MAS 2024: Tempah Model Proton, Dapat Macam-Macam

Syarikat kereta nasional, PROTON, mendedahkan kereta lumba PROTON S70 R3 yang dibangunkan oleh R3 Motorsports pada Malaysia Autoshow 2024 yang sedang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang.
Proton S70 R3 merupakan kereta lumba serba baharu pertama Proton R3 sejak Proton Saga R3 pada tahun 2019, sekali gus menandakan kembalinya jenama tersebut ke perlumbaan S1K sejak tahun itu.


Setakat hari ini, Proton R3 mempunyai lima kemenangan di tangannya, lebih banyak daripada pasukan yang lain, termasuk meraih kemenangan selama tiga tahun berturut-turut dari 2017 hingga 2019.
Difahamkan, jentera ini masih dalam proses pembangunan, namun kereta yang dipamerkan itu menampilkan evolusi terbaru pakej aerodinamik yang disesuaikan untuk kereta lumba ini.
Difahamkan dua unit kereta baharu ini bakal dipertaruhkan oleh pasukan pada perlumbaan Sepang 1,000km tahun ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah mengakui PROTON mempunyai sejarah panjang dalam sukan permotoran.

“Ia bermula dengan Proton Saga dan penglibatan kami semakin meningkat dengan penubuhan Proton R3 pada tahun 2003.
“Sejak itu, kami telah bersaing dan menang pelbagai pertandingan hingga ke peringkat global dengan model seperti Proton Satria, Waja, Suprima S, Iriz, dan versi terbaru Saga,” katanya.
Tambahnya, dengan adanya Proton S70 R3, Proton menambah satu lagi pencapaian dalam legasi.
“Ini menandakan bukan sahaja kembalinya nama Proton ke acara S1K tetapi juga kereta lumba pertama berdasarkan model yang dibangunkan bersama oleh Proton dan Geely," ujarnya.
MALAYSIA AUTOSHOW 2024.
Sempena pameran in, PROTON menawarkan pelbagai tawaran menarik.
Para pengunjung berpeluang menikmati promosi eksklusif dan ganjaran dari PROTON sepanjang acara tersebut berlangsung.
Lebih menarik, bagi yang terus membuat tempahan model Proton akan menerima hadiah eksklusif seperti pelindung matahari, pembaca tol, dan pengecas tanpa wayar untuk model terpilih.
Promosi istimewa juga ditawarkan khusus untuk tempahan yang dibuat di Malaysia Autoshow dengan pendaftaran sebelum 30 Jun 2024.

Ini termasuk penyelenggaraan percuma selama dua tahun untuk model X50, X70, dan X90 serta baucar tunai RM500 untuk model PROTON S70, Saga, dan Persona.
Terdapat juga Test Drive Lucky Spin di mana peserta dapat memutar roda bertuah untuk memenangi barangan eksklusif Proton setelah memandu uji model Proton.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM5627
SELANGOR
BST2260
JOHOR
JD1347J
PULAU PINANG
PSF832
PERAK
APK9530
PAHANG
CFH5385
KEDAH
KGH7203
NEGERI SEMBILAN
NEL5710
KOTA KINABALU
SJT6940
KUCHING
QAB4514P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton R3 Terkubur: Legasi Perlumbaan Negara Berakhir Begitu Sahaja
Proton dilaporkan telah menutup operasi divisyen perlumbaan dan sukan permotorannya, R3, singkatan kepada “Race. Rally. Research.”
13-07-2025
Pasukan Proton R3 Pertaruh Proton S70, Raih Tempat Kelima Dalam Perlumbaan S1K
Pasukan Proton R3 (R3) meraih tempat kelima dalam kelas MTC di 2024 Sepang 1000KM (S1K), baru-baru ini.
27-11-2024
Proton Beri Bayangan Mengenai Program Heritage
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah dalam ucapannya memberi bayangan bahawa pihaknya akan mewujudkan program Heritage.
06-03-2024
Berita Baik, Ada Pakej R3 Untuk PROTON X50
Pengeluar kereta nasional, PROTON mengumumkan pakej aksesori R3 untuk Proton X50 sempena Malaysia Autoshow 2023.
04-05-2023
Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara
Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.
06-08-2026
Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026
PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.
02-07-2026
Proton Saga Masih Raja, S70 Pula Pecah Rekod! Ini Sebab Kenapa PROTON Semakin Diminati pada 2026
Suku Kedua Bermula Garang! Proton Dominasi Jalan Raya.
07-05-2026
Proton S70 2026 Raih 7,157 Tempahan
Permintaan terhadap Proton S70 terus menunjukkan momentum kukuh apabila 7,157 tempahan awal diterima sejak tempahan bagi model Proton S70 2026 dibuka pada 11 Februari lalu.
13-03-2026
Berita Terkini
Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak
Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.
26-08-2026
Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat