Jangan Ikut Hawa Nafsu Ketika Memandu

Tindakan seorang pemandu Proton Waja yang bertukar lorong secara tiba-tiba memakan diri apabila nasib pemandu itu berakhir di tepi jalan namun dia bernasib baik kerana nyawanya tidak melayang.
Kejadian berlaku di Kilometer 49.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, kelmarin.
Perbuatan pemandu Waja dilihat menimbulkan ketidakpuasan hati pemandu belakangnya menyebabkan punca aksi himpit-menghimpit berlaku sehingga Waja itu terbalik di tepi jalan.
Berdasarkan klip video yang viral itu, pemandu Proton Waja itu dilihat bertukar lorong menyebabkan pemandu Honda City yang memandu laju terpaksa memperlahankan kenderaannya secara mengejut.
Tindakan pemandu Waja menyebabkan pemandu Honda City berkenaan tidak berpuas hati mengekori rapat dan kembali memotong di laluan kiri tanpa memberi ruang kepada pemandu Proton Waja yang sudah memberi isyarat untuk masuk semula ke laluannya.

Bertitik tolak dari situ, berlakunya aksi himpit-menghimpit sehingga Proton Waja itu merempuh Honda berkenaan dan menyebabkan pemandu Honda turut menghimpit Waja berkenaan sehingga ia terbabas.
Perkara itu disahkan Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar.
Menurutnya, ketika kejadian Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju Kedah manakala Honda City pula dari Temerloh menuju Shah Alam.
"Setibanya di lokasi kejadian, Honda City dipercayai menghimpit dan menekan brek sehingga menyebabkan pemandu Proton Waja gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas.
"Akibat kejadian, pemandu dan penumpang Proton Waja berusia antara 30-an hingga 50-an cedera pada kepala dan tangan," katanya.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Selesaikan Masalah Kemalangan, 297 Lampu LED Solar Dipasang Di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak
Sering Berdepan Risiko Kemalangan, Kerajaan Pasang 297 Lampu LED Solar Di Lebuhraya KL-Karak.
05-08-2026
Lori Terbakar, Lebuhraya KLK Sesak
Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak selepas Genting Sempah sesak teruk gara-gara sebuah lori terbakar.
16-07-2025
Perhatian! Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak Bukannya Ditutup Tetapi Ada Laluan Lencongan
Leburaya Kuala Lumpur-Karak (KLK) bukannya ditutup sepenuhnya sebaliknya hanya dilencongkan.
14-07-2025
Kesesakan Teruk Bakal Selesai Selepas Projek Pelebaran Lebuhraya KL-Karak Siap
Projek pelebaran lebuhraya itu membabitkan dua inisiatif iaitu satu membabitkan pelebaran KLK dan satu lagi berkaitan mitigasi banjir di sepanjang LPT1.
20-05-2025
Ini Sebabnya Kenapa Lebuhraya Karak Tiada Smart Lane
Gara-gara laluan berbukit dan selekoh tajam, laluan Smart Lane tidak boleh diaktifkan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK).
30-07-2024
Lebuhraya Karak, LPT Dijangka Sesak Sempena Krismas, Rujuk TTA
ANIH Berhad, telah mengumumkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sempena musim cuti perayaan Krismas.
20-12-2023
Ops Tahun Baharu 2026: Polis Keluarkan 12,437 Saman
Dalam sehari, 12,437 saman dikeluarkan sempena Operasi Ambang Tahun Baharu 2026 semalam.
02-01-2026
Helikopter Terhempas: 2 Anggota Polis Kritikal
Siasatan lanjut akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.
10-07-2025
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge