ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Ada 2 Varian, Mahal Sedikit Tapi Ada Sebabnya!

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA) melancarkan secara rasminya AION Y  Plus untuk pasaran tempatan.

Untuk makluman anda, terdapat dua varian Elite dan Premium dimana Elite dijual pada harga RM119,800 manakala Premium (RM135,800).

AION Y Plus disumbat dengan bateri Magazine GAIC Aion dimana ia menggunakan Magazine Battery Safety Technology.

image.pngimage.png

Bateri ini dikatakan belum pernah merekodkan sebarang letupan dan kebakaran sekali gus menjadi bateri paling selamat di dunia.

Maka, tidak hairanlah mengapa ia dijual pada harga yang agak mahal sedikit.

Menyentuh mengenai trenkuasanya, ia didatangkan dengan motor tunggal dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 204 PS dan 225 Nm. 

Untuk itu, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 8.5 saat dan boleh bergerak sejauh 490 kilometer dengan hanya sekali cas.

Menjengah bahagian luarannya, ia didatangkan dengan lampu depan Angel’s Wing dengan tujur jalur lampu melintang, ada lampu LED skyline through type, bumbung panoramik, pintunya jenis tersembunyi dan tiada gril.

image.pngimage.png

Bahagian kabin pula, ia dilengkapi dengan skrin infotainment bersaiz 14.6 inci yang mempunyai sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, instrumen digital bersaiz 10.25 inci, sistem kemasukan tanpa kunci, kawalan iklim automatik dan ada penapis udara PM2.5 termasuk 32 warna ambien.

Selain itu, terdapat juga 360 darjah sistem kamera, parkir brek elektronik, 6 speaker Bongiovi, tempat duduknya boleh dilaraaskan enam arah, dan ada juga pengecas wayerles Qi

Apa yang cukup menarik ialah kerusi pemandunya boleh direbahkan sehingga ke penumpang belakang menjadikan ia seolah-olah seperti katil.

image.png

Jadi, bagi yang nak bermalam dalam kereta, ia tidak menjadi masalah besar.

Bagi ruang but, ia menawarkan ruang seluas 405 liter dan ia boleh diluaskan dengan merebahkan kerusi belakang menjadikan ia seluas 1,200 liter.

Dari segi ciri keselamatan, AION Y Plus cukup sarat dengan ciri keselamatan seperti  Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Amaran Pelanggaran Depan, Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan pelbagai lagi. 

image.png

Jadi bagi yang berminat, AION Y Plus didatangkan dalam tujuh pilihan warna  dan lima pilihan warna untuk bahagian dalaman.

Ia didatangkan dengan waranti 8 tahun 160,000 km manakala waranti bagi bateri, motor dan pemacu elektrik  pula ialah 8 tahun atau 200,000 km.

Bagi 200 tempahan awal sepanjang Malaysia Autoshow 2024 berlangsung, model ini didatangkan dengan 7 kW Home Wallbox Charger bernilai RM3,500 dan percuma kredit pengecasan JomCharge bernilai RM1,000.

Para pelanggan boleh datang ke Malaysia Autoshow 2024 yang sedang berlangsung di Maeps, Serdang sehingga 26 Mei ini.

image.png

Anda juga berpeluang memandu uji model comel ini.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRF7809

SELANGOR

BSR5442

JOHOR

JA1337J

PULAU PINANG

PSD7184

PERAK

APJ7691

PAHANG

CFH1442

KEDAH

KGH308

NEGERI SEMBILAN

NEK8945

KOTA KINABALU

SJT426

KUCHING

QAB1845P

Terakhir Kemas Kini 14 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-02-2025
Berita Auto

27-02-2024

Berita Terkini

EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
EV

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.