Isu Gandar Omoda 5, JPJ Turut Bantu

Ada berita baik buat pemilik kereta Chery Omoda 5 yang mungkin dibelenggu dengan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kereta mereka selepas satu kes tular Omoda 5 yang mengalami kerosakan di bahagian gandar belakang
Ini kerana Chery Auto Malaysia telah membuka satu laman web untuk membolekan pemilik Chery Omoda 5 memeriksa sama ada kenderaan mereka terbabit atau tidak.
Menerusi laman web ini, para pemilik Omoda 5 hanya perlu memasukkan nombor casis kenderaan mereka (VIN) dan ikuti langkah kedua dan ketiga.
Menurut Naib Presiden Chery Auto Malaysia, Lee Wen Hsiang, pihaknya memandang serius perkara tersebut kerana keselamatan pelanggan adalah keutamaan mereka.
“Kami sedang menghubungi para pelanggan yang terjejas dan meminta mereka membawa kenderaan ke pusat servis kami,”katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Buat masa ini, sejumlah 60 unit kenderaan OMODA 5 yang dikeluarkan pada 15 Ogos 2023 dan dipasang dengan komponen bermasalah itu dikenal pasti berada di Malaysia.
Untuk itu, pihak syarikat telah mengambil langkah berjaga-jaga dan memanggil semula 600 unit Omoda 5 melalui kempen servis khusus untuk memeriksa unit-unit yang dipasang dengan gandar-gandar yang dihasilkan antara 14 ke 17 Ogos 2023.
Apapun, Chery Auto Malaysia turut mengesahkan tiada kenderaan lain jenama itu yang terjejas.

Terdahulu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut menghebahkan kempen pemanggilan semula 600 unit kenderaan model Omoda 5 keluaran Chery berkuat kuasa hari ini, susulan insiden yang tular di media sosial pada 28 April lepas.
JPJ dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya telah memanggil Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd bagi menyiasat dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu berkenaan demi memastikan keselamatan pemilik kenderaan serta pengguna jalan raya.
"Pemilik kenderaan yang terlibat akan dihubungi oleh pihak syarikat bagi menempah slot pemeriksaan masing-masing atau pemilik kenderaan boleh walk-in ke mana-mana pusat servis berhampiran di seluruh negara.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ1287
SELANGOR
BST6904
JOHOR
JE2548J
PULAU PINANG
PSF5430
PERAK
APL4639
PAHANG
CFH7319
KEDAH
KGJ1104
NEGERI SEMBILAN
NEL8402
KOTA KINABALU
SJU1246
KUCHING
QAB5624P
Terakhir Kemas Kini 17 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Chery Malaysia Luas Rangkaian Ke Kulai Bersama Autohub Mobility, Buka Pusat 3S Di Kulai
Chery Buka Pusat 3S Konsep Gen 4.0 Di Selatan.
16-06-2026
Chery Malaysia Sahkan Model Prestasi & SUV Mewah Akan Tiba Pada 2026
Sejak membuat kemunculan semula pada tahun 2023, Chery Auto Malaysia tidak mengambil masa lama untuk mendedahkan taringnya.
02-02-2026
Promosi Akhir Tahun Chery – Hadiah Bernilai Lebih RM150K!
Sempena berakhirnya tahun 2024 dan sambutan Hari Krismas tidak lama lagi, Chery Malaysia telah melancarkan kempen “Great Year-End Lucky Draw” hingga 31 Disember 2024.
10-12-2024
Pelaburan RM1 Bilion Chery Melonjakkan Sektor Automotif Malaysia
Chery Auto Malaysia membuat pelaburan besar berjumlah RM1 bilion dalam industri automotif Malaysia.
19-06-2024
Pusat 3S Chery Auto Malaysia Kini Di Nilai, Negeri Sembilan
Chery Auto Malaysia telah mengumumkan pembukaan sebuah pusat pameran dan pusat servis baharu hasil kerjasama strategik dengan rakan pengedar, SS Mobile Sdn Bhd.
05-06-2024
Chery Auto Malaysia Capai Pengeluaran Unit CKD Ke-10,000 Dalam 8 Bulan!
Chery Auto Malaysia (Chery Malaysia) telah berjaya mengeluarkan 10,000 unit kenderaan sejak dalam tempoh hanya lapan bulan.
31-05-2024
Chery Auto Malaysia, TDA Meterai MoU Bangun Standard ESG Industri Automotif
Chery Auto Malaysia telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Agensi Depositori Teknologi (TDA).
24-05-2024
Berita Terkini
BUDI Diesel Boleh Dipindah Kepada Berapa Orang?
Berita baik, Budi Diesel Kini Boleh Dipindah Kepada 3 Individu.
17-09-2026
33 Lori 'Kuasai' Lorong Kanan Disaman
Kenderaan berat sepatutnya kekal di lorong paling kiri dan hanya menggunakan lorong tengah sekiranya perlu memotong.
15-09-2026
JPJ Tahu Modus Operandi Motosikal Roda Tiga
Ketahui tindakan tegas JPJ menerusi Op PEWA terhadap warga asing pandu tanpa lesen dan dokumen sah, termasuk risiko berat buat pemilik kenderaan.
15-09-2026
Pemandu,Penumpang Myvi Lari Masuk Ladang Sawit Selepas Kemalangan Maut
Seorang penunggang motosikal maut manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi melarikan diri ke ladang kelapa sawit selepas terlibat dalam nahas tiga kenderaan.
15-09-2026
Bumbung Proton X50 Tiba-Tiba Retak, Dikatakan Masalah Wear & Tear?
Sunroof Proton X50 Pecah Sendiri? Pemilik Terkilan Ditolak Waranti.
14-09-2026
Saman Trafik Warga Emas: JSPT Dedah Punca Utama.
4 Kesalahan Trafik Utama Warga Emas: Pandu Laju Tertinggi
14-09-2026
Jualan Kereta Ogos 2026: Bezza Juara, e.MAS 5 Masuk Top 5
Senarai kereta terlaris Malaysia.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat