BMW iX1 eDrive20 M Sport Kini di Malaysia – Hingga 475KM Satu Cas, Dari RM249,800

BMW Group Malaysia telah melancarkan BMW iX1 eDrive20 M Sport
BMW Group Malaysia memperkenalkan crossover elektrik mewah, BMW iX1 eDrive20 M Sport untuk pasaran tempatan. Model terbaru ini ditawarkan di pasaran pada harga bermula daripada RM249,800.




iX1 eDrive20 (atas) diberikan sentuhan badan sporty dengan kit M Sport seperti varian lebih tinggi, xDrive30 (bawah) yang dilancarkan tahun lalu.
REKAAN BMW IX1 EDRIVE20 M SPORT
BMW pertama kali memperkenalkan varian iX1 ini pada bulan September tahun lalu menjelang pameran IAA Munich 2023. Bagaimanapun, berbeza dengan model yang ditunjukkan secara global, varian iX1 eDrive20 untuk Malaysia telah diberikan peningkatan rekaan luaran dengan pakej sentuhan M Sport.


Gril varian eDrive20 bercorak mesh.
Varian ini menampilkan gaya yang sporty seperti varian xDrive30 M Sport yang lebih tinggi yang diperkenalkan semasa Pameran Automotif Malaysia 2023. Namun, varian baharu ini tampil dengan gril hadapan yang berbeza.
KABIN BMW IX1 EDRIVE20 M SPORT

Kabin iX1 eDrive20 M Sport.
Di ruang kabinnya, BMW iX1 eDrive20 M Sport menggunakan skrin BMW Curved Display terkini yang menggabungkan skrin paparan instrumen bersaiz 10.25 inci dan infotainmen 10.7 inci. Kedua-duanya menggunakan sistem operasi BMW Operating System 9 dalam pakej BMW Live Cockpit Professional.
TRENKUASA BMW IX1 EDRIVE20 M SPORT
Dari segi trenkuasa, iX1 eDrive20 M Sport menggunakan bateri litium-ion 64.7 kWj yang turut digunakan pada xDrive30 M Sport, tetapi dengan hanya satu motor elektrik yang menyalurkan kuasa kepada roda hadapan pada output 204 hp dan 247 Nm.
Untuk pengecasan semula, iX1 eDrive20 M Sport menerima input AC sehingga 11 kW dan DC 130 kW. Menggunakan DC dalam masa hanya 10 minit, kereta boleh mencapai jarak EV sehingga 120 km, serta masa cas semula 10-80% yang pantas hanya dalam 28 minit - sama seperti iX1 xDrive30 M Sport.

Pandangan sisi iX1 eDrive20 M Sport .
Sistem trenkuasa elektrik yang digunakan membolehkan varian ini bergerak dari 0-100 km/j dalam masa hanya 8.6 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi yang dihadkan pada 170 km/j. Dengan cas penuh, ia boleh bergerak sejauh 475 km (WLTP).
Untuk makluman, varian xDrive30 M Sport yang lebih tinggi, menggunakan enjin dwi-motor 313 hp dan tork 494 Nm, dengan kemampuan pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.6 saat. Walau bagaimanapun, varian ini hanya boleh mencapai jarak perjalanan elektrik sehingga 440 km (WLTP).
HARGA JUALAN BMW IX1 EDRIVE20 M SPORT
BMW iX1 eDrive20 M Sport ditawarkan di pasaran pada harga yang bermula daripada RM249,800, atau RM264,000 dengan pakej BMW Service & Repair (BS + RI). Berbeza dengan varian xDrive30 M Sport yang dijual pada harga bermula daripada RM275,800 dan RM290,000 (dengan pakej BS + RI).

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG3487
SELANGOR
BSR6314
JOHOR
JA3691J
PULAU PINANG
PSD8245
PERAK
APJ8719
PAHANG
CFH1753
KEDAH
KGH1272
NEGERI SEMBILAN
NEK9364
KOTA KINABALU
SJT1157
KUCHING
QAB2084P
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Siapa Kata EV Tak Laku? BMW Buktikan Sebaliknya
BMW Group Malaysia sekali lagi membuktikan dominasi mereka sebagai pengeluar kenderaan premium nombor satu di tanah air bagi tahun kelima berturut-turut.
16-01-2026
BMW & UM 'Terangi' Kawasan Pedalaman Guna Bateri EV Terpakai
BMW Group Malaysia mengukuhkan komitmen kelestarian mereka menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Malaya (UM).
16-01-2026
Harga BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 Diumumkan – CKD, Dari RM218,800
BMW Group Malaysia telah mengumumkan harga runcit rasmi bagi model baharu BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 yang kini dipasang secara tempatan (CKD).
04-07-2025
Harga BMW X3 20 xDrive M Sport 2025 Diumum, Cuma Berharga RM320,800
BMW Group Malaysia akhirnya mengumumkan harga runcit bagi model serba baharu BMW X3 20 xDrive M Sport 2025, sebentar tadi.
25-06-2025
BMW M340i xDrive M Sport Pro 2025 Kini Di Malaysia – Dari RM388,800
BMW Group Malaysia terus mengukuhkan barisan model 2025 untuk model 3 Series generasi ketiga (G20) dengan pelancaran rasmi BMW M340i xDrive M Sport Pro versi CKD.
20-06-2025
BMW M2 2025 Dilancarkan Di Malaysia – Kekal Ikonik, Dari RM650,800
Selain pelancaran BMW M5 2025 di MY BMW World 2025, BMW turut memperkenalkan versi terkini model M lain iaitu BMW M2 2025.
13-06-2025
Ini Yang Menarik Di MY BMW World 2025 – Mula Esok, 13 Hingga 15 Jun
Setelah sedekad berlalu sejak pertama kali dianjurkan, MY BMW World kini kembali menghangatkan dunia automotif tempatan bagi tahun 2025.
12-06-2025
BMW M5 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Cecah 727 HP, Dari RM1,188,800
BMW Group Malaysia hari ini melancarkan sedan sport BMW M5 2025 dengan harga jualan bermula daripada RM1,188,800.
12-06-2025
Berita Terkini
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k
Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.
16-07-2026
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3
Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.
16-07-2026
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya
EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.
15-07-2026
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k
Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.
13-07-2026
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja
DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.
09-07-2026
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km
Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.
09-07-2026
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k
Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?
26-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
