LAPORAN: Tiada Lagi Enjin 1.8 TGDi Untuk X70?

Sudah bukan rahsia lagi bahawa Proton akan melancarkan Proton X70 facelift tidak lama lagi namun pengurusan tertinggi Proton mengesahkan bahawa pihaknya akan menggugurkan pilihan enjin 1.8 TGDi daripada barisan Proton X70.
Sebaliknya, barisan X70 akan dilengkapi dengan enjin 1.5 TGDi 3 silinder sebaris.

Menerusi penggunaan enjin ini, ia mampu menghamburkan kuasa setakat 175 hp dan tork 255 Nm dimana enjin yang sama ini digunakan pada varian Proton X50 Flagship.
Langkah ini adalah sebahagian daripada strategi Proton untuk menyelaraskan barisan rangkaian kuasanya untuk semua model yang dibangunkan berasaskan Geely.

Ia berikutan pembuat kereta itu telah memulakan pengeluaran enjin 1.5 liter 3-silinder di kilang pengeluarannya yang terletak di Tanjung Malim, Perak.

Untuk makluman anda, enjin 1.8 liter TGDi 4 silinder disumbat pada barisan X70, sejak ia diperkenalkan ke pasaran tempatan pada tahun 2018.
Untuk itu, barisan X70 ketika itu mampu menghasilkan kuasa setakat 181 hp dan 300 Nm serta dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan untuk varian import sepenuhnya (CBU).

Namun unit itu akhirnya digantikan dengan kotak gear DCT 7-kelajuan untuk model pemasangan tempatan (CKD).
Dikhabarkan, enjin 1.8 TGDi itu sebenarnya dihantar secara eksklusif dari kilang Geely yang terletak di Zhejiang, China.
Bagaimanapun, barisan Proton X70 yang sedia ada sekarang hanya mempunyai satu varian yang dikuasakan oleh enjin 1.8 TGDi, iaitu X70 1.8 TGDi Premium 2WD.

Ia berharga RM128,800 dan, varian spesifikasi tinggi ini akan digugurkan bagi memberi laluan kepada versi X70 facelift. Ia akan digantikan dengan varian 1.5 TGDi Premium X 2WD.
Selain keputusan Proton untuk menggugurkan enjin 1.8 TGDi, pihak pengeluar kereta nasional itu turut mengesahkan X70 facelift akan hadir dengan sistem pemanduan autonomi Tahap 2.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB5384
SELANGOR
BSV4533
JOHOR
JJ4782J
PULAU PINANG
PSH7401
PERAK
APN3926
PAHANG
CFJ5247
KEDAH
KGK1077
NEGERI SEMBILAN
NEM7552
KOTA KINABALU
SJV4454
KUCHING
QAB1627Q
Terakhir Kemas Kini 28 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
27-08-2026
600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300
Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.
17-04-2026
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Lama Tak Servis Kereta Proton? Inilah Masanya! Servis Bermula Serendah RM120 Sahaja
Jangan Biar Kereta Merana! PROTON Tawar Harga 'Runtuh' Untuk Servis Hingga Jun Ini.
30-03-2026
Proton Sokong Program Trade-In, Bantu Kurangkan Kos Beli Kereta Baharu
PROTON mengumumkan bahawa semua model terlibat dalam penawaran insentif tukar beli kepada pelanggan yang menukar kenderaan berusia 20 tahun atau lebih.
29-01-2026
Proton X70 2026 Kini Rasmi: Kabin & Enjin Lebih Senyap, Jimat Minyak, Dari RM99.8K!
Proton secara rasmi melancarkan Proton X70 2026. Tampil dengan pelbagai penambahbaikan mekanikal dan teknologi, model ini memperkukuh kedudukannya sebagai SUV premium mampu milik paling berbaloi di pasaran.
08-01-2026
Proton X70 MC3 2026 Bakal Dilancarkan 8 Jan Ini, Apa Yang Baharu Kali Ini?
Proton X70 MC3 2026 bakal dilancarkan 8 Januari ini.
06-01-2026
Nahas 4 Kereta, 1 Maut, 8 Cedera
Seorang bayi lelaki berusia 12 bulan maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang, Kajang pagi tadi.
27-09-2025
Berita Terkini
Patutlah Proton Saga Laku Keras, Menang Anugerah Reka Bentuk Terbaik
Proton Saga telah meraih Anugerah Reka Bentuk Baik Malaysia (MGDA), baru-baru ini.
28-11-2026
BYD Sime Motors Anjur BYD Year-End Grand Finale Sale di MATRADE
BYD Sime Motors Anjur Jualan Akhir Tahun BYD Year-End Grand Finale Sale di MATRADE.
27-11-2026
Tiada Hasrat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta
Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .
27-11-2026
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia
Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.
26-11-2026
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?
Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.
26-11-2026
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke
Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.
25-11-2026
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih
Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti
25-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

