Chery Bakal Tubuh Kilang & Pusat R&D di Shah Alam, Operasi Mula 2025

Chery Malaysia merancang untuk membuka kilang pengeluaran di Shah Alam, yang juga akan termasuk pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) khusus untuk rantau ASEAN.
Sebagai salah satu jenama automotif yang berkembang pesat di Malaysia, Chery telah mendedahkan beberapa rancangan penting untuk pasaran tempatan dan seluruh rantau ASEAN. Selain bakal melancarkan sejumlah produk baharu bagi memperluaskan lagi penawaran barisan kenderaan Tiggo, Chery juga sedang dalam proses untuk menubuhkan hab pengeluarannya sendiri di Malaysia.
-full.webp)
-full.webp)
Naib Presiden Antarabangsa Chery, Chunqing Chen (tengah) memberikan ucapan kepada media Malaysia semasa Persidangan Perniagaan Antarabangsa Chery 2024 di Wuhu, China.
Menurut Naib Presiden Antarabangsa Chery, Chunqing Chen, semasa lawatan kami ke ibu pejabat syarikat di Wuhu, China, kilang pengeluaran baharu ini bertempat di Shah Alam. Kilang ini bakal digunakan untuk operasi pemasangan model separa siap (SKD) dan sepenuhnya (CKD) bagi kesemua model Chery sedia ada dan juga yang akan datang.
Keputusan tersebut dibuat ekoran isu kapasiti yang melebihi had di kilang CKD di pusat pengeluaran Inokom di Kulim, Kedah. Buat masa ini, kilang tersebut digunakan untuk mengeluarkan SUV Tiggo 8 Pro dan juga model terlaris Chery, Omoda 5.
-full.webp)
-full.webp)
Pemasangan kereta Chery di Inokom, Kulim.
Walaupun kilang pengeluaran baharu itu dijangka akan mula beroperasi dalam tahun 2025, Chen menyatakan bahawa pengeluaran CKD di kilang Inokom masih akan diteruskan untuk mengelakkan sebarang kelewatan dalam penghantaran produk mereka.


Kilang Chery di Shah Alam juga akan menjadi antara kilang pengeluaran utama jenama ini di ASEAN, seperti kilang baharu Chery di Indonesia.
Kilang di Shah Alam itu juga akan menempatkan pusat R&D khusus bagi rantau ini. Menurut Chen, pusat R&D baharu itu akan dimanfaatkan untuk membangunkan produk khas bagi pasaran ASEAN di bawah jenama Chery, yang mungkin merangkumi beberapa jenis kenderaan termasuk MPV, SUV dan juga trak pikap.


Produk-produk yang dibangunkan ini akan disasarkan pada pasaran umum dengan sesetengahnya akan ditawarkan pada harga di bawah RM100,000. Langkah ini juga selari dengan pelan Antarabangsa Chery untuk menjadi pembuat kenderaan pasaran besar-besaran utama di rantau ASEAN, khususnya dengan barisan produk Chery Tiggo.
-full.webp)
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4996
SELANGOR
BSR6734
JOHOR
JA4495J
PULAU PINANG
PSD8914
PERAK
APJ9285
PAHANG
CFH1907
KEDAH
KGH1527
NEGERI SEMBILAN
NEK9536
KOTA KINABALU
SJT1344
KUCHING
QAB2165P
Terakhir Kemas Kini 19 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Chery & AiMOGA Bakal Cetus Fenomena Di Auto China 2026
Sinergi Global: Bagaimana hala tuju baharu Chery bakal beri kesan kepada pasaran Malaysia.
21-04-2026
Ini Dia Kenderaan Pertama EREV Chery, Chery iCAUR V27
Chery iCaur V27 yang sudah mula dihasilkan sebenarnya adalah kenderaan elektrik jarak lanjutan (EREV) pertama yang berada di bawah lencana iCaur.
13-01-2026
Chery Tiggo 7 PHEV Selamat Segenap Sudut – ASEAN NCAP 5 Bintang
Chery nampaknya semakin serius membuktikan bahawa kenderaan buatan mereka bukan sahaja cantik dan canggih, malah antara yang paling selamat di dunia.
26-12-2025
Ini Dia Trak Pikap Hibrid Chery, Jetour F700
Trak pikap baharu daripada Chery, Jetour F700.
04-12-2025
Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza
Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.
12-11-2025
Chery Malaysia Dedah Strategi Agresif Terbaru – SUV Boleh Ubah, Teknologi Canggih, Rekaan Unik
Chery Corporate Malaysia telah mendedahkan rangka tindakan yang agresif untuk fasa pertumbuhan seterusnya di acara 2025 Chery International User Summit yang berlangsung di Wuhu, China.
23-10-2025
Jenama "Lepas" Pula Masuk Malaysia Pada Tahun Depan
Chery mengesahkan bahawa pihaknya akan memperkenalkan jenama baharunya, Lepas, pada tahun depan.
21-10-2025
Chery Tunjuk Ujian Perlanggaran, Guna Tiggo 9, Kesan Rempuhan Cukup Menakjubkan!
Chery membuktikan tahap keselamatan keretanya dengan menggunakan dua Tiggo 9 Ketika melakukan demonstasi ujian perlanggaran dari arah hadapan.
21-10-2025
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat