ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Nissan Kini Boleh Dilihat Di Bilik Pameran Berkonsep, NRC-Next, Sandakan, Sabah

Sofea Najmi

Kongsi melalui

ETCM-Sandakan-NRC-NEXT-Showroom-2.jpg


Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah merasmikan pembukaan Nissan Retail Concept (NRC-NEXT) terbaru, kali ini di Sandakan, Sabah. Pusat 1S ini juga merupakan bilik pameran pertama ETCM di Malaysia Timur yang menampilkan konsep baharu, NRC-NEXT, dengan janji untuk meningkatkan pengalaman dan kepuasan pelanggan.


ETCM-Sandakan-NRC-NEXT-Showroom-1.jpg


Terletak di pusat bandar Sandakan, pusat 1S ETCM Sandakan mempunyai ruang untuk mempamerkan sehingga tiga model Nissan baharu. Selain itu, sebagai sebuah cawangan yang mengetengahkan konsep NRC-NEXT,  pelbagai kemudahan disediakan untuk keselesaan, termasuk sebuah ruang santai dengan akses WiFi percuma untuk pelanggan berehat sambil melihat katalog produk Nissan.


ETCM-Sandakan-NRC-NEXT-Showroom-4.jpg


Untuk membantu pembeli membuat keputusan pembelian, pusat ETCM Sandakan 1S juga menawarkan beberapa unit kenderaan untuk dipandu uji. Janji temu pandu uji boleh dibuat dengan penasihat jualan. 


Tidak jauh dari bilik pameran ini, iaitu dalam hanya 4 km dari sini ialah pusat servis Tan Chong Ekspres Auto Servis (TCEAS) yang terletak di  Batu 3, Jalan Utara, Jalan Ming Huat Industrial Estate, Sandakan.


ETCM-Sandakan-NRC-NEXT-Showroom-5.jpg


Ketua Jualan ETCM, Malaysia Timur, Cheong Kim Seong berkata, "Pelanggan adalah segala-galanya bagi kami. Dengan komitmen untuk terus meningkatkan dan menyempurnakan pusat pameran kami, kami berazam untuk memberikan pengalaman pelanggan yang luar biasa bukan hanya dalam urusan pencarian, pembelian dan pandu uji, tetapi juga keseluruhan pengalaman pemilikan melalui perkhidmatan selepas jualan daripada rakan rasmi Nissan, Tan Chong Ekspres Auto Servis."


ETCM-Sandakan-NRC-NEXT-Showroom-3.jpg


Bilik pameran ini dibuka dari jam 9 pagi hingga 7 petang pada hari Isnin hingga Sabtu dan dari jam 10 pagi hingga 5 petang pada hari Ahad. Pusat ETCM Sandakan 1S ini terletak di Lot 16, Taman Nasalim, Fasa 7A, Jalan Lintas Utara, Sandakan, Sabah. 


Untuk maklumat lanjut mengenai pusat ETCM Sandakan 1S, anda boleh menghubungi mereka terus di 089-222-098 atau 089-214-286.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRB4502

SELANGOR

BSQ5801

JOHOR

JYX9204

PULAU PINANG

PSC7511

PERAK

APH9417

PAHANG

CFG6985

KEDAH

KGG3802

NEGERI SEMBILAN

NEK5786

KOTA KINABALU

SJS2499

KUCHING

QAB9459N

Terakhir Kemas Kini 10 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pusat 3S Nissan Berkonsep NRC-Next Kini Di Muar, Johor – Luas, Selesa, Profesional

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) secara rasmi mengumumkan pembukaan Pusat 3S baharu Nissan berkonsepkan Nissan Retail Concept (NRC-NEXT) di Muar, Johor.

20-06-2024
Berita Auto

ETCM Naik Taraf Semua Bilik Pameran Di Seluruh Negara

Pusat 3S Nissan ini telah dibuka pada Januari lalu.

08-05-2024
Berita Auto

Pelancaran Pusat Flagship 3S Nissan Di PJ – Canggih, Selesa & Serba Lengkap

Pelancaran Pusat Flagship Nissan 3S yang lebih moden, selesa dan lengkap di Petaling Jaya.

04-09-2023

Berita Terkini

Berita Auto

KLIMS 2026: Honda Prelude 2026 Hadir Di KLIMS 2026

Bukan Hibrid Biasa! Honda Prelude 2026 Guna Elemen Type R, Bakal Mengamuk Di KLIMS 2026/

10-06-2026
Berita Auto

Tragedi Bas Genting: Menteri Gesa Pasang Bonggol, Penenang Lalu Lintas

Kemalangan di Genting Highlands, menteri cadang pasang bonggol di laluan menurun.

10-06-2026
Berita Auto

CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?

Berita Gembira Buat Pemandu Berhemah: Kerajaan Bagi Rebat Insurans 10% Di MyJPJ

10-06-2026
Berita Auto

Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!

09-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Bakal Muncul Dengan Varian Baharu

Proton e.MAS Bakal Buat Kejutan, Pratonton Varian Baharu e.MAS 7 Di KLIMS 2026.

09-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Seteru 'Rolls-Royce' Dari China Sah Tiba Di Malaysia, Zeekr 9X Bakal Gegarkan KLIMS 2026

Seteru Rolls-Royce versi 'Mampu Milik'? Zeekr 9X bakal didedahkan di KLIMS 2026.

09-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: SAIC Motor Malaysia Bakal Gegar KLIMS 2026: Tampil MG ZS Baharu & 'IM'

Daripada Klasik Ke IM6 Elektrik, Ini Sebab Kenapa Booth MG Wajib Dikunjungi di KLIMS 2026.

09-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.