Porsche 911 Hibrid Pertama Bakal Dilancarkan 28 Mei Ini – 8.7 Saat Lebih Laju!

Kereta sport Porsche 911 versi pertrol-elektrik bakal memasuki fasa pengeluaran tidak lama lagi. Syarikat pengeluar kereta sport Jerman itu baru-baru ini telah berjaya menamatkan ujian pemanduan sejauh 5 juta kilometer menjelang penampilan sulungnya yang dirancang akan diadakan pada akhir bulan ini, 28 Mei.
Dari segi rekaan, model hibrid pertama Porsche 911 tidak mempunyai sebarang perubahan radikal berbanding generasi 922. Bagaimanapun, Porsche mengesahkan bahawa di ‘bawahnya’ atau trenkuasa yang digunakan menjanjikan prestasi yang lebih menakjubkan.



Porsche masih belum membuat sebarang pendedahan terperinci mengenai sistem “hibrid berprestasi” yang digunakan, tetapi yang pasti ia akan didatangkan dalam bentuk hibrid plug-in (PHEV).
"Buat pertama kalinga dalam sejarah 61 tahun ikon kami, sistem pacuan hibrid dipasangkan dalam sebuah 911 untuk kegunaan di jalan raya. Hibrid berprestasi yang inovatif ini akan menjadikan 911 lebih dinamik," janji Naib Presiden Porsche 911 dan 718, Frank Moser.
Baca: Porsche Panamera 2024 Kini Rasmi di Malaysia – Enjin V6 348 HP, Dari RM1.3 Juta
Porsche tidak mendedahkan maklumat terperinci mengenai trenkuasa yang digunakan, tetapi yang pasti ia akan menjadi sebuah model hibrid plug-in (PHEV). Porsche menambah bahawa teknologi tersebut membolehkan 911 untuk mengelilingi litar terkenal Nurburgring dalam masa hanya 7 minit 16.9 saat, menjadikannya 8.7 saat lebih pantas berbandung 911 sedia ada.

Selain kerana teknologi trenkuasa yang digunakan, masa tersebut juga berjaya dicapai dengan bantuan pakej aerokit tambahan, walaupun dengan hanya tayar standard. Pakej aerokit itu terdiri daripada spoiler belakang yang ditawarkan sebagai pilihan (dengan caj tambahan) untuk semua generasi 911. Spoiler ini memberikan daya turun (downforce) tambahan kepada kenderaan.
“Kita (Porsche 911 hibrid) mempunyai daya cengkaman dan kuasa yang lebih tinggi. Tindak balas spontan [trenkuasa] hibrid berprestasi dilihat sebagai satu kelebihan yang besar," ujar pemandu ujian dan duta untuk jenama Porsche, Jörg Bergmeister semasa menjelaskan mengenai model hibrid tersebut.
Baca: Pusat Pengalaman Porsche Pertama ASEAN akan Dibuka di Singapura
Porsche 911 hibrid akan membuat kemunculan sulungnya dalam talian pada 28 Mei ini. Sebaik didedahkan nanti, lebih banyak maklumat akan dikongsikan. Ikuti CariCarz.com di Facebook untuk perkembangan dari masa ke masa.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM6421
SELANGOR
BST2457
JOHOR
JD1649J
PULAU PINANG
PSF1146
PERAK
APK9676
PAHANG
CFH5430
KEDAH
KGH7291
NEGERI SEMBILAN
NEL5750
KOTA KINABALU
SJT7035
KUCHING
QAB4551P
Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Porsche 911 Turbo, BMW 420i Antara Disita Sebab Tak Bayar Duti Eksais
Lima buah kenderaan termasuk Porsche 911 turbo S yang disembunyikan dalam gudang berlesen selama tiga bulan gara-gara enggan mahu membayar duti eksais akhirnya disita kastam.
15-12-2025
Porsche 911 Club Coupe Edisi Terhad 70 Unit, Sambut 70 Tahun Porsche Club of America
Porsche meraikan ulang tahun ke-70 kelab pemilik kereta terbesar dunia, Porsche Club of America (PCA), dengan memperkenalkan model istimewa, Porsche 911 Club Coupe.
07-07-2025
Porsche Malaysia Rai Ulang Tahun ke-15 Dengan Pameran Khas Di TRX
Sempena ulang tahun ke-15 Porsche Malaysia, Sime Darby Auto Performance (SDAP) mengadakan pameran khas di TRX, Kuala Lumpur bermula hari ini hingga Ahad, 13 April.
11-04-2025
Porsche 911 Carrera S 2025 Kini Lebih Berkuasa – 473 HP, Tiada Versi Manual
Pengeluar kereta sport mewah Jerman, Porsche, membuka tirai tahun baharu dengan pengenalan varian terkini bagi model generasi 992.2, iaitu Porsche 911 Carrera S 2025. Model ini diberikan pelbagai peningkatan dalam aspek mekanikal dan rekaan.
11-01-2025
Muzium Porsche Adakan Pameran '50 Tahun Rekaan Porsche'
Muzium Porsche telah mengadakan sebuah pameran istimewa yang dinamakan ’50 Years Of Porsche Design.'
01-03-2022
Porsche Labur Dalam Cetakan 3D, Ini Sebabnya...
Porsche bercadang untuk memperkembang perniagaan melalui pembabitan dalam dunia pembuatan.
17-02-2022
Berita Terkini
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k
Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.
27-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
