Pratonton: GWM Tank 300 – 224 HP, 397 NM, Lancar Suku Ke-3 2024 Nanti

Tank 300 telah dipertontonkan buat pertama kali di Malaysia semasa acara eksklusif bersama media hari ini.
Turut diperkenalkan selain sedan elektrik Ora 07 hari ini ialah GWM Tank 300, sebuah SUV ranggi dengan kemampuan off-road yang bakal membuat kemunculan pada suku ketiga tahun 2024.


Tank 300 versi enjin pembakaran dalaman (ICE) ini dikuasakan oleh enjin turbo 4 silinder 2.0 liter.
Model ini secara umumnya ditawarkan dalam dua versi iaitu versi enjin pembakaran dalaman (ICE) dan juga hibrid plug-in (PHEV), namun varian yang dipamerkan hari ini ialah versi pertama, yang dikuasakan oleh enjin petrol turbo 4 silinder 2.0 liter. Enjin ini mampu menghamburkan kuasa sebanyak 224 hp dan 397 Nm dengan kuasa pecutan daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 10 saat.


Kuasa disalurkan kepada keempat-empat roda (AWD) melalui sistem transmisi automatik 8 kelajuan. Terdapat butang pemilihan traksi 4x4 yang terdiri daripada 2H, 4H dan 4L serta pilihan mod pemanduan yang merangkumi sand, mud, snow, road dan banyak lagi.


Tank 300 bukan sahaja tampil ranggi, tetapi juga berjiwa lasak dengan pemasangan underbody cladding atau pelindung bawah badan yang memaksimumkan kemampuan off-road model ini.
Dari segi rekaan, GWM Tank 300 tampil ranggi dengan bentuk badan yang biasa kita lihat pada jentera lasak seperti Suzuki Jimny. Seperti Ora 07, Tank 300 juga diberikan gabungan sentuhan rekaan retro dan moden yang membuatkannya menyerlah.




Antara elemen yang penting pada bahagian luar Tank 300 adalah lampu depan LED berbentuk bulat yang mengapit gril, cladding underbody atau pelindung bawah badan daripada plastik, bersambung dengan lengkungan roda yang lebar, lampu belakang LED berbentuk segi empat tepat dan rim bersaiz 18 inci dengan tayar Michelin Primacy.






Tank 300 diberikan pelbagai ciri premium di dalam kabin.
Walaupun dari luar seperti sebuah jentera off-road lain, jangan terkejut, kerana ruang kabinnya cukup mewah, lengkap dengan pelbagai kelengkapan moden. Seperti yang ditawarkan di pasaran Australia, Tank 300 untuk negara kita juga akan diberikan kemasan kulit Nappa untuk tempat duduk dan beberapa bahagian lain dalam kabin, selain itu, terdapat skrin infotainmen 12.3 inci yang boleh disambungkan dengan Android Auto dan Apple CarPlay. Turut disediakan ialah port pengecas jenis USB, corong pendingin hawa untuk barisan tempat duduk belakang, serta bumbung suria.


Seperti yang dikatakan di awal artikel sebelum ini, GWM Tank 300 dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi pada suku ketiga tahun ini, yang mana ia akan menjadi model pertama di bawah sub-jenama Tank GWM yang akan masuk pasaran Malaysia. Walaupun GWM Malaysia belum membuat sebarang pendedahan mengenai harganya, Tank 300 dijangka akan menjadi pesaing kepada Jaecoo J7 yang akan datang, yang dijangka akan dipasarkan pada harga sekitar RM160,000.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8025
SELANGOR
BSU3956
JOHOR
JF6536J
PULAU PINANG
PSG4096
PERAK
APM2245
PAHANG
CFJ1046
KEDAH
KGJ4573
NEGERI SEMBILAN
NEM2719
KOTA KINABALU
SJU5389
KUCHING
QAB7493P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge