Tesla Model Y Kini Makin Elegan! Ada 3 Warna Baharu – Quicksilver, Stealth Grey & Ultra Red

Tesla Model Y kini ditawarkan dalam tiga warna baharu untuk pasaran Malaysia. Warna-warna baharu yang ditawarkan ialah Quicksilver (perak), Stealth Grey (kelabu) dan Ultra Red (merah) yang menyerlahkan lagi reka bentuk Model Y.



Warna yang sebelum ini hanya ditawarkan kepada Model 3 'Highland' facelift, kini boleh ditempah oleh pembeli Model Y dengan bayaran tambahan sebanyak RM7,500 untuk Quicksilver dan Stealth Grey. Sementara itu, Ultra Red pula dengan bayaran tambahan RM11,000.

Selain daripada tiga pilihan warna tersebut, Model Y juga ditawarkan dalam warna lain iaitu warna standard, Pearl White, serta warna dengan caj tambahan sebanyak RM5,000 untuk Deep Blue Metallic dan Solid Black.
Selain ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna badan, Model Y juga ditawarkan dengan beberapa pilihan warna tema kabin iaitu sama ada hitam sepenuhnya atau gabungan hitam dan putih (dengan bayaran tambahan RM5,000).

Diperkenalkan buat pertama kali pada bulan Julai tahun lalu, SUV bersaiz sederhana ini ditawarkan dalam tiga varian pada harga yang bermula daripada RM199,000. Varian asas, Model Y Standard Range menggunakan pek bateri 60 kWj dengan output 299 PS dan 420 Nm. Dengan cas penuh, varian ini boleh mencapai jarak EV maksimum 430 km (WLTP).
Seterusnya, varian pertengahan, Model Y Long Range menggunakan dua motor AWD yang lebih berkuasa dengan bateri 78.1 kWj. Output yang dihasilkan ialah 514 PS dan 493 Nm. Jarak EV maksimum Model Y LR ialah 533 km (WLTP).
Varian tertinggi, Performance, menggunakan dua motor dengan sistem pacuan semua roda (AWD) sama seperti varian LR, namun ditala agar lebih berkuasa. Dengan output 534 PS dan 660 Nm, varian Performance boleh memecut laju dalam masa hanya 3.7 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi, 250 km/j. Bagaimanapun, jarak EV varian ini lebih rendah berbanding varian LR kerana hanya boleh mencapai 514 km (WLTP).
Dari segi kelengkapan, Model Y didatangkan dengan ciri seperti bumbung kaca sepenuhnya, sistem tapisan udara HEPA, ruang kargo 2,100 liter, kamera luaran di pelbagai sudut dan banyak lagi.

Pengguna Tesla boleh memanfaatkan aplikasi Tesla yang memudahkan pencarian dan pemantauan pengecas Supercharger. Caj yang dikenakan bagi setiap sesi pengecasan hanyalah RM1.25/kWj.
Tanpa ciri tambahan lain, Tesla Motors Malaysia menawarkan Model Y Standard Range pada harga RM199,00, Long Range pada RM246,000 dan varian Performance pada RM288,000. Harga tersebut termasuk jaminan kenderaan standard selama 4 tahun atau 80,000 km dan jaminan bersaingan bagi pek bateri dan trenkuasa EV selama 8 tahun atau 160,000 km.

Berikut adalah senarai cawangan Pusat Pengalaman Tesla di Malaysia:
• Cyberjaya, Experience Centre: 23A Persiaran APEC, Cyberjaya Selangor Darul Ehsan, 63000
• Pavilion Damansara Heights, Experience Centre: Lot 2.27.11, Level 2, Pavilion Damansara Heights, Kuala Lumpur 50490
• Sunway Big Box, car displays and test drive service: East Wing, 1 Persiaran Medini 5, 79250 Iskandar Puteri, Johor

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge