Pekerja Tesla Terkejut Dihentikan Tiba-Tiba

Syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV), Tesla, telah mengumumkan pemberhentian pekerja secara besar-besaran termasuk di dua pasaran utamanya, iaitu Amerika Syarikat (AS) dan China.
Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk memberitahu kakitangan syarikatnya bahawa lebih daripada 10% tenaga kerja globalnya diberhentikan ekoran penurunan jualan dan persaingan harga yang semakin sengit dalam industri EV.
-full.webp)
Di AS, beberapa pusat perkhidmatannya telah memecat ramai kakitangan secara serta-merta terutamanya mereka yang terlibat dalam aktiviti jualan serta juruteknik. Menurut laporan sumber yang lain, satu lokasi telah memecat semua kakitangan barisan hadapan.
Seorang pengurus program Tesla di California telah mendedahkan di LinkedIn senarai nama lebih daripada 140 kakitangan yang dihentikan dan kebanyakan daripada mereka ialah jurutera.
-full_normal.webp)
Turut terlibat dalam pemberhentian besar-besaran kali ini ialah kakitangan utama Tesla, eksekutif Rohan Patel dan Drew Baglino, yang disahkan melalui kehilangan logo khas "Tesla" daripada profil Twitter mereka.
Pengguna X (Twitter) @BrotherNature, yang juga merupakan salah seorang kakitangan yang telah dipecat, mendedahkan bahawa ramai yang pergi bekerja tanpa memeriksa emel mereka kerana emel pemberhentian tersebut dihantar pada kira-kira pukul lima pagi. Beliau juga meluahkan ketidakadilan perjanjian yang melarang pekerja Tesla daripada bekerja dengan pengeluar kenderaan lain selepas meninggalkan syarikat.
-full.webp)
Di China, kakitangan jualan Tesla telah dimaklumkan bahawa perkhidmatan mereka tidak lagi diperlukan, dengan lebih 10% daripada mereka telah diberhentikan.
Sumber ketiga menyatakan bahawa di kilang terbesar Tesla di Shanghai, hanya sebilangan kecil kakitangan akan dihentikan.
Pihak pengurusan Tesla di Jerman telah menyangkal laporan daripada media tempatan negara tersebut yang menyatakan bahawa 3,000 daripada kira-kira 12,000 pekerja pembuat kereta tersebut telah dipecat, dan menyatakan bahawa mereka sedang menilai cara terbaik untuk melaksanakan arahan Musk di kilang tersebut.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Tesla Destination Charger Mula Dikenakan Bayaran RM0.88/kWh
Masih Murah Berbanding Pasaran: Berapa Kos Sebenar Cas Tesla Sekarang?
28-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai
Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.
07-05-2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

