Viral: Penunggang Motosikal Rempuh Kenderaan Polis

Seorang remaja maut selepas 22 jam bertarung nyawa di Hospital Melaka (HM) akibat kecederaan parah dialami dalam kemalangan dengan kenderaan polis di Jalan Gangsa Kesang, Durian Tunggal, di sini, awal pagi semalam.
Kemalangan mengejutkan ketika umat Islam membuat persiapan menyambut 1 Syawal itu turut tular di media sosial hingga menerima pelbagai reaksi netizen.
Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah mengesahkan mangsa, Mohammad Khairul Basahri,18, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dalaman.
Menurutnya, siasatan polis mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 2.56 pagi semalam semasa kenderaan pacuan empat roda polis terbabit sedang dalam tugas rondaan cegah lumba haram dan dilanggar oleh motosikal ditunggangi mangsa.
Menurutnya, kenderaan terbabit dipandu anggota dari Balai Polis Durian Tunggal yang ke lokasi kejadian selepas menerima aduan awam berkaitan bunyi bising serta terdapat aktiviti lumba haram di kawasan berkenaan.
"Anggota terbabit menyalakan lampu mata arah (beacon light) serta bunyi siren amaran ketika memandu ke lokasi.
"Menyedari kehadiran polis, semua individu yang sedang berkumpul di tepi jalan berkenaan cuba melarikan diri dengan menggunakan motosikal masing-masing.
"Namun, sewaktu kenderaan polis membelok ke arah kanan jalan, ia dilanggar oleh motosikal ditunggang mangsa dari arah bertentangan," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, perlanggaran itu menyebabkan penunggang motosikal yang juga pekerja sambilan di sebuah kilang perabot mengalami kecederaan parah di bahagian kaki dan badan.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan, manakala anggota polis berusia 37 tahun tidak cedera.
Menurut Zainol, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT7468
SELANGOR
BSU3867
JOHOR
JF6365J
PULAU PINANG
PSG3972
PERAK
APM2142
PAHANG
CFJ874
KEDAH
KGJ4505
NEGERI SEMBILAN
NEM2670
KOTA KINABALU
SJU5337
KUCHING
QAB7486P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge