Pelbagai Model BMW Ditayangkan

BMW Malaysia memperkenalkan BMW 520i baharu pada Pameran Malaysia Autoshow 2024, pagi tadi.
Ia yang merupakan versi pemasangan tempatan adalah salah satu tambahan terkini kepada barisan sedan sporty premium BMW.
Menjengah bahagian luarannya, BMW 520i baharu ini menampilkan reka bentuk yang sama dengan BMW i5, dimana reka bentuknya agak kemas dan sporty.
Selain daripada penampilan siluet memanjang , BMW 520i baharu kini dilengkapi dengan tayar aerodinamik bersaiz 19-inci baharu berwarna 934 bicolour grey.
Menjengah bahagian dalamannya pula, ia hadir dengan stereng dua jejari sekali gus menawarkan kawalan bersepadu menerusi kedudukannya yang horizontal.

Terdapat juga paparan melengkung BMW Curved Display yang terdiri daripada paparan instrumen 12.3 inci dan paparan kawalan skrin sentuh 14.9 inci.
Tidak ketinggalan, BMW Interaction Bar yang sebenarnya memudahkan kawalan terhadap penghawa dingin dan fungsi lain.
Dari segi trenkuasa, BMW 520i baharu dikuasakan oleh enjin B48 empat silinder yang kini hadir dalam bentuk hibrid ringan 48V, dimana teknologi yang sebelum ini digunakan dalam BMW X7.
Konfigurasi rangkaian kuasa ini sebenarnya menjanjikan prestasi yang mantap dengan penjanaan 153 kW/208 hp dan tork 330 Nm yang membolehkan BMW 520i baharu ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 7.5 saat.
Dengan kelajuan maksimum 230 km/j, kemampuan ini mengukuhkan lagi kedudukan kenderaan tersebut sebagai pesaing hebat dalam segmen sedan premium.
Untuk makluman anda, Bantuan Pemanduan Tambahan dalam BMW 520i baharu ini juga dikatakan meningkatkan keselamatan .
Selain itu, jentera ini turut menampilkan pelbagai ciri keselamatan seperti Kawalan Pemanduan Aktif, Bantuan Kawalan Stereng dan Lorong, serta sistem Amaran Keluar Lorong.
Dengan ciri-ciri canggih ini, Bantuan Pemanduan Tambahan memastikan pengalaman pemanduan yang lebih selamat dan selesa.
Jadi, bagi yang berminat, BMW 520i baharu ditawarkan dalam pilihan warna luaran yang memukau, iaitu Black Sapphire Metallic, Mineral White Metallic, Phytonic Blue Metallic dan Cape York Green Metallic.
Sementara itu, upholsteri ditawarkan dalam dua pilihan mewah iaitu Veganza Perforated dengan Quilted Black dan Veganza Perforated bersama Quilted Espresso Brown.
Untuk maklumat lanjut mengenai model BMW 5 Series baharu, KLIK.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Hidung Kembang, Gril Kontroversi: Kenapa BMW Sengaja Ambil Risiko Penampilan Ekstrem
Suka Atau Tidak: Sejarah Reka Bentuk BMW Sentiasa Goncang Dunia Automotif.
07-08-2026
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3
Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.
16-07-2026
Masuk Percuma! Ini Sebab Kenapa Anda Wajib Serbu BMW Clubhouse Di Factory 19 Julai Ini
BMW Clubhouse– Tampil Model Baharu BMW & M.
01-07-2026
BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum
Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.
27-04-2026
Harga BMW Malaysia 2026 Naik Cecah RM16,000 – Model ICE Paling Terkesan!
Susulan semakan prestasi perniagaan minggu lalu, BMW Malaysia memulakan tahun 2026 dengan berita yang mungkin kurang enak buat bakal pembeli.
21-01-2026
BMW i5 eDrive40 M Sport Pro 2026 Kini Di Pasaran – CKD, Dari RM368K
BMW Group Malaysia hari ini telah melancarkan BMW i5 eDrive40 dalam versi M Sport Pro.
15-01-2026
BMW iX1 eDrive20L M Sport 2026: SUV Elektrik 'Versi Panjang' Kini Di Malaysia
BMW Group Malaysia awal hari ini telah memperkenalkan 2026 BMW iX1 eDrive20L M Sport. jawapan buat mereka yang mahukan bukan sahaja sebuah jentera mewah tetapi dengan keselesaan luar biasa.
15-01-2026
BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik
Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.
10-11-2025
Berita Terkini
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
