ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

MAS 2024: Ini Dia Skuter Elektrik BMW, Canggih, Comel

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selain model kereta elektrik, BMW Group Malaysia turut mendedahkah  skuter elektrik, BMW CE 02 sempena hari media Malaysia Autoshow 2024, di Maeps, Serdang semalam.

BMW CE 02 yang digelar sebagai “eParkourer” ini membawakan pacuan elektrik selain reka bentuknya agak mengagumkan.

e-motosikal bertaraf premium ini hadir dengan roda bersaiz besar yang menjanjikan daya tahan serta pengalaman menunggang yang mengujakan merentasi pelbagai permukaan jalan.

image.png

Roda hadapan BMW CE 02 dikemudi oleh cabang teleskopik berperedam hidraulik, manakala lengan ayun sisi tunggal serta komponen penyerap hentak berpangsi boleh dilihat di belakang. 

Tayar kenderaan ini yang lebar dimuatkan pada roda aloi ringan dan dipadankandengan brek cakera bagi membekalkan daya nyahpecutan yang selamat di bahagian hadapan dan belakang.

 Ia yang seberat 132 kgi menawarkan ukuran panjang 1970 mm dan setinggi 1140 mm dari perisai anginnya.

image.pngimage.png

Para peminat juga pasti teruja dengan prestasi BMW CE 02 yang membawakan output kuasa maksimum sebanyak 11 kW (15 kk) dan tork bernilai 55 Nm. 

image.pngimage.png

Ia membolehkan pecutan henti-mula dibuat oleh jentera ini dari 0 hingga 50 km/j dalam tempoh sekitar 3 saat manakala kelajuannya tertingginya adalah 95 km/j.

Motosikal ini dilengkapi dengan bateri ion litium 6 kWj, dimana penunggang dapat menikmati jarak operasi maksimum sejauh 100 km.

Sementara itu, proses pengecasan bateri ini juga dijadikan lebih mudah dengan rangkuman alat pengecas eksternal 900 W, selain memastikan kemudahan pengecasan dapat dinikmati menerusi soket kediaman yang standard.

Ia turut menampilkan skrin paparan berwarna TFT 3.5 inci, dan berhubung melalui aplikasi BMW Motorrad Connect.

image.png

Aplikasi ini memiliki pelbagai fungsi seperti kemudahan navigasi berpanah, status kenderaan masa nyata serta statistik berguna untuk menaik taraf pengalaman tunggangan.

image.pngimage.png

E-motosikal premium ini turut didatangkan dengan tiga mod:

• “Flow”

• “Surf” 

• “Flash”. 

image.png

Mod “Flow” mengoptimumkan tunggangan santai dalam landskap urban, manakala mod “Surf” membekalkan pengalaman tunggangan serba dinamik di Kawasan bandar yang sibuk.

Bagi mereka yang menginginkan ciri tunggangan yang lebih sporty, maka mod “Flash” adalah jawapannya.

Bagi melengkapi ciri-ciri kemudahannya, BMW CE 02 baharu turut membawakan soket USB, fungsi tunggangan tanpa kunci, bantuan mengundur dan mod sangga (cradle) menerusi aplikasi BMW Motorrad Connect.

Untuk keterangan lanjut, KLIK.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4081

SELANGOR

BSU4704

JOHOR

JF9167J

PULAU PINANG

PSG5134

PERAK

APM3341

PAHANG

CFJ1512

KEDAH

KGJ5019

NEGERI SEMBILAN

NEM3179

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-01-2026
Berita Auto

15-01-2026
Kereta Baru

20-06-2025
Berita Auto

06-03-2025
Pandu Uji

13-02-2025
Berita Auto

16-01-2025
Kereta Baru

16-01-2025
Berita Auto

28-11-2024

Berita Terkini

EV

Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia

18-10-2026
EV

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026
EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.