Pratonton SUV BAIC X55 Di Malaysia – Anggaran Harga Dari RM120K

Jenama automotif China, BAIC, hari ini telah mempertontonkan SUV X55. Dua varian ditawarkan iaitu Standard dan Premium dengan harga yang dianggarkan bermula daripada RM120,000.
CIRI MEKANIKAL X55
X55 dikuasakan oleh enjin A156T2H 1.5TD yang dibangunkan BAIC yang boleh mencapai output 185 hp (138 kW) dan tork 305 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda melalui transmisi dwi-klac basah tujuh-kelajuan. Kadar penggunaan bahan apinya ialah 7.18 liter/100 km (WLTC).


Enjin yang digunakan hadir dengan beberapa ciri seperti Variable Geometry Turbocharging (VGT) yang menjanjikan penyaluran kuasa yang optimum namun dalam masa yang sama kadar penggunaan bahan api kekal efisien. Penjimatan petrol digandakan dengan penggunaan teknologi kitaran Miller, suntikan terus bertekanan tinggi (350 bar) dan ciri aerodinamik kenderaan yang mencatatkan angka pekali seret (coefficient drag) hanya pada 0.32 cd.
Empat mod pemanduan ditawarkan iaitu Eco, Normal, Sport dan Smart. Menurut BAIC, mod Smart ialah mod pemanduan khas yang boleh ‘mempelajari’ dan ‘menyimpan’ corak atau gaya pemanduan pengguna.
REKA BENTUK X55




Dari segi dimensi, X55 berukuran 4620 mm panjang, 1886 mm lebar, 1680 mm tinggi. Antara ciri menarik dari segi reka bentuk X55 ialah pemegang pintu yang terbenam (keluar secara automatik apabila pengguna mendekati kenderaan) dan bumbung suria panoramik yang boleh mengesan hujan untuk penutupan secara automatik.

Ciri lain ialah rim aloi berukuran 19 inci, lampu depan LED dengan ciri follow-me-home, DRL LED, lampu belakang LED, pengelap cermin dengan sensor hujan serta but belakang dengan bukaan automatik dan memori ketinggian.
KABIN X55

Untuk ruang kabin X55, beberapa ciri menarik dan unik diberikan iaitu stereng dan tombol penukar gear yang antibakteria, tempat duduk boleh laras secara automatik dengan fungsi ventilasi, pemanas dan sokongan lumbar, lampu ambien 10 warna serta skrin infotainmen dan instrumen yang masing-masing berukuran 10 inci (boleh dikawal dengan sentuhan jari). Untuk hiburan, 6 speaker disediakan.



Kelengkapan lain ialah port pengecas 12V, port USB, stereng boleh laras empat arah, kawalan pendingin hawa dua zon, pendingin hawa untuk barisan tempat duduk belakang. Sistem penyejuk udara ini hadir dengan ciri penapis udara PM2.5 dan CN95.
Dari segi kemasan, tempat duduk untuk varian Standard dibalut kulit sintetik (PU), dan versi Premium pula diberikan balutan kulit.
KESELAMATAN


Dari segi keselamatan, X55 telah menerima penarafan C-NCAP 5 bintang, dilengkapi dengan enam beg udara, kekerasan casis mencapai 21872 Nm satu darjah, memberikan perlindungan menyeluruh kepada penumpang.
Berikut adalah antara teknologi keselamatan yang terdapat pada X55:
- Pemantau pemandangan keliling (AVM)
- Kawalan jejah adaptif (ACC)
- Amaran keluar lorong (LDW)
- Sistem amaran titik buta (BSD)
- Amaran pelanggaran hadapan (FCW)
- ABS+EBD, EBA, EPB, ESP, HAC, HDC, BOS dll.
PELANCARAN DI MALAYSIA

SUV crossover X55
SUV crossover X55 dijadualkan untuk dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada suku keempat tahun ini. Kami difahamkan bahawa pengilang kenderaan tempatan, EP Manufacturing (EPMB), telah dilantik sebagai rakan kongsi pemasangan tempatan (CKD) untuk jenama BAIC.

BJ40 Plus (klik sini untuk info lebih lanjut)
Selain X55, model lain yang bakal dilancarkan nanti ialah SUV off-road, BJ40 Plus, yang turut dipertontonkan hari ini. Kedua-dua model yang dipamerkan ini adalah dalam versi pra-produksi, bermakna masih terdapat pelbagai kelengkapan dan ciri yang belum ditetapkan. Lebih banyak butiran akan didedahkan menjelang pelancarannya. Nantikan berita selanjutnya daripada CariCarz.com.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2487
SELANGOR
BSQ3648
JOHOR
JYX3064
PULAU PINANG
PSC5034
PERAK
APH6771
PAHANG
CFG6023
KEDAH
KGG2173
NEGERI SEMBILAN
NEK4878
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8435N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
SUV Off-Road, BJ40 Plus, Dipertontonkan Di Malaysia – Capai 221 HP, Anggaran Dari RM180K
BJ40 Plus telah dipertontonkan sebentar tadi, ini spesifikasinya SUV ranggi yang bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi...
16-05-2024
Polestone 01: Nampak Ganas, Macho Betul
BAIC melancarkan model pertama mereka berbentuk SUV, Polestone 01.
04-09-2023
Berita Terkini
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k
Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.
21-05-2026
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?
Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid
15-05-2026
Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?
Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.
14-05-2026
Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?
Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.
13-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat