Mercedes-Benz G-Class Didedahkan Di China

Menjelang pameran Auto China 2024 yang akan berlangsung pada hari ini di Beijing, China, pengeluar kereta Jerman, Mercedes-Benz turut terlibat dalam pameran itu apabila ia akan menayangkan Mercedes-Benz G-Class Electric.
SUV off-road ikonik G-Class (atau Gelandewagen) kini dijelmakan semula sebagai sebuah model G 580 yang menggunakan Teknologi EQ.


Model yang ditayangkan di China adalah yang berwarna biru dan warna padang pasir, Khaki .
Ia yang menggunakan kuad motor 4x e-motor mampu menghasilkan 579 hp (432 kW) dan tork 1,164 Nm.

Bagaimana kelajuannya dihadkan kepada 180 kilometer sejam bagi menjimatkan pemanduan elektriknya.
Bercakap mengenai trenkuasanya, setiap empat e-motor itu mempunyai kotak gear dua kelajuan yang berasingan dan membekalkan hampir 145 hp (108 kW).
Semua kuasa itu dihasilkan menerusi satu bateri litium-ion berkapasiti 116 kWj.
Difahamkan, ia mampu bergerak sejauh 473 kilometer dengan hanya sekali cas.
Model ini yang menerima input pengecasan DC setinggi 200 kW membolehkannya ia mengecas semula dari 10-80% hanya dalam 32 minit.
Biarpun, ia hampir sama dengan G450d yang dikemas kini baru-baru ini, namun gril G580 dengan Teknologi EQ ini menampilkan gril baharu.
Selain itu terdapat juga lambang EQ dan brek kalipernya dicat dengan warna biru.

Difahamkan kerja-kerja menghasilkan jentera ini agak meluas kerana pihak pengeluarnya mahu memaksimumkan kecekapan aerodinamik, selain reka bentuk tiang A juga baharu termasuk spoilernya.
Ia juga mendapat rekaan bonet baharu yang merendahkan pekali seretan kepada 0.44Cd daripada 0.48Cd (G450d) dan 0.53Cd berbanding (G-Class generasi sebelumnya).


Antara perubahan yang ketara ialah terdapat ruang simpanan yang dipasang di bahagian belakang untuk menyimpan kabel pengecas SUV mewah ini.


Ia juga menerima kemasan AMG Line dan Night Package yang hadir dengan rim roda 20 inci, dan aksen badan yang bergelap.
Biarpun, ia sudah menjadi versi elektrik, ia tidak mampu menghalangnya daripada menunjukkan taringnya dalam keupayaan off-road.

Selain itu G-Class itu dikatakan memiliki keupayaan pelaksanaan tank turn. Terdapat juga ciri tank turn berskala belakang yang boleh digunakan untuk menyorong kenderaan ke pusingan 720 darjah.
Pendek kata, ia adalah sebuah SUV yang cukup luar biasa.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN3625
SELANGOR
BST3575
JOHOR
JD4073J
PULAU PINANG
PSF2146
PERAK
APL1472
PAHANG
CFH5857
KEDAH
KGH7835
NEGERI SEMBILAN
NEL6328
KOTA KINABALU
SJT8259
KUCHING
QAB4874P
Terakhir Kemas Kini 29 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ini Dia Model Konsep CLA Class, Sporty Habis
Mercedes-Benz akan memperkenalkan model terbaharunya, Concept CLA-Class .
04-09-2023
SL 43: Harga Kereta Kayangan
Mercedes-Benz Malaysia menunjukkan unit pratonton roadster Mercedes-AMG SL 43 2023.
15-06-2023
Mercedes-AMG EQS 53 4MATIC+ Dilancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM798K, Jarak EV 571KM!
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan model berprestasi tinggi, Mercedes-AMG EQS 53 4MATIC+.
08-06-2023
Mercedes-AMG EQE 53 4MATIC+ Dilancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM649K, Jarak EV 527KM!
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan model berprestasi tinggi, Mercedes-AMG EQE 53 4MATIC+.
08-06-2023
[PANDU UJI] Mercedes-AMG A45 S 4MATIC+ 'Terlebih' Segalanya: Kuasa, Keseronokan & Harga
CariCarz berpeluang untuk memandu uji Mercedes-AMG A45 S 4MAT dan ini pendapat kami…
27-03-2023
Bukan Sekadar Berubah Warna, Jentera Mercedes-AMG PETRONAS F1 Diberi Reka Bentuk Baharu
Jentera hitam F1 kali ini sebenarnya tampil berbeza pada beberapa bahagian lain, bukan sekadar warna.
20-02-2023
Berita Terkini
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

