ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Ini Dia SUV Mewah Mercedes, Harga Kayangan

Suhana Veru

Kongsi melalui
IMG_1116.JPG

Mercedes-Benz Malaysia melancarkan secara rasminya Mercedes-Maybach GLS 600 2024 ke pasaran tempatan pagi tadi.

Kereta mewah ini dijual pada harga bermula  daripada RM1,918,888 namun harga itu tidak termasuk insurans.

IMG_1118.JPG

Seiring dengan namanya, Maybach GLS 600 2024 ini didatangkan dengan ciri-ciri yang cukup mewah.

Melihat sahaja pada luarannya, ia didatangkan dengan dua tona warna selain tertera perkataan Maybach manakala grilnya juga agak besar.

IMG_1161.JPG

Apa yang cukup menarik ialah GLS Maybach ini menampilkan corak Maybach sekali gus menonjolkan lagi  ciri eksklusif mewahnya.

IMG_1147.JPGMaybach-GLS-600-4M_-(8).jpg

Selain itu, SUV ini didatangkan dengan rim tempa multi-spoke Maybach bersaiz 23 inci. 

IMG_1151.JPGIMG_1152.JPG
Maybach-GLS-600-4M_-(12).jpgMaybach-GLS-600-4M_-(24).jpg

Pada bahagian dalamannya pula, ia didatangkan dengan pakej kulit MANUFAKTUR.

Ini bermakna tempat duduknya adalah jenis  upholsteri kulit nappa di seluruh bahagian dalam, termasuk kusyen upholsteri.

Satu lagi ialah barisan tempat duduk kedua didatangkan   dengan tempat duduk Executive dimana ada perehat kaki selain terdapat juga fungsi mengurut .

Maybach-GLS-600-4M_-(70)-(1).jpgMaybach-GLS-600-4M_-(69).jpg

Antara kelengkapan lain ialah Pakej Keselesaan Akustik, Hiburan Tempat Duduk Belakang MBUX High-End dan terdapat 2 slot USB di bahagian belakang dengan pengecasan 100W.

Maybach-GLS-600-4M_-(74).jpgMaybach-GLS-600-4M_-(83).jpg

Bukan itu sahaja, SUV ini turut dilengkapi dengan navigasi, stereng pelbagai fungsi dalam kulit nappa, dan Pakej Premium Plus. 

Maybach-GLS-600-4M_-(78).jpg

Terdapat juga pencahayaan ambien dengan corak Mercedes-Maybach, pakej AIRMATIC, E-ACTIVE BODY CONTROL, MULTIBEAM LED, bumbung matahari gelongsor panoramik, MAGIC VISION CONTROL dan penutupan kuasa.

Maybach-GLS-600-4M_-(92).jpg

Mengenai prestasi Mercedes-Maybach GLS 600, ia dilengkapi dengan  enjin petrol V8 4.0 liter dwiturbo yang mampu menghasilkan kuasa output sehingga 557 PS dan tork 770Nm.

Ia juga mempunya sistem mild-hibrid 48 volt yang menjana integrated starter-generator (ISG) untuk memberi kuasa tambahan sebanyak 22 PS dan tork 250Nm.

SUV ini dikatakan mampu memecut dari 0-100kmj hanya dalam 4.9 saat manakala  kelajuan tertinggi pada 250km/j.

 Maybach-GLS-600-4M_-(97).jpg

Maka, tidak hairanlah mengapa harganya cukup kayangan.
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

04-03-2026
Berita Auto

03-02-2026
Kereta Baru

14-01-2026
Kereta Baru

06-01-2026
EV

10-12-2025
Kereta Baru

09-12-2025
Kereta Baru

09-12-2025
Kereta Baru

04-12-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.