ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Peugeot E-5008, Jangan Expect Harga Murah!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Buat julung kalinya,  SUV tiga barisan ini ditawarkan dalam versi elektrik, Peugeot E-5008.

Untuk generasi ketiga ini, 5008 E-3008 menjadi model pertama Peugeot yang menggunakan platform STLA Medium di mana  platform tersebut boleh memuatkan enjin pembakaran dalaman.

image.png

Bercakap mengenai rangkaian kuasa, barisan E-5008 bermula dengan pilihan pacuan roda hadapan motor tunggal (FWD) dimana ia boleh menghasilkan kuasa setakat 211 hp dan 345 Nm. 

Ia disumbat dengan pek bateri 73-kWj dan ia boleh bergerak sejauh 500 kilometer dengan hanya sekali cas.

image.pngimage.png

Beralih kepada varian pertengahan, E-5008,  ia menerima FWD motor tunggal yang lebih bertenaga kerana boleh menghasilkan kuasa setinggi 228 hp dan 345 Nm.

Varian ini pula menggunakan pek bateri yang lebih besar iaitu 98-kWh menyebabkan yang ini boleh bergerak lebih jauh  sekitar 660 kilometer.

image.pngimage.png

Sementara itu, varian teratas pula sudah pasti boleh menghamburkan kuasa yang lebih tinggi berbanding dengan varian lain.

Varian pacuan semua roda yang menggunakan motor berkembar Electri 320 pula mampu menghasilkan kuasa setinggi 316 hp.

Namun disebabkan menggunakan motor yang lebih bertenaga, model Electric 320 didatangkan dengan jarak pergerakan hanya  500 km, walaupun menggunakan pek bateri 98-kWj yang sama seperti model spesifikasi pertengahan.

Ketiga-tiga model ini dibangunkan yang menyokong pengecasan 400 volt membuatkan ia mengambail masa hanya 30 minit untuk menunggu bateri penuh dari  20-80%.

image.png

Namun pengecasan AC dihadkan 11 kW sebagai standard, dengan pilihan untuk menaik taraf kepada 22 kW yang lebih pantas.

Dari segi reka bentuknya, , E-5008 dilihat menampilkan muka hadapan yang serupa dan isyarat penggayaan yang diperoleh daripada adik-beradiknya yang bersaiz lebih kecil. 

image.png

SUV tiga baris tempat duduk ini juga dilengkapi dengan roda 19 inci.

Menjengah bahagian dalamannya, ia dihiasi dengan paparan panoramik i-Cockpit 21-inci, pad pengecasan wayarles, sistem pencahayaan ambien pelbagai warna dan  tempat duduk hadapan yang dilengkapi dengan fungis pemanas.

Malah, ia cukup sarat dengan  pelbagai ciri keselamatan aktif seperti Adaptive Cruise Control, dan sebenarnya ada banyak ciri yang cukup canggih.


Apapun, Peugeot E-5008 ini akan mula dijual di pasaran Eropah pada September nanti.

Khabarnya, kehadirannya nanti boleh menyaingi  model Tesla Model Y dalam segmen SUV EV bersaiz sederhana. 

Setakat ini, Peugeot masih belum mendedahkan harga untuk barisan E-5008 namun kami mengandaikan ia akan dijual pada harga yang lebih tinggi  berbanding E-3008, yang kini dijual pada harga £50,000 (RM301,373) di United Kingdom. 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRF6081

SELANGOR

BSR5144

JOHOR

J9999J*

PULAU PINANG

PSD6847

PERAK

APJ7414

PAHANG

CFH1307

KEDAH

KGG9647

NEGERI SEMBILAN

NEK8743

KOTA KINABALU

SJS9915

KUCHING

QAB1767P

Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Pakej Penggayaan Sporty Edisi Khas Peugeot 2008 Kini Ditawarkan, Harga RM2.9K

Pakej Penggayaan Sporty Edisi Khas Peugeot 2008 Kini Ditawarkan, Harga RM2.9K

Pengedar tunggal kenderaan keluaran syarikat Perancis, Peugeot bagi pasaran Malaysia, Bermaz Auto Alliance, telah memperkenalkan pakej penggayaan bagi crossover kompak Peugeot 2008.

07-04-2023
Berita Auto
SUV Baharu Peugeot Dengan Gaya Elegan Perancis Diperkenalkan

SUV Baharu Peugeot Dengan Gaya Elegan Perancis Diperkenalkan

Dongfeng Peugeot telah memperkenalkan barisan kereta SUV baharu di Shanghai Motor Show 2021.

23-04-2021

Berita Terkini

EV
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV
Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
EV
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.