Kualiti Kereta Proton Akan Bertambah Baik, Ini Yang Akan Dilakukan...

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah semasa sesi taklimat mengenai inisiatif kualiti Produk kepada media di Proton City, Tanjong Malim.
Kualiti kereta Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) berkemungkinan besar akan bertambah baik selepas ini kerana syarikat tersebut dilaporkan sedang merancang untuk mengurangkan peratusan markah Audit Produk Pelanggan Global (GCPA).
Apa maksud Audit Produk Pelanggan Global (GCPA)?


GCPA merupakan penunjuk kualiti produk yang menilai isu-isu dalam barisan pengeluaran berdasarkan tahap keterukan.
Apakah Impak Sistem Audit Ini Terhadap Jualan Proton?
Sistem ini membantu meningkatkan tahap keyakinan pelanggan terhadap produk keluaran Proton.
“Kerana mereka tahu kereta yang dibeli tidak akan rosak disebabkan melalui audit kualiti yang ketat," kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah semasa sesi taklimat kepada media di Proton City, Tanjong Malim.
Ini secara tidak langsung meningkatkan jualan kenderaan Proton.
Sejauh Mana Sistem Ini Membantu Meningkatkan Kualiti Produk Proton?

Sejak tahun 2019, skor audit GCPA Proton berkurang sebanyak 55%, menunjukkan peningkatan keseluruhan dalam kualiti pengeluaran.
Selain itu, Proton juga telah melaksanakan proses pengurusan kualiti pembekal piawaian global. Keupayaan pembekal terus ditingkatkan untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti, selamat, dan boleh dipercayai. Usaha ini membabitkan pembangunan kualiti produk termaju, proses kelulusan bahagian pengeluaran dan peningkatan keupayaan pembekal.


"Sejak 2019, terdapat peningkatan sebanyak 43 peratus dalam bilangan pembekal yang dapat memenuhi piawaian minimum ditetapkan," katanya.
CADANGAN EKSPORT KE EROPAH
Semasa ditanya mengenai cadangan untuk meneroka pasaran eksport di Eropah, Roslan menyatakan bahawa buat masa ini Proton tidak memberi tumpuan kepada rantau tersebut.
Beliau menjelaskan bahawa di Eropah, 70% pasaran adalah pemanduan di sebelah kiri. Jika ingin mengubah kenderaan untuk memenuhi keperluan pemanduan di sebelah kiri, beberapa pembaharuan perlu dilakukan, dan ini akan menjadikan kos pengeluaran lebih tinggi.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton Bina Rangkaian Stamping Di Tanjung Malim
PROTON telah mengadakan majlis Pecah Tanah di Tanjung Malim, Perak, baru-baru ini.
26-07-2024
Rangkaian Stamping Baharu Kilang Proton Dilancarkan, Import Komponen Kurang Hingga 115K Unit
Pengeluar kereta nasional, PROTON, telah melancarkan rangkaian stamping baharu di kilangnya di Tanjung Malim, Perak.
15-03-2023
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge