UMW Holdings Kini 100% Milik Sime Darby

Sime Darby Berhad kini pemegang 100% kepentingan UMW Holdings Berhad (UMW), menjadikannya anak syarikat milik penuh Sime Darby Berhad.
Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Group, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, pengambilalihan ini merupakan petunjuk penting tentang keyakinan pasaran terhadap hala tuju strategik kumpulan serta nilai yang akan diwujudkan kelak.
“Keutamaan kami sekarang adalah untuk menyempurnakan penyepaduan UMW ke dalam ekosistem Sime Darby yang lebih luas.
“Memanfaatkan kekuatan bersama, terutamanya dalam sektor automotif dan perindustrian, akan membolehkan kami mengukuhkan kelebihan daya saing serta meluaskan jejak domestik untuk terus memacu pertumbuhan jangka panjang,” katanya.



UMW Holdings kini memiliki jenama Toyota dan Lexus melalui anak syarikatnya, UMW Toyota Motor, serta pengeluar kereta nasional, Perodua.
Jeffri Salim menambah bahawa pengambilalihan ini selaras dengan Pelan Induk Strategi Lima Tahun Sime Darby untuk memperluaskan perniagaan industri dan automotif merentasi pasaran utama serantau, selain menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Pengarah Urusan UMW, Mustamir Mohamad berkata, penyertaan sebagai anak syarikat penuh Sime Darby adalah satu aspek yang menandakan lembaran baharu, membolehkan syarikat memanfaatkan peluang baharu serta berkongsi kepakaran.



-full-full_normal.jpg)
Jenama lain di bawah Sime Darby adalah termasuk Porsche, Ford, Hyundai, Jaguar Land Rover.
“Sambil memastikan kesinambungan perniagaan yang lancar semasa penyepaduan, kami berharap untuk berkembang lebih jauh sebagai sebahagian daripada Sime Darby, kerana kami tetap berpegang kepada komitmen kami bagi mencapai kecemerlangan untuk semua pihak berkepentingan kami,” katanya.
Pada Ogos 2023, Sime Darby telah mengambil alih sebahagian besar kepentingan UMW dengan pegangan sebanyak 61.2% melalui syarikat induknya, Permodalan Nasional Bhd dengan harga RM3.57 bilion, sebelum diikuti dengan pembelian baki kepentingan ekuiti sebanyak 38.8% pada nilai kira-kira RM2.27 bilion.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8025
SELANGOR
BSU3956
JOHOR
JF6536J
PULAU PINANG
PSG4096
PERAK
APM2245
PAHANG
CFJ1046
KEDAH
KGJ4573
NEGERI SEMBILAN
NEM2719
KOTA KINABALU
SJU5389
KUCHING
QAB7493P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge