Auto China 2024: Tiggo 7 Pro PHEV, Lambat Lagi Masuk M'sia

Chery turut mendedahkan Tiggo 7 Pro PHEV sempena pameran Eco Chery yang sedang berlangsung di Wuhu, China, semalam.
Dikhabarkan jentera ini akan memasuki pasaran kita pada suku kedua tahun depan.
Pada bulan lepas, CariCarz.com berkesempatan melihat varian Tiggo 7 Pro versi petrol dimana yang ini akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

Untuk itu, kami mengesahkan versi Tiggo 7 Pro PHEV ini pula akan memasuki pasaran kita tidak lama lagi.
Berdasarkan info daripada wakil kami yang berada di tapak ekspo itu, Tiggo 7 PHEV akan mempunyai saiz yang sama dengan model Tiggo 7 versi petrol dimana ia sepanjang 4,513 mm dengan jarak roda 2,670 mm.
Selain itu, lebarnya pula ialah 1,862 mm dan setinggi 1,696 mm manakala jarak kelegaan tanah ialah 175 mm.
Sebagai perbandingan, jarak kelegaan Tiggo 7 Pro sebenarnya hampir sama dengan Proton X70.
Dari segi kuasa, varian PHEV menampilkan enjin petrol 1.5 liter dengan dua motor elektrik (satu di depan dan satu lagi di belakang). Ia juga hadir dengan bateri litium ternary berkapasiti 19.27kWh.

Jadi, varian PHEV ini mampu menghasilkan kuasa setakat 360 hp dan tork 530 Nm.
Selain itu, dengan menggunakan jarak gerak elektriknya, ia boleh bergerak sejauh 80 kilometer .
Jika tangki minyak dan baterinya penuh, maka ia boleh bergerak sejauh 1,200 km.
Bagi yang berminat dengan Tiggo 7 ini, ia sebenarnya mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 7.5 saat manakala kelajuan tertinggi ialah 180 km/j.
Menyentuh menenai pengecasan, dengan menggunakan pengecasan 3.3kW, baterinya penuh dari 0-100% dalam masa 7 hingga 12 jam.

Sementara itu, jika menggunakan pengecasan 6.7kW, baterinya penuh dalam masa lebih kurang 3 jam lebih.
Dari segi ciri keselamatam pula, Tiggo 7 PHEV didatangkan dengan sistem ADAS tahap 2 dimana terdapat Kawalan Jelajah Adaptif, Bantuan Trafik Sesak, Amaran Pelanggaran Depan, Brek Kecemasan Autonomi, Pengesan Titik Buta dan banyak lagi.


Menjengah bahagian dalaman, kru kami memaklumkan ia dilengkapi dengan skrin digital bersaiz 24.6 inci, danistem audio premium Sony 8-pembesar suara, ketersambungan Apple CarPlay/Android Auto, tempat duduk hadapan berventilasi, pengecas wayarles, port USB Type A dan banyak lagi.
Bahagian but pula dilihat agak sama dengan versi petrolnya iaitu seluas 475 liter namun ruang but itu boleh dibesarkan sekiranya kerusi belakang direbahkan dan ini menjadikan ruang butnya menjadi seluas 1,672 liter.

Sebelum ini, kami ada menyatakan bahawa Kumpulan awal unit Tiggo 7 yang dikeluarkan di Malaysia adalah unit CBU dari China namun Chery Malaysia sedang meneliti pilihan CKD pada 2025 nanti.

Memandangkan unit Tiggo 7 PHEV ini akan memasuki pasaran kita lambat lagi namun jika anda betul-betul berminat dengan Tiggo 7, anda boleh mempertimbangkan Tiggo 7 Pro versi petrol.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT7468
SELANGOR
BSU3867
JOHOR
JF6365J
PULAU PINANG
PSG3972
PERAK
APM2142
PAHANG
CFJ874
KEDAH
KGJ4505
NEGERI SEMBILAN
NEM2670
KOTA KINABALU
SJU5337
KUCHING
QAB7486P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Chery Tawar Sambungan Android Auto & Apple CarPlay Tanpa Wayar Secara Standard Untuk Semua Model
Tanpa Android Auto dan Apple CarPlay, sesebuah kereta itu terasa tidak cukup sempurna. Setuju?
20-12-2024
Chery Malaysia Kotakan Janji, Hadiahkan 3 Tiggo 7 Pro Pada Atlet Badminton
Chery Malaysia meraikan pencapaian atlet-atlet Olimpik Malaysia yang memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris dalam satu majlis, semalam.
23-08-2024
Rekaan Chery Tiggo 7 Sport Didedahkan – Seperti Range Rover & Jaecoo J7?
Model terbaru, Chery Tiggo 7 Sport, kini menerima "sentuhan jenama Land Rover." Apa yang menarik?
21-08-2024
Lee Zii Jia, Aaron Chia, Soh Wooi Yik bawa pulang kereta SUV Chery TIGGO 7 PRO
Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang memperoleh pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024 menerima SUV
06-08-2024
Berjaya Raih Pingat Gangsa, Chery Hadiahkan Tiggo 7 Pro Kepada Aaron Chia & Soh Wooi Yik
Pasangan beregu badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yi berjaya menumpaskan pasukan Denmark dan meraih pingat gangsa.
05-08-2024
[PANDU UJI] Chery Tiggo 7 Pro: Banyak Ciri Hebat Tapi Harga Marhaen, Ini 6 Kelebihannya...
Ini pendapat jujur kami tentang Chery Tiggo 7 Pro.
15-07-2024
2,000 Pelanggan Awal, Dapat Harga Murah, Jimat RM4K
Chery Malaysia melancarkan sebuah lagi SUV terbaharunya, Chery Tiggo 7 Pro ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
21-06-2024
Sempena Ulang Tahun Pertama, Chery Tawar Ganjaran Istimewa
Ada berita baik buat yang mereka sedang mempertimbangkan untuk membeli kereta jenama Chery.
17-05-2024
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
