Pemuda Tuntut Keadilan Kereta Baru, Rosak

Tular nasib malang seorang pemuda apabila kereta yang baru dibeli tahun lepas rosak di bahagian enjin selepas melakukan penyelenggaraan bagi jarak 20,000 kilometer (km).
Apa yang cukup menyakitkan hati ialah pemilik kereta itu, Heinrich Tan perlu menanggung kos pembaikan kenderaan yang mencecah RM13,000.
Lebih teruk lagi, dia tidak boleh membuat sebarang tuntutan waranti.
“Hantar kereta untuk servis jarak 20,000km, dalam perjalanan balik nampak ikon suhu berkelip. Buka but ditemui tangki radiator kosong, baru siap servis kenapa kering ni?
“Pusat servis suruh bawa balik, lima mekanik periksa kereta tapi semua kata tak ada masalah. Tambah ‘coolant’ dan balik, kereta masih okay sampai petang.
“Sebelum ke Kuala Lumpur periksa sekali lagi paras ‘coolant’ dalam tangki radiator, kosong pula! Saya mengadu kepada pusat servis kenderaan jenama terbabit dan mereka akan tolong siasat,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Mengulas lanjut mengenai keretanya itu, Heinrich berkata, keretanya yang berusia satu tahun itu tidak boleh membuat tuntutan waranti atas alasan enjin rosak atau ‘overheat’ sejak Julai 2023.
“Kelakar betullah. Tiga perkara lucu di sini, kalau enjin sudah rosak enam bulan sebelumnya takkan pomen pusat servis pertama tak dapat cari kerosakan dan hanya tukar radiator yang bocor, kemudian biarkan saya bawa balik kereta?
“Macam mana saya masih boleh bawa kereta lebih kurang 14,000 km dan kenapa pomen dari pusat servis kedua pula tak pernah sebut apa-apa semasa buat servis jarak 10,000km serta 20,000km,” ujarnya.
Pemuda itu terpaksa berkongsi nasibnya itu di media sosial kerana nasib tidak menyebelahinya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Apa Perlu Buat Jika Kereta Rosak Tepi Jalan
Ramai akan panik bila kereta rosak di tepi jalan, ini tips untuk anda!
17-03-2026
Kereta Rosak, Wajib Lakukan Ini..
Jangan sesekali membiarkan kenderaan rosak dibiarkan begitu sahaja tanpa meletakkan sebarang papan atau kon amaran.
27-03-2023
[VIDEO] Kereta Rosak Tepi Jalan? Lelaki Ini Bongkar Cara Dapat Towing Percuma Dengan Selamat
Apa nak buat kalau kereta rosak di tengah jalan? Ini jawapannya...
15-06-2022
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat