SAIC Sasar Guna Bateri Keadaan Pepejal Secara Besar-Besaran Untuk EV Bermula 2026

Kereta konsep hypercar EV, EXE181, daripada jenama MG yang dimiliki oleh SAIC Motor.
Pengeluar kereta terbesar milik kerajaan China, SAIC Motor Corp. Ltd. (SAIC Motor) mengumumkan rancangan untuk menggunakan teknologi bateri keadaan pepejal dalam kenderaannya bermula 2025 ini sebelum pengeluaran teknologi bateri tersebut secara besar-besaran bermula tahun 2026.
SAIC Motor mendedahkan rancangan pembangunan teknologi tersebut dalam satu persidangan teknologi baru-baru ini di China. Lebih ringan, lebih selamat, dan lebih padat tenaga, bateri keadaan pepejal dilihat sebagai satu pencapaian besar dan penting untuk meningkatkan kebolehlaksanaan EV.
SAIC Motor menjelaskan bahawa rancangan ini bermula dengan penggunaan bateri “separa pepejal” terlebih dahulu, yang masih menggunakan cecair elektrolit (seperti yang terdapat pada bateri lithium ion). Ia akan digunakan pada model hibrid dan EV jenama-jenama di bawahnya iaitu MG, Baojun, Wuling dan lain-lain.
Baca: MG Malaysia Kini Miliki 10 Pusat Pengedaran di Seluruh Negara – Sasar Lebih Banyak Lokasi Tahun Ini
Seterusnya, bermula tahun 2026, bateri keadaan pepejal sepenuhnya akan dilancarkan, menjadikan SAIC sebagai syarikat pertama di dunia yang mengeluarkan dan menggunakan teknologi ini secara besar-besaran.

Bateri keadaan pepejal yang dipamerkan oleh SAIC Motor semasa persidangan teknologi baru-baru ini. (Foto: Shine.cn)
-full.jpg)

SAIC Motor rancang untuk menggunakan bateri keadaan pepejal bermula daripada model-model kereta di bawahnya seawal 2025 sebelum pengeluaran secara besar-besaran pada tahun 2026.
Rancangan ini adalah jauh lebih awal berbanding pesaing lain seperti jenama automotif Jepun, Toyota, yang dilaporkan ingin memulakan pengeluaran besar-besaran pada tahun 2030 walaupun ia telah mempunyai prototaip kereta elektrik dengan teknologi tersebut yang kini sedang diuji.
Sementara itu, Nissan pula merancang untuk mengeluarkan kenderaan dengan teknologi bateri tersebut lebih awal berbanding Toyota iaitu pada tahun 2028, tetapi sasaran ini dilihat agak sukar untuk dicapai memandangkan Nissan baru sahaja memberikan tumpuan kepada EV.
Baca: Nissan Bakal Perkenal 30 Model Baharu Menjelang 2026!
Pencapaian negara China dalam teknologi bateri ini akan memberikan saingan yang sengit dan ancaman besar kepada syarikat automatif lain, terutamanya daripada negara-negara barat. Namun, hanya masa yang akan menentukan sama ada semua sasaran yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat gergasi ini realistik atau pun tidak untuk dicapai.
Pembangunan bateri keadaan pepejal telah lama dilakukan, namun sehingga kini, ia masih belum berjaya dikeluarkan secara besar-besaran. Nantikan perkembangannya dari masa ke masa yang akan kami kongsikan di CariCarz.com.
Sumber: Autohome.com.cn via TheDrive.com
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pengeluaran Bateri Keadaan Pepejal BYD Secara Besar-Besaran Mula 2030 Nanti
BYD meluncur ke hadapan dengan pantas dalam aspek pembangunan teknologi terkini.
17-02-2025
Honda Bakal Keluarkan Bateri Keadaan Pepejal Tahun 2025 Nanti – Lebih Jimat, Tahan Lama & Berkuasa
Honda bakal memulakan pengeluaran bateri keadaan pepejal (solid-state battery) pada Januari 2025 dengan pembukaan kilang demonstrasi baharunya di Sakura City, Jepun.
25-11-2024
Mercedes-Benz & Factorial Bekerjasama Bangunkan Bateri EV Canggih – Gerak Lebih Jauh, Lebih Selamat
Mercedes-Benz, baru-baru ini menjalinkan kerjasama dengan syarikat startup Amerika, Factorial, untuk membangunkan bateri keadaan pepejal.
16-09-2024
MG4 EV 2026 Didedahkan Di China – Pilihan Bateri Separa Pepejal
MG secara rasmi mendedahkan MG4 EV serba baharu bagi model tahun 2026 di acara automotif Chengdu Auto Show 2025, yang kini sedang berlangsung di China.
02-09-2025
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?
Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.
08-05-2026
15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia
Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.
15-04-2026
Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat
UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.
02-04-2026
Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.
02-04-2026
Berita Terkini
PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS
Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.
22-05-2026
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV
Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.
20-05-2026
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia
Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!
19-05-2026
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit
Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?
13-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai
Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.
12-05-2026
Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km
Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.
11-05-2026
Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas
Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.
11-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat