Skuter Elektrik Blueshark Kini Ada Lebih 50 Cawangan Di Seluruh Malaysia, Boleh "Ride4Free" Sekarang!

Pusat 3S Blueshark Southern, Johor Bahru.
Pembekal skuter elektrik pintar, Blueshark, telah memperluaskan rangkaiannya di seluruh Malaysia. Mobiliti mampan ini kini lebih mudah diases oleh orang ramai bukan hanya di Lembah Klang, tetapi juga di utara, selatan dan timur Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (ASEAN), Blueshark Ecosystem Sdn Bhd, Jeff Chong berkata, “Kami gembira menyambut banyak wakil jualan yang berkualiti tinggi dan yang berfikiran sama ke dalam keluarga Blueshark. Ini adalah sesuatu yang dinanti-nantikan tetapi tiba tepat pada masanya di saat kami memberi tumpuan kepada perkembangan [syarikat] tahun ini.
Blueshark kini memiliki 15 cawangan pertukaran bateri, BlueStation, di sekitar Lembah Klang, dan lebih daripada 50 cawangan pengedaran di lapan negeri seluruh Malaysia. Lebih banyak lagi akan disediakan pada masa akan datang.

Pengedar sah Blueshark di Pulau Pinang, Sin Sum Sun Motor Sdn Bhd.
Sin Sum Sun Motor Sdn Bhd, salah satu pengedar yang telah dilantik baru-baru ini di Pulau Pinang, melihat Blueshark sebagai rakan perniagaan yang ideal untuk memperkenalkan elektromobiliti kepada penduduk di sekitar pusat bandar Georgetown yang sibuk.
Blueshark juga telah membuka cawangan flagship pertama di luar Lembah Klang, Blueshark Southern, Johor Bahru yang berfungsi sebagai pusat 3S yang komprehensif (jualan, servis, alat Ganti) dan juga sebagai hab sokongan pengedar, menandakan pencapaian penting dalam operasi serantau Blueshark.

Kempen pandu uji "Ride4Free Nationwide Test-Ride Festival" tawarkan ganjaran menarik kepada orang ramai.
Bagi meraikan pencapaian ini dan menyambut pengedar baharu, Blueshark telah melancarkan kempen pandu uji "Ride4Free Nationwide Test-Ride Festival." Inisiatif ini membolehkan orang ramai menggunakan Blueshark R1 dengan peluang untuk mendapat ganjaran eksklusif selepas berkongsi pengalaman pandu uji di media sosial.
-full-full_normal.jpg)
Blueshark R1 merupakan sebuah skuter elektrik yang menawarkan ciri-ciri canggih seperti sistem ADAS, lebih daripada 70 sensor, kamera pandangan depan dan belakang, sambungan GPS/4G, integrasi Bluetooth, speaker dan banyak lagi. Skuter ini turut dilengkapi dengan panel skrin HD berukuran 10 inci yang menggunakan sistem operasi Smart ArkRide.


Skrin HD (kiri) dan kamera depan (kanan)
Kemudahan stesen pertukaran bateri, BlueStation, memudahkan pengguna untuk pergi lebih jauh tanpa perlu menunggu bateri dicas. Hanya datang dan tukar bateri.
Skuter pintar ini dikuasakan oleh bateri berkembar lithium-iron-phosphate (LFP) yang boleh dicas di rumah, menjanjikan jarak perjalanan sehingga 110 km dengan cas penuh. Untuk bergerak lebih jauh, pengguna boleh menuju ke BlueStation untuk pertukaran bateri.

CariCarz.com berpeluang untuk menguji skuter comel ini, klik di sini untuk baca ulasan penuh.
Bagi meningkatkan akses kepada pengangkutan bandar yang mesra alam kepada semua rakyat Malaysia, skuter elektrik pintar Blueshark R1 kini ditawarkan melalui pelbagai pilihan pemilikan. Untuk pembelian secara langsung, skuter ini dijual pada harga serendah RM4,790 untuk Blueshark R1 Lite dan RM6,990 untuk Blueshark R1 (selepas rebat RM2,400 daripada MARiiCas). Blueshark turut menawarkan pakej langganan skuter dan juga pelan pertukaran bateri, BlueSwap. Untuk maklumat lanjut, layari www.blueshark.com.my.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

