PRO-NET, ChargeSini Meterai MoU Untuk Perluas Rangkaian Pengecasan EV

Proton New Energy Technology (PRO-NET) telah memperluas rangkaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) dengan memasuki memorandum persefahaman (MoU) perayauan (roaming) bersama syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) ChargeSini. Melalui MoU ini, PRO-NET bakal menyenaraikan pengecas DC ChargeSini dalam aplikasi Hello smart.
Aplikasi Hello smart yang diperkenalkan tahun lalu diwujudkan dengan tujuan untuk mengumpulkan pengendali titik pengecasan (CPO) utama seperti Gentari, ChargEV, JomCharge dan ChargeSini dalam satu aplikasi yang sama bagi memudahkan pengguna kenderaan smart. Aplikasi itu kini telah menyenaraikan hampir 75% titik pengecasan yang terdapat di seluruh negara.

MoU ini, yang ditandatangani oleh CEO PRO-NET, Zhang Qiang dan pengasas serta CEO ChargeSini, James Goh di ibu pejabat PRO-NET, bertujuan untuk membolehkan smart memperluaskan tawaran produknya dengan memanfaatkan kekuatan CPO dalam memperluas rangkaian pengecasan di seluruh negara.

Aplikasi Hello smart apabila dihubungkan kepada sistem infotainmen kenderaan, membolehkan pengguna merasai spektrum penuh pemilikan kenderaan smart yang menyatukan teknologi ke dalam rutin harian, sekaligus meningkatkan keselesaan pengguna.
-full_normal.webp)
-full_normal.webp)
Menggunakan aplikasi Hello smart, orang ramai bukan sahaja boleh mengakses Peta Pengecasan ChargeSini secara langsung tetapi juga sistem navigasi ke pelbagai stesen pengecasan lain. Integrasi ini juga membolehkan pengguna smart untuk memulakan proses pengecasan dan membuat pembayaran secara terus melalui aplikasi tanpa perlu memuat turun aplikasi lain.

Berdasarkan butiran yang diperoleh, keseluruhan proses integrasi itu bakal disempurnakan pada suku ketiga tahun ini. Tepat pada masanya memandangkan smart #3 akan dilancarkan tidak lama lagi dan EV Proton yang pertama juga bakal dirasmikan pada tahun 2025.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red
Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.
20-07-2026
KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh
EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.
15-06-2026
smart #5 Kini Rasmi Di Malaysia – Audio Sennheiser, Capai 590 KM, Dari RM199,800
smart Malaysia (PRO-NET) hari ini melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) premium terbaharu mereka, smart #5, ke pasaran tempatan. Dengan rekaan yang lebih menyerlah, SUV ini disasarkan kepada rakyat Malaysia yang ingin beralih kepada sistem mobiliti yang lebih canggih.
14-11-2025
Tempahan smart #5 Sudah Dibuka, Bayaran Tempahan Cuma RM2,000, Ada 2 Varian
smart Malaysia mengumumkan bahawa tempahan untuk smart #5 kini dibuka
21-10-2025
MAS 2025: smart #1 BRABUS Edisi Terhad Didedah, Hanya Ada 20 Unit
smart #1 Brabus Limited Edition yang didedahkan di MAS 2025, hanya ditawarkan 20 unit di seluruh negara.
10-05-2025
MAS 2025: smart Malaysia mendedahkan smart #5
smart Malaysia mendedahkan smart #5, sempena pameran Malaysia Autoshow 2025, di MAEPS, Serdang, tadi.
08-05-2025
SPYSHOT: 2 Imej smart #5 Didedahkan, Nampaknya Bakal Dilancar Tak Lama Lagi!
smart 35 selamat mendarat di Malaysia.
06-05-2025
2 Pusat Pengedar smart Kini Dibuka Di Pahang & Sarawak
Pengedar kenderaan smart di Kuantan akan dikendalikan oleh HK Electra manakala Ghee Hua di Kuching.
14-02-2025
Berita Terkini
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge