- Berita
- Berita Auto
- Continental MaxContact MC7: Kestabilan Luar Biasa Walau Laju Di Selekoh, Khas Untuk Asia Pasifik
Continental MaxContact MC7: Kestabilan Luar Biasa Walau Laju Di Selekoh, Khas Untuk Asia Pasifik
Continental Tyres telah melancarkan tayar baharu berprestasi tinggi, Continental MaxContact MC7 yang dibangunkan khas untuk pasaran Asia Pasifik (APAC). Tayar ini menawarkan keseimbangan sempurna antara kegunaan harian dan prestasi pemanduan yang luar biasa.
MC7 menawarkan kualiti pengendalian yang lebih baik dengan kestabilan luar biasa yang terutamanya dapat dirasakan semasa melakukan pusingan tajam, walaupun pada kelajuan tinggi ataupun di selekoh kerana pengedaran tekanan di dalam tayar telah dioptimumkan.
Ini dapat dicapai dengan memaksimumkan kawasan sentuhan dengan jalan untuk jejak yang lebih lebar dengan cornering macroblocks. Ini secara tidak langsung membantu mengagihkan semula daya untuk pemanduan yang lebih terkawal dan stabil.

Selain itu, MC7 dilengkapi dengan sipes potongan laser 3D yang membantu cengkaman dan pembrekan kereta pada permukaan basah, mengurangkan risiko aquaplaning kerana dapat mengeluarkan air yang mengalir melalui alur tayar dengan pantas.

Di samping itu, kompaun silika ReFlex pada MC7 juga meningkatkan pemindahan tenaga kinetik untuk kuasa berhenti yang lebih baik serta menawarkan rintangan tinggi terhadap perubahan bentuk atau deformasi tayar yang bukan sahaja membantu membuatkan tayar dapat bertahan lebih lama tetapi juga meningkatkan respons stereng dan ketepatan pengendalian.
Sama seperti model tayar Continental yang lain, MC7 juga terkenal dengan keupayaannya mengurangkan bunyi bising tayar yang berlebihan, terutamanya ketika memandu pada kelajuan tinggi. Ini dapat dicapai dengan penggunaan teknologi Noise Breaker 3.0 dua dalam satu, MC7 mampu menyediakan pengalaman pemanduan yang lebih senyap dan selesa, yang jarang ditemui dalam kebanyakan tayar berprestasi tinggi.

“MaxContact MC7 adalah tambahan terbaru kepada barisan produk Gen7 dari Continental, yang mewakili teknologi tayar generasi terkini kami yang dibangunkan khas untuk pemandu APAC. Kami yakin bahawa [produk terbaru] ini menunjukkan kemampuan R&D kami yang canggih untuk menghasilkan [produk] yang terbaik dari segi prestasi dalam kelasnya supaya dapat memberikan pengalaman pemanduan yang luar biasa dalam kehidupan seharian,” kata Ketua Pengurusan Produk untuk Continental Replacement Tyres APAC, Tolga Mutlu.
Tayar Continental MaxContact MC7 baharu kini ditawarkan di pasaran APAC terpilih, termasuk Malaysia dengan pilihan saiz antara 16 hingga 21 inci. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai harga dan ketersediaannya, anda boleh kunjungi mana-mana cawangan Continental Tyres yangs sah di Malaysia atau layari laman web rasmi mereka.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG5063
SELANGOR
BSR6750
JOHOR
JA4518J
PULAU PINANG
PSD8934
PERAK
APJ9306
PAHANG
CFH1913
KEDAH
KGH1537
NEGERI SEMBILAN
NEK9538
KOTA KINABALU
SJT1351
KUCHING
QAB2172P
Terakhir Kemas Kini 20 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Segera Rebut Rebat Continental Sehingga RM100 Hari Ini
Sempena ketibaan Tahun Baru Cina, Continental Tyre Malaysia menawarkan ganjiran rebat angpau e-dompet untuk mereka yang mahu membeli tayar jenama itu.
08-01-2023
Lalui 850 Ujian! Tayar Terbaharu Continental, UltraContact UC7, Kini Di Pasaran
Pengeluar tayar, Continental, kini menawarkan tayar berteknologi tinggi baharu, UltraContact UC7, bagi pengguna di negara Malaysia.
07-11-2022
Tayar Terbaharu Continental, UltraContact UC7, Lalui 850 Ujian!
Continental Tyres telah melancarkan produk Generasi 7 pertamanya di Malaysia, UltraContact UC7.
01-09-2022
MC7, Sesuai Sangat Untuk Pemandu Asia Pasifik!
Kenapa tayar MC7 sesuai untuk pemandu Asia Pasifik, wajib baca review ini.
18-07-2024
Berita Terkini
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Pokok Tumbang Di Jalan Tun Razak: Seorang Maut, Tujuh Cedera.
20-07-2026
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif
Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.
20-07-2026
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini
EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.
20-07-2026
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

