Penghantaran smart #1 Pro Mula Hari Ini – 268 HP, 315 KM, RM189K
-full.webp)
smart Malaysia (PRO-NET) telah memulakan penghantaran varian asas smart #1, Pro.
Selepas beberapa bulan mendarat di Malaysia, smart Malaysia (PRO-NET) hari ini telah memulakan penghantaran model smart #1 Pro kepada para pelanggan.
Crossover elektrik ini menggunakan motor elektrik yang diletakkan di bahagian belakang (RWD) sama seperti varian #1 Premium, dengan kuasa sebanyak 268 hp (200 kW) dan 343 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dilakukan dalam masa sepantas 6.7 saat. Varian #1 Pro menerima bateri jenis LFP dengan kapasiti lebih kecil berbanding Premium, iaitu 49 kWj, yang memberikannya jarak EV maksimum sejauh 315 km (WLTP).
-full.webp)
smart #1 Pro menyokong pengecas DC 130 kW dan AC 7.2 kW.
Menggunakan senibina elektrikal yang mampu menampung 400 volt, Geely SEA2 seperti varian #1 lain, #1 Pro boleh menerima pengecasan pantas DCFC sehingga 130 kW, sementara AC pula dihadkan pada 7.2 kW. Memandangkan varian ini menggunakan kapasiti bateri yang lebih kecil, ia boleh dicas penuh dalam masa kurang daripada 30 minit dengan pengecas DC dan sekitar lima jam daripada 10-80% dengan pengecas AC.

-full.webp)
Rekaan #1 Pro tidak jauh berbeza dengan #1 Premium, kecuali reka bentuk rim yang digunakan.
Dari segi rekaan, #1 Pro hadir dengan kelengkapan standard seperti rim aloi ‘Amps’ bersaiz 19 inci. Keseluruhannya, rekaan #1 Pro tidak jauh berbeza daripada varian #1 Premium. Lima pilihan warna ditawarkan iaitu Future Green, Quantum Blue, Digital White, Cyber Silver dan Laser Red.
-full.webp)
-full.webp)
Walaupun sebuah varian asas smart #1, Pro diberikan pelbagai ciri standard yang menarik.
Di dalam kabinnya, #1 Pro kekurangan beberapa ciri yang ditawarkan pada varian #1 Premium seperti sistem audio Beats 13 speaker, tempat duduk dengan sistem pengudaraan serta papar pandu (HUD).
Ciri standard lain kekal sama seperti skrin infotainmen bersaiz 12.8 inci dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar, kluster instrumen digital 9.2 inci, tempat duduk hadapan boleh laras 10 arah, pad pengecas tanpa wayar, dan bumbung Halo Panoramik dengan tirai pelindung matahari automatik.
Melalui skrin infotainmennya, pengguna boleh mengakses peta stesen pengecas EV yang memberikan akses kepada lebih daripada 70% stesen pengecas di seluruh Malaysia. Sistem ini diintegrasikan secara automatik dengan aplikasi telefon pintar Hello smart pemilik, sekaligus memudahkan pengguna untuk mencari lokasi stesen terdekat, memulakan pengecasan dan membuat pembayaran.
Baca: [PANDU UJI] Ambil Tahu 9 Perkara Ini Sebelum Beli smart #1 Brabus
Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan #1 Pro, boleh kunjungi mana-mana cawangan pengedar sah smart Malaysia atau ‘di mana sahaja’ dengan menggunakan aplikasi Hello smart. Varian ini ditawarkan di pasaran pada harga bermula daripada RM189,000, atas jalan, tanpa insurans. Varian lain iaitu #1 Premium dijual pada harga RM219,000, dan varian tertinggi, #1 Brabus dijual pada harga RM249,000.


Selain itu, smart Malaysia juga mengumumkan pengenalan Pakej Pemilikan Premium yang komprehensif. Pakej ini adalah termasuk:
- Jaminan Bateri bervoltan tinggi selama 8 tahun atau 200,000km
- Jaminan komponen bervoltan tinggi selama 8-tahun atau 150,000km
- Jaminan kenderaan selama 4-tahun tanpa had perjalanan
- Jaminan alat ganti selama 2-tahun tanpa had perjalanan
- Bantuan Perkhidmatan Jalanan 24/7
- Pengecas AC smartCharge percuma berharga RM3,200 dengan jaminan 2-tahun
- Kabel V2L percuma berharga RM800 dengan jaminan 2-tahun
- Pakej aksesori percuma bernilai RM2,000
- 5-tahun Data Internet percuma dengan jumlah 60GB
- Perlindungan Insuran smartPlus yang komprehensif
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM6421
SELANGOR
BST2457
JOHOR
JD1649J
PULAU PINANG
PSF1146
PERAK
APK9676
PAHANG
CFH5430
KEDAH
KGH7291
NEGERI SEMBILAN
NEL5750
KOTA KINABALU
SJT7035
KUCHING
QAB4551P
Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
PRO-NET Raikan Ulang Tahun Ke-2 Dengan smart Owners Club Malaysia
PRO-NET meraikan ulang tahun keduanya bersama smart Owners Club Malaysia, baru-baru ini.
24-12-2025
Smart #1, #3 Dipamer Di AEON Tebrau, Orang Tebrau Boleh Datang Jenguk
smart Malaysia mengadakan smart Tour Roadshow di pusat beli-belah Aeon di Tebrau, Johor bermula hari ini hingga 17 November.
13-11-2024
Pertandingan Electrifying The Future, Kumpulan 2 Fast 2 Smart Bawa Pulang RM5,000
Kumpulan 2 Fast 2 Smartdinobatkan sebagai pemenang Pertandingan “‘Electrifying The Future’ yang dianjurkan oleh smart Malaysia, baru-baru ini.
03-10-2024
Lagi Pusat Pengedar Kereta smart di JB
smart Malaysia bakal membuka pusat pengedar kedua di Johor Bahru pada suku keempat tahun ini.
14-08-2024
Jom Test Drive smart di Pusat Beli Belah Bangsar
smart Malaysia telah menambah lokasi baharu iaitu di Bangsar untuk smart Tour Brand Roadshow.
29-07-2024
SmartCare: Tawar Perkhidmatan Selepas Jualan
smart Malaysia melancarkan program perkhidmatan selepas jualan, smartCare, baru-baru ini.
20-06-2024
Boleh 'Trade-In' Kereta Untuk Dapatkan EV Sempena Kempen ‘Go Green with smart’
smart Malaysia (PRO-NET) telah melancarkan kempen 'Go Green Go smart.' Banyak yang menarik sepanjang kempen ini berlangsung!
17-05-2024
Demi Pelanggan, PRO-Net Tambah Pengecas
RO-NET meluaskan rangkaian pengecasan bagi memenuhi permintaan pemilik yang menggunakan NEV.
07-05-2024
Berita Terkini
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000
OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.
18-07-2026
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k
Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.
16-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat