ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Malaysia Komited Cari Pesawat MH370

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa kerajaan komited untuk meneruskan  pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang ketika dalam penerbangan pada 8 Mac 2014.

Menterinya, Anthony Loke berkata, pihaknya bersedia untuk bertemu firma penerokaan dasar laut, Ocean Infinity.

Ia bertujuan untuk  membincangkan cadangan pencarian itu atas kapasiti 'no find, no fee' (tidak jumpa, tiada bayaran) seperti yang dicadangkan oleh waris mangsa tragedi berkenaan.

image.png

Bagaimanapun, beliau akan mendapatkan kelulusan Kabinet berhubung perjanjian dengan Ocean Infinity, dan menjangka tiada masalah untuk Kabinet memberikan kelulusan.

"Sudah tentu kita memerlukan kelulusan Kabinet kerana ia membabitkan implikasi kewangan. Bentuk kontrak sebelum ini sudah berakhir kerana ia membabitkan pencarian pada 2017 dan berakhir pada 2018, jadi yang ini adalah cadangan baharu daripada Ocean Infinity.

"Walaupun kita memulakan cadangan ini berasaskan 'no find, no fee', kita berharap pesawat itu ditemukan... dan sebaik saja ditemukan, ada implikasi kewangan kepada kerajaan.

"Bukan kita tidak komited... sudah tentu kita komited tetapi kita memerlukan kelulusan Kabinet, dan saya sangat yakin Kerajaan Malaysia serta Kabinet akan meluluskan cadangan itu," katanya.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014, sebelum ia diumumkan berakhir di Lautan Hindi.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRG2038

SELANGOR

BSR6041

JOHOR

JA3041J

PULAU PINANG

PSD7824

PERAK

APJ8429

PAHANG

CFH1632

KEDAH

KGH1051

NEGERI SEMBILAN

NEK9215

KOTA KINABALU

SJT985

KUCHING

QAB2031P

Terakhir Kemas Kini 16 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

MH370: Masih Belum Ada Penemuan Penting

Fasa terkini operasi pencarian MH370 di dasar laut Lautan Hindi Selatan telah mencapai liputan tinjauan yang ketara, namun sehingga kini tiada penemuan penting atau hasil muktamad dikenal pasti.

21-01-2026
Berita Auto

Jika Ada Maklumat, Bukti Kukuh, Sahih, Kerajaan Teruskan Pencarian MH370

Walaupun sudah 10 tahun berlalu, pesawat MH370 hilang, namun kerajaan masih berhasrat untuk mencari pesawat malang itu.

05-11-2024
Berita Auto

Bermula 1 April, MAS Airlines Larang Penumpang Guna Power Bank

Bermula 1 April ini, para penumpang MAS Airlines tidak boleh menggunakan power bank ketika berada dalam penerbangan itu.

24-03-2025
Berita Auto

Khidmat Pemindahan Terminal MAS Guna Mercedes-Benz EQS 500 & S580e

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah menjalin kerjasama dengan syarikat induk Malaysia Airlines (MAS), Malaysia Aviation Group (MAG).

22-01-2025
Berita Auto

Jika Ada Maklumat, Bukti Kukuh, Sahih, Kerajaan Teruskan Pencarian MH370

Walaupun sudah 10 tahun berlalu, pesawat MH370 hilang, namun kerajaan masih berhasrat untuk mencari pesawat malang itu.

05-11-2024
Berita Auto

Gunung Ruang Meletus: Banyak Penerbangan Dibatalkan Demi Keselamatan

MAS menggesa para penumpangnya mengemas kini butiran hubungan mereka melalui 'My Booking'.

18-04-2024
Berita Auto

MAS Guna BMW i7 Untuk Penumpang Atasan

Malaysia Airlines akan menggunakan BMW i7 untuk memindahkan penumpangnya.

24-01-2024
Berita Auto

Boleh Bawa Makanan Sendiri Tapi Ada Syarat

Sementara menunggu peralihan penyedia perkhidmatan katering baharu, anda kini boleh membawa makanan sendiri jika menaiki penerbangan MAS.

04-09-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.

14-07-2026
Berita Auto

Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti

Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.

13-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.