-2024
Varian Asas EV Lotus Eletre Kini Kembali Di Pasaran – Capai 603 HP! Cecah 600 KM! Dari RM598,800
otus Cars Malaysia (Lotus Karz Sdn Bhd) telah mengumumkan kehadiran semula varian asas, Lotus Eletre 2024, di pasaran.
20-07-2024
Gentari, Lotus Cars Malaysia Bekerjasama Untuk Terokai Infrastruktur Mobiliti Hijau
Gentari Sdn Bhd (Gentari) melalui anak syarikat milik penuhnya Gentari Green Mobility Sdn Bhd, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Lotus Cars Malaysia (LCM) di ibu negara, pagi tadi.
13-04-2023
Berita Terkini
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.
10-07-2026
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun
Gara-Gara Hon, Merana Badan Dipenjara 10 Tahun.
08-07-2026
Berita Baik Rakyat Kelantan, Lebuh Raya KBKK Dah Siap 71%
Balik Raya Tak Jem Lagi? Lebuh Raya KBKK Siap 71.4% Manakala Siap Sepenuhnya 2027.
08-07-2026
Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI
Video Gaduh Di Kaunter JPJ, Hanya Rekaan AI.
08-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat