Schneider Electric & JusEV Lancar Pengecas DCFC 180 kW di Plaza 33, PJ – Dari RM1.60
-full_normal.webp)
Schneider Electric dan JusEV telah melancarkan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) awamnya yang pertama di Plaza 33, Petaling Jaya.
Dalam majlis pelancaran yang sama, kedua-dua pihak telah meterai perjanjian kerjasama untuk menyediakan lebih daripada 100 pengecas, yang mana 10% daripadanya ialah pengecas pantas DCFC yang akan ditempatkan di tapak persendirian dan bangunan komersial sebelum penghujung tahun ini.
-full_normal.webp)
Menurut Presiden Schneider Electric Malaysia, Eugene Quah, syarikat komited untuk membantu Malaysia mencapai matlamat nyahkarbon selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang menyasarkan untuk menyediakan 10,000 titik cas EV di seluruh negara menjelang 2025.
Sementara itu, Pengarah JusEV Charging Network, Jason Wong, menyatakan, "Kami gembira dapat bekerjasama dengan Schneider Electric dan ini merupakan tonggak penting dalam misi kami untuk memacu pertumbuhan dalam industri EV."
Jason menambah bahawa melalui kerjasama dengan Schneider Electric, JusEV telah dilantik oleh majlis tempatan Selangor untuk memasang 50 pengecas EV di seluruh negeri yang terdiri daripada 5 pengecas DC dan 45 pengecas AC.
-full.webp)
Stesen JusEV yang ditempatkan di Plaza 33 ini terdiri daripada satu unit pengecas DC 180 kW Schneider Electric EVlink Pro dan juga dua unit pengecas AC 22 kW EVlink Parking. Caj yang dikenakan ialah RM1.60/kWj untuk pengecas DC dan pada RM1/kWj untuk pengecas AC.
Bagaimanapun, buat masa ini stesen ini masih tidak dapat digunakan sementara menanti kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).
-full_normal.webp)
Bayaran boleh dibuat melalui aplikasi JusEV yang diintegrasikan dengan sistem pembayaran elektronik lain seperti FPX, Master & Visa dan e-dompet (TnG eWallet, GrabPay, ShopeePay, Setel eWallet, MCash). Bayaran juga boleh dibuat melalui terminal POS yang menerima kad kredit dan kad debit.
-full_normal.webp)
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4451
SELANGOR
BSR6550
JOHOR
JA4193J
PULAU PINANG
PSD8530
PERAK
APJ9073
PAHANG
CFH1849
KEDAH
KGH1351
NEGERI SEMBILAN
NEK9496
KOTA KINABALU
SJT1297
KUCHING
QAB2144P
Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW
Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.
17-07-2026
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
