Pelanggan Proton Kini Boleh Dapat Pemasangan Cermin Gelap Dari Kilang
-observing-the-tinting-process-full.jpg)
Pusat Pemasangan Cermin Gelap Proton.
Syarikat automotif nasional, Proton, telah merasmikan pembukaan Pusat Pemasangan Cermin Gelap Proton di kilang pengeluarannya di Tanjung Malim.
Fasiliti tersebut yang mempunyai kapasiti pemasangan sehingga 5,000 unit sebulan menjanjikan cermin gelap berkualiti tinggi menggunakan teknik cetakan pra-potong yang lebih tepat dan kemas berbanding pemasangan selepas pembelian kenderaan.
Pemasangan di pusat ini juga dapat mengelakkan risiko kerosakan sekunder yang biasanya dikaitkan dengan pemasangan pascapasaran (aftermarket) yang pastinya akan merugikan pengguna. Cermin gelap Proton turut dijamin mematuhi peraturan yang ditetapkan JPJ.


Kualiti pemasangan cermin gelap lebih terjamin jika dibuat dari kilang.
Pelanggan dapat menikmati waranti tanpa had perjalanan selama 5 tahun untuk semua perkhidmatan pemasangan cermin gelap.
Sebelum ini, pemasangan cermin gelap ditawarkan sebagai aksesori standard untuk X90 Flagship dan Premium serta S70 Flagship dan Flagship X. Dengan pelancaran pusat pemasanagn ini, aksesori tersebut akan ditawarkan kepada lebih banyak lagi model lain.

Perasmian Pusat Pemasangan Cermin Gelap Proton
Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, “Pembukaan Pusat Pemasangan Cermin Gelap baharu kami di Tanjung Malim adalah satu langkah penting ke arah komitmen Proton untuk menyampaikan produk berkualiti dan nilai tambahan kepada pelanggan kami. Dengan mengambil tanggungjawab untuk proses pemasangan, kami mempunyai kawalan kualiti yang lebih baik dan boleh menawarkan ketenangan fikiran kepada pelanggan.

Dengan kapasiti pemasangan sebanyak 5,000 unit kenderaan sebulan, pusat ini juga bersedia untuk menghadapi sebarang peningkatan volum dalam jangka masa pendek kerana lebih banyak model dalam rangkaian Proton akan ditawarkan dengan cermin gelap sebagai aksesori standard.” tambahnya.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4954
SELANGOR
BSR6729
JOHOR
JA4465J
PULAU PINANG
PSD8791
PERAK
APJ9277
PAHANG
CFH1899
KEDAH
KGH1474
NEGERI SEMBILAN
NEK9536
KOTA KINABALU
SJT1343
KUCHING
QAB2164P
Terakhir Kemas Kini 19 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kilang Proton Di Tanjung Malim Siap 90.4 Peratus Sepantas 6 Bulan, CKD EV Mula September?
Proton akan mengeluarkan EV secara CKD tidak lama lagi kerana kilang baharunya yang terletak di Tanjung Malim, Perak, telah mencapai persiapan sebanyak 90.4% hanya dalam tempoh enam bulan selepas majlis pecah tanah.
18-08-2025
Proton Bakal Pindah Operasi Ke Hab Automotif, AHTV, Tahun 2026 Ini
CEO Proton, Li Chunrong, mendedahkan perkembangan terkini mengenai projek Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV).
22-02-2024
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat