Pengecas Pantas 200 kW DC Handal @ WCE Assam Jawa SEDIA Sebelum Raya – RM1.50/kWj
-full_normal.webp)
Pengecas DCFC pertama di Plaza Tol Utara Assam Jawa WCE (Exit 3210)
Pada bulan Disember tahun lalu, CariCarz.com pernah melaporkan mengenai ketersediaan pengecas DCFC pertama di Plaza Tol Utara Assam Jawa WCE (Exit 3210). Hari ini, kami menerima maklumat bahawa stesen pengecas ini akan mula beroperasi sepenuhnya dalam masa beberapa hari sebelum ketibaan Hari Raya Aidilfitri.
Kelewatan pengaktifan sistem pengecasan ini bukanlah disebabkan oleh isu pelesenan, tetapi kerana ketidaksediaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memandangkan pemasangan stesen ini dibuat di lebuh raya baharu.
q-full_normal.webp)
DC Handal akan menyediakan beberapa stesen pengecas EV di sepanjang laluan WCE.
Untuk stesen pengecas EV yang pertama di lokasi tersebut, DC Handal menyediakan satu unit pengecas DC Kempower berkapasiti 200 kW dengan dua nozel CCS yang membolehkan dua EV dicas secara serentak.
Pengecas ini hadir dengan teknologi pengecasan dinamik yang boleh menyalurkan kadar pengecasan yang sesuai berdasarkan tahap cas (SoC) kenderaan yang disambung. Kenderaan dengan SoC lebih rendah akan menerima input pengecasan yang lebih tinggi.
-full_normal.webp)
-full_normal.webp)
Caj yang dikenakan untuk setiap sesi pengecasan adalah RM1.50/kWj.
Kami dimaklumkan bahawa harga bagi setiap sesi pengecasan adalah seperti kadar standard DC Handal iaitu RM1.50/kWj. Kaedah pembayaran yang diterima termasuk kad debit atau kredit, MyDebit, Google Pay, Apple Pay, Samsung Pay, serta pembayaran dalam talian melalui aplikasi JomCharge dan ChargEV. Integrasi ke dalam aplikasi Gentari Go yang diperkenalkan baru-baru ini akan ditawarkan pada masa akan datang.


-full_normal.webp)
-full_normal.webp)
-full_normal.webp)
Setakat ini, DC Handal telah menyediakan sebanyak 49 petak pengecas kenderaan elektrik (EVCB) di 15 stesen di seluruh negara. Syarikat ini kini sedang aktif memperkembangkan rangkaian pengecasannya ke seluruh negara.
Memandangkan DC Handal adalah satu-satunya syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) yang masih belum memiliki aplikasinya sendiri, adakah mereka berada dalam kedudukan yang ideal untuk menjadi penyedia perkhidmatan plug-and-charge seperti Tesla. Mungkinkah ini rancangan DC Handal untuk masa akan datang?
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN5133
SELANGOR
BST3916
JOHOR
JD4711J
PULAU PINANG
PSF2553
PERAK
APL1870
PAHANG
CFH5983
KEDAH
KGH8027
NEGERI SEMBILAN
NEL6509
KOTA KINABALU
SJT8552
KUCHING
QAB4988P
Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pengecas EV Pantas DC Handal Kini Di JPO & IOI City Mall
DC Handal telah berjaya mempercepatkan pengaktifan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) mereka di Johor Premium Outlet (JPO) dan IOI City Mall Putrajaya.
10-04-2024
Pengecas DCFC Gentari Kini Di Petronas RnR Kundang & Gunung Semanggol
Gentari telah mengaktifkan dua lagi lokasi pengecas DC di sepanjang rangkaian lebuh raya.
14-03-2024
Pengecas DCFC Terpantas Malaysia Di Highland Hotel Genting Dah Beroperasi
Genting Highlands kini menjadi salah satu lokasi fasiliti pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang terpantas di Malaysia.
13-02-2024
ChargeSini Mydin: 9 Stesen Pengecas EV Kini AKTIF
ChargeSini telah menyediakan stesen pengecas pantas arus terus (DCFC) di 11 cawangan Mydin. Ini lokasinya...
11-02-2024
Senarai Lokasi Pengecas DC & AC Terbaru Gentari Serta Caj Yang Dikenakan
Gentari telah melancarkan pengecas baharu di beberapa lokasi. Ini senarainya...
29-12-2023
DC Handal Lancar Pengecas EV Terpantas Di Bandar Melaka! Hanya RM1.50/kWh
DC Handal telah melancarkan fasiliti pengecasan pantas DC Kempower di The Pines Melaka. Ini yang anda perlu tahu...
20-12-2023
DC Handal Dan Auto Bavaria Bekerjasama Untuk Perbanyak Stesen Pengecas DCFC
DC Handal telah menjalinkan kerjasama strategik dengan Auto Bavaria. Ini rancangan kedua-dua syarikat...
07-12-2023
PLUS & Gentari Meterai MoU Perkasa Ekosistem EV, 100 Pengecas Pantas Menjelang 2025
PLUS telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Gentari. Ini apa yang bakal dilaksanakan...
03-12-2023
Berita Terkini
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat