ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ini Rupa-Rupanya Tanggungjawab PUSPAKOM! WAJIB BACA

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) tampil membuat penjelasan mengenai masalah brek kereta berjenama Chery Omoda 5 yang tular di media sosial baru-baru ini.

Susulan itu, Chery Malaysia ada menjalankan pemeriksaan dan kereta itu turut dihantar ke Puspakom, yang mana pemeriksaan menyeluruh mendapati tiada sebarang masalah ditemui.

Menerusi laporan Puspakom itu, tular pula komen-komen yang kurang enak mengenai kewibawaan Puspakom.

image.png

Untuk itu, Puspakom menegaskan bahawa adalah tidak benar mengenai  pengeluar kereta berkenaan dikatakan menggunakan PUSPAKOM untuk menyembunyikan masalah kereta terbabit.

image.pngScreenshot-2024-04-20-172917.png

“Kami ingin menjelaskan bahawa peranan utama PUSPAKOM adalah untuk menjalankan pemeriksaan untuk mengesahkan kenderaan yang datang untuk pemeriksaan di pusat pemeriksaan kami mematuhi piawaian kelayakan jalan raya yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

image.png

“Mengenai  kes yang dinyatakan, sistem brek kenderaan telah menunjukkan bahawa prestasi breknya memenuhi piawaian global, selain kenderaan boleh berhenti dengan selamat dalam jarak yang ditentukan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebelum ini CariCarz. com ada melaporkan bahawa semua pemeriksaan yang dijalankan oleh kedua-dua Chery Auto Malaysia (Chery) dan Puspakom tidak menemukan sebarang penemuan buruk berhubung isu brek pada kenderaan Omoda 5 yang tular baru-baru ini.

Chery dalam satu kenyataan berkata, penemuan tersebut mengesahkan Omoda 5 sememangnya selamat, dan sistem brek adalah memuaskan seperti yang ditunjukkan dalam keputusan ujian Puspakom.

Siasatan itu dijalankan sebagai tindak balas kepada aduan tular pada 6 April yang mana seorang pemilik Omoda 5 meluahkan kekecewaan dan kemarahannya terhadap syarikat automotif China.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mahmood Razak Bahman berkata,  proses pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM adalah bertauliah dan diperakui oleh Piawaian Malaysia dan MS ISO.

Kesemua piawaian pemeriksaan adalah berasaskan tanda aras yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dan UNECE World Forum untuk tujuan Pengharmonian Peraturan Kenderaan.

PUSPAKOM yang turut disyorkan oleh CITA International Motor Vehicle Inspection Committee (CITA) yang merupakan persatuan antarabangsa terlibat secara aktif dalam meningkatkan keselamatan jalan raya.

“Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa PUSPAKOM tidak mengesahkan sebarang kerosakan mekanikal sebaliknya, pemeriksaan kami adalah menyediakan bacaan dan keputusan yang berfungsi sebagai petunjuk sebarang potensi kerosakan, yang kemudiannya memerlukan pengesahan  lanjut oleh pengeluar kereta atau mekanik yang berkelayakan.

“Pengeluar kereta  mempunyai peranan penting dalam memastikan kualiti dan keselamatan kenderaan mereka. Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menunaikan janji yang dibuat kepada pelanggan, termasuk menyediakan kenderaan yang memenuhi jangkaan prestasi jentera itu,” jelasnya.

Untuk makluman anda, pemeriksaan kenderaan adalah untuk membantu pemilik kenderaan memastikan kenderaan mereka adalah selamat dan layak berada di atas jalan, serta kenderaan yang digunakan itu mematuhi piawaian yang diperlukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadi, pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM dijalankan berdasarkan keadaan sebenar kenderaan semasa pemeriksaan.

“Sebagai badan pemeriksa dengan dedikasi selama 30 tahun  untuk tidak memihak dalam melaksanakan pemeriksaan kenderaan bebas, 

“PUSPAKOM mengekalkan polisi pintu terbuka untuk mana-mana pembuat kereta  untuk menguji kelayakan jalan kenderaan mereka. 

“Adalah penting untuk menekankan bahawa pemeriksaan Puspakom bertujuan untuk menyediakan maklumat yang telus kepada pengguna. Ini sebenarnya dapat membantu memastikan pengguna Malaysia mempunyai maklumat yang mencukupi,” tegasnya.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

15-09-2026
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

08-07-2025
Berita Auto
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?

Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?

12-10-2026
Berita Auto

Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.

12-10-2026
Berita Auto

MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.

12-10-2026
Berita Auto

BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban

Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.

12-10-2026
Berita Auto

Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?

Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.

12-10-2026
Berita Auto

Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5

Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.

11-10-2026
Berita Auto

JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut

Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.

11-10-2026
Berita Auto

Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?

Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.

09-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.