Nissan Kini Boleh Dilihat Di Bilik Pameran Berkonsep, NRC-Next, Sandakan, Sabah

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah merasmikan pembukaan Nissan Retail Concept (NRC-NEXT) terbaru, kali ini di Sandakan, Sabah. Pusat 1S ini juga merupakan bilik pameran pertama ETCM di Malaysia Timur yang menampilkan konsep baharu, NRC-NEXT, dengan janji untuk meningkatkan pengalaman dan kepuasan pelanggan.

Terletak di pusat bandar Sandakan, pusat 1S ETCM Sandakan mempunyai ruang untuk mempamerkan sehingga tiga model Nissan baharu. Selain itu, sebagai sebuah cawangan yang mengetengahkan konsep NRC-NEXT, pelbagai kemudahan disediakan untuk keselesaan, termasuk sebuah ruang santai dengan akses WiFi percuma untuk pelanggan berehat sambil melihat katalog produk Nissan.

Untuk membantu pembeli membuat keputusan pembelian, pusat ETCM Sandakan 1S juga menawarkan beberapa unit kenderaan untuk dipandu uji. Janji temu pandu uji boleh dibuat dengan penasihat jualan.
Tidak jauh dari bilik pameran ini, iaitu dalam hanya 4 km dari sini ialah pusat servis Tan Chong Ekspres Auto Servis (TCEAS) yang terletak di Batu 3, Jalan Utara, Jalan Ming Huat Industrial Estate, Sandakan.

Ketua Jualan ETCM, Malaysia Timur, Cheong Kim Seong berkata, "Pelanggan adalah segala-galanya bagi kami. Dengan komitmen untuk terus meningkatkan dan menyempurnakan pusat pameran kami, kami berazam untuk memberikan pengalaman pelanggan yang luar biasa bukan hanya dalam urusan pencarian, pembelian dan pandu uji, tetapi juga keseluruhan pengalaman pemilikan melalui perkhidmatan selepas jualan daripada rakan rasmi Nissan, Tan Chong Ekspres Auto Servis."

Bilik pameran ini dibuka dari jam 9 pagi hingga 7 petang pada hari Isnin hingga Sabtu dan dari jam 10 pagi hingga 5 petang pada hari Ahad. Pusat ETCM Sandakan 1S ini terletak di Lot 16, Taman Nasalim, Fasa 7A, Jalan Lintas Utara, Sandakan, Sabah.
Untuk maklumat lanjut mengenai pusat ETCM Sandakan 1S, anda boleh menghubungi mereka terus di 089-222-098 atau 089-214-286.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pusat 3S Nissan Berkonsep NRC-Next Kini Di Muar, Johor – Luas, Selesa, Profesional
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) secara rasmi mengumumkan pembukaan Pusat 3S baharu Nissan berkonsepkan Nissan Retail Concept (NRC-NEXT) di Muar, Johor.
20-06-2024
ETCM Naik Taraf Semua Bilik Pameran Di Seluruh Negara
Pusat 3S Nissan ini telah dibuka pada Januari lalu.
08-05-2024
Pelancaran Pusat Flagship 3S Nissan Di PJ – Canggih, Selesa & Serba Lengkap
Pelancaran Pusat Flagship Nissan 3S yang lebih moden, selesa dan lengkap di Petaling Jaya.
04-09-2023
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

