Perhatian Buat Pelajar Sekolah, Jom Kunjungi Proton DX

Dalam usaha untuk memupuk minat dan memupuk pemahaman tentang subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di Malaysia, Proton ACO Tech kini menawarkan pusat pengalaman digital, Proton DX untuk menerokai STEM.
Sebagai pusat digital automotif pertama yang menempatkan gabungan teknologi interaktif dan elemen gaya hidup, Proton DX menyasarkan untuk menjadi pusat pembelajaran automotif dan teknologi untuk semua peringkat umur.
Sejak penubuhannya pada Jun 2023, Proton DX telah menganjurkan beberapa program untuk memupuk minat terhadap STEM dalam kalangan pelajar.
Program itu termasuk Bengkel Kereta Robotik Pelajar bulanan yang disediakan untuk pelajar sekolah menengah.

Di bengkel tersebut, pelajar berpeluang mempelajari asas-asas memasang dan memprogramkan kenderaan mini autonomi mereka sendiri dengan menggunakan platform Arduino.
Setakat ini, lebih 50 belia Malaysia di seluruh Lembah Klang menyertai bengkel itu termasuk 20 pelajar dari SMK Taman Tun Dr. Ismail.


Selain bengkel robotik, ACO Tech juga sedang berusaha untuk memperkenalkan aktiviti menarik lain yang berkaitan dengan STEM.
Malah ACO Tech turut menyasarkan sekurang-kurangnya 200 pelajar dan belia terlibat dalam program mereka menjelang akhir tahun nanti.


Jadi, bagi mencapai matlamat ini, ACO Tech juga terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana syarikat tempatan lain dalam mencari platform untuk menjalankan acara dan bengkel yang mempromosikan kesedaran STEM, serta aktiviti lain yang direka untuk menyatukan komuniti tempatan.
Selain pelajar sekolah, Proton DX juga membuka pintu kepada orang ramai tidak kira umur untuk merasai aktiviti menarik yang ditawarkan di sini.

Ini termasuk Virtual Cockpit—pacuan maya dalam kubah seperti teater tertutup yang dibina khas untuk mengalami mobiliti pintar serta ruang khusus untuk penglibatan komuniti dan kelas barista oleh barista bertauliah Proton DX sendiri.
Untuk makluman, PROTON DX merupakan sebuah inisiatif pembangunan oleh ACO Tech dengan kerjasama PROTON dan China Construction Bank (CCB).
Fasiliti yang berkeluasan lebih 5,000 kaki persegi mampu menampung 40 pengunjung selain terdapat ruang istirahat VIP yang dilengkapi dengan TV 86 inci untuk mesyuarat.
PROTON DX dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam dan terletak di Tingkat Bawah, Quill City Mall, 1018, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF7674
SELANGOR
BSR5436
JOHOR
JA1279J
PULAU PINANG
PSD7162
PERAK
APJ7664
PAHANG
CFH1435
KEDAH
KGH286
NEGERI SEMBILAN
NEK8940
KOTA KINABALU
SJT413
KUCHING
QAB1845P
Terakhir Kemas Kini 13 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
PROTON DX, Pusat Pengalaman Digital Pertama Di M'sia
ACO Tech melancarkan pusat pengalaman digital pertama negara, Proton Digital Experience (Proton DX).
19-06-2023
PROTON DX, Pusat Pengalaman Digital Pertama Di M'sia
ACO Tech melancarkan pusat pengalaman digital pertama negara, Proton Digital Experience (Proton DX).
19-06-2023
Berita Terkini
Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti
Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.
13-07-2026
Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan
Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.
12-07-2026
4 Penunggang RXZ Maut
Empat penunggang motosikal Yamaha RX-Z maut dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
12-07-2026
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.
10-07-2026
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
