Geely Galaxy E5: Mungkinkah Model Ini Asas EV Pertama Proton?

Galaxy E5
Geely telah mengeluarkan imej rasmi SUV elektrik pertama dalam rangkaian Galaxy iaitu Galaxy E5 yang dijangka akan dipasarkan pada harga antara RMB150,000 hingga 200,000 yuan (~RM99,000 hingga ~RM131,000). Model ini akan dilancarkan pada suku kedua, Lapor CarNewsChina.
Galaxy E5 dibangunkan berdasarkan platform Geely Electric Architecture (GEA) yang juga kesinambungan kepada Sustainable Experience Architecture (SEA), asas binaan sama digunakan pada smart #1 dan Lotus Eletre. Menurut Geely, platform GEA ialah "platform binaan dengan ciri pintar AI empat-dalam-satu" yang pertama di dunia yang menggabungkan perkakasan (hardware), sistem, ekologikal dan teknologi AI.

Secara fizikalnya, Galaxy E5 mempunyai ukuran dimensi 4,615 mm panjang, 1,901 mm lebar, 1,670 mm tinggi dan dengan jarak roda 2,750 mm.

Antara ciri rekaan pada model ini ialah kehadiran bumbung suria panoramik, pemegang pintu yang terbenam dan rim lima jejari berukuran 18/19 inci. Sudut hadapan model ini kelihatan sama seperti Galaxy E8 kerana terdapat komponen ambilan udara berbentuk C di bahagian bawah depan, bentuk lampu depan yang ‘tajam,’ dan gril yang ‘tertutup.’
-full_normal.webp)
Bergerak ke bahagian belakang, kelebaran Galaxy E5 jelas terlihat melalui penggunaan lampu belakang dengan rekaan melintang penuh. Kita juga dapat melihat sentuhan rekaan seperti Porsche Cayenne daripada sudut tertentu.
Butiran terperinci mengenai trenkuasa model ini masih belum didedahkan, tetapi Geely memaklumkan bahawa E5 akan menggunakan sistem pacuan elektrik pintar 11-dalam-1. Versi yang didaftarkan dengan Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) China untuk kelulusan menggunakan bateri LFP bagi menyalurkan tenaga kepada satu motor elektrik dengan kuasa 160 kW (215 hp) yang membolehkannya mencapai kelajuan tertinggi 175 km/j. Bagaimanapun, dapat dijangkakan bahawa lebih banyak varian dengan sistem motor dan kapasiti bateri berbeza akan ditawarkan sebaik dilancarkan kelak.



Ruang kokpit Galaxy E5 diberikan sentuhan moden dengan stereng yang direka rata di bahagian bawah, papar pandu (HUD), kluster instrumen digital sepenuhnya dan juga sistem infotainmen besar yang menggunakan perisian daripada Flyme Auto dan juga pemproses Dragon Eagle-1 7nm. Sistem kenderaan menerima kemas kini dalam talian (OTA).

Ciri lain ialah pad pengecas tanpa wayar, tempat duduk hadapan dengan sistem pemanas dan pengudaraan serta pengurut lapan titik, dan sistem audio 16 speaker.
GALAXY E5 JADI ASAS BAGI MODEL EV PERTAMA PROTON?
Dengan pelancaran Galaxy E5 yang akan diadakan tidak lama lagi, kita boleh menganggarkan model inilah yang akan menjadi asas kepada EV pertama yang akan dikeluarkan Proton (dijadualkan pada tahun 2025) kelak. Salah satu petandanya ialah pembukaan pusat R&D Proton di ibu pejabat Geely baru-baru ini.

Selain itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Roslan Abdullah, dilaporkan berkata, EV baharu itu nanti bukan sebuah model rebadge, tetapi model baharu sepenuhnya yang dibangunkan dengan kerjasama Geely. Beliau juga menyatakan bahawa EV itu telah melepasi fasa rekaan dan prototaip, dan kini berada di peringkat ujian pembangunan.
Kenyataan ini secara tidak langsung membuatkan kami percaya bahawa EV yang akan ditawarkan oleh Proton itu nanti, berkemungkinan besar diinspirasikan daripada Galaxy E5 dengan beberapa sentuhan baharu, bukan hanya penjenamaan semula seperti model ICE lain dalam barisan model X dan S.
Baca: Kualiti Kereta Proton Akan Bertambah Baik, Ini Yang Akan Dilakukan...

Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8297
SELANGOR
BST4507
JOHOR
JD6041J
PULAU PINANG
PSF3293
PERAK
APL2531
PAHANG
CFH6254
KEDAH
KGH8707
NEGERI SEMBILAN
NEL6915
KOTA KINABALU
SJT9017
KUCHING
QAB5172P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Betul Ke EV Lagi Murah? Ini Analisis Kos Pemilikan Proton e.MAS 5 Selama 10 Tahun!
Proton e.MAS 5 tawarkan EV termurah Malaysia (Harga OTR RM59,800). Kami bedah kos sebenar: Jimat RM30,000 berbanding kereta petrol dalam 10 tahun, selain teknologi V2L dan ADAS penuh.
01-12-2025
Proton e.MAS 5 Turut 'Berarak' Di Dataran Putrajaya
‘Tradisi’ pengenalan model EV e.MAS kepada umum di bulan Merdeka diteruskan tahun ini untuk model hatchback kompak yang bakal dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi, Proton e.MAS 5.
01-09-2025
Kilang Proton Di Tanjung Malim Siap 90.4 Peratus Sepantas 6 Bulan, CKD EV Mula September?
Proton akan mengeluarkan EV secara CKD tidak lama lagi kerana kilang baharunya yang terletak di Tanjung Malim, Perak, telah mencapai persiapan sebanyak 90.4% hanya dalam tempoh enam bulan selepas majlis pecah tanah.
18-08-2025
Proton e.MAS 5 Bakal Ditawarkan Pada Harga Marhaen, Sasar Keluarga Muda
Proton kini sedang giat merancang untuk memperkenalkan e.MAS 5 yang disasarkan untuk kegunaan keluarga dan ditawarkan pada harga lebih mampu milik.
07-04-2025
Proton Mula Pembinaan Kilang EV Berteknologi Tinggi Di Tanjung Malim
Proton secara rasmi telah memulakan pembinaan kilang pertama yang dikhususkan untuk pengeluaran kenderaan elektrik (EV).
08-02-2025
Kembar Proton e.MAS 7 Dilancarkan – Ini Spesifikasi Geely Galaxy E5, Dari RM71K
Geely telah melancarkan kembarnya, Galaxy E5 di China. Ini spesifikasinya...
05-08-2024
Proton Sasar Lancar 5 EV Di Bawah Jenama e.MAS – Platform GMA, Harga Berpatutan
Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) akan melancarkan lima model EV menggunakan platform GMA.
13-06-2024
Kembar Proton e.MAS 7 Versi Long Range Didedahkan – Galaxy E5 Kini Capai 610 KM
Geely nampaknya telah menghasilkan varian baharu untuk SUV elektrik, Galaxy E5, iaitu versi Long Range.
26-05-2025
Berita Terkini
Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi
Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.
03-09-2026
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat