ChargeSini Perluas Rangkaian Pengecas EV Di Indonesia Melalui Kerjasama Dengan G-Power
-full.webp)
Syarikat pengendali titik pengecasan awam (CPO) terkemuka di Malaysia, ChargeSini, menjalinkan kerjasama dengan G-Power Indonesia untuk memperluaskan rangkaian perkhidmatannya di Indonesia. Stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) pertama hasil kolaborasi ini kini disediakan di Grand Jati Junction Service Residence di tengah bandaraya Medan, Indonesia.
Kerjasama ini diadakan dengan tujuan untuk membina rangkaian cas EV baharu di seluruh republik, berbeza dengan kerjasama yang sebelum ini diumumkan bersama Charge+ Singapura untuk kerjasama perayauan (roaming), membolehkan pengguna mengecas EV mereka di Malaysia dan Singapura menggunakan hanya satu aplikasi.
Baca: ChargeSini & Charge+ Berkolaborasi: Guna 1 Aplikasi Pengecas EV Di Singapura & Malaysia
-full.webp)
Terbaru, ChargeSini kini menembusi pasaran Indonesia melalui kerjasama dengan G-Power Indonesia. Kerjasama ini dilaksanakan dengan pemindahan maklumat dalam hal pengetahuan produk, sokongan penyelesaian masalah dan hak untuk menggunakan aplikasi eksklusif yang telah dibangunkan dari masa ke masa. Selain itu, ChargeSini akan membekalkan G-Power Indonesia dengan perkakasan pengecas AC dan DC mengikut spesifikasi yang diluluskan.
Berdasarkan semakan CariCarz.com, aplikasi yang digunakan di republik tersebut adalah sama dengan ChargeSini. Setakat ini, sebanyak tiga unit pengecas AC 22 kW kini disediakan dengan kadar yang sama seperti di Malaysia, iaitu RM1/kWj.
-full.webp)
Selain itu, berdasarkan foto yang dikongsikan, dapat dilihat bahawa fasiliti yang disediakan di Grand Jati itu menggunakan sistem penghalang parkir ChargeSini demi kemudahan semua pengguna EV dan mengelakkan penyalahgunaan petak parkir.
-full_normal.webp)
-full_normal.webp)
Kami turut dimaklumkan bahawa G-Power akan menubuhkan beberapa stesen lagi dalam masa beberapa bulan akan datang. Ini akan menjadi sebahagian daripada usahanya untuk membangunkan rangkaian pengecas EV ChargeSini di Indonesia dan mengulangi kejayaan ChargeSini di Malaysia.
Baca: ChargeSini Kini Operator Pengecas EV Kedua Terbesar Malaysia – Lebih 500 Pengecas Seluruh Negara
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7468
SELANGOR
BST4363
JOHOR
JD5710J
PULAU PINANG
PSF3099
PERAK
APL2350
PAHANG
CFH6193
KEDAH
KGH8572
NEGERI SEMBILAN
NEL6823
KOTA KINABALU
SJT8847
KUCHING
QAB5138P
Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah
Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.
29-05-2026
ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026
ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026
23-04-2026
Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu
ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.
12-04-2026
Swift Bridge, ChargeSini Meterai MoU, Hasilkan Pengecas EV Di Malaysia
Swift Bridge Technologies (MFG) Sdn. Bhd. mengumumkan pelaburan besar bernilai RM11.2 juta untuk memulakan pengeluaran pengecas EV tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang.
13-11-2025
ChargeSini & Meta Bright Lancar Pengecas EV Di Sunway Pyramid – 6 Pengecas AC
Syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) tempatan, ChargeSini, telah merasmikan hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbarunya di Sunway Pyramid, lokasi pertama yang dilancarkan di bawah kerjasama strategik bersama Meta Bright Group.
05-11-2025
Cas EV Di ChargeSini Lebih Santai, Tempoh Kelonggaran Kini 30 Minit
ChargeSini, mengumumkan bahawa tempoh kelonggaran atau idle grace period kini dipanjangkan daripada 15 minit kepada 30 minit selepas sesi pengecasan tamat.
04-11-2025
Berita Terkini
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
